Baru sahaja bibir lelaki itu mahu mendarat ke bibir mungil milik Hong Dilraba. Bunyi dentuman pintu menghentikan perbuatannya. Pandangannya teralih ke belakang. Wajah suci milik Dilraba dipandang semula terus digenggam bahu gadis itu kuat.
"T-tadi, Hy-hyomin nampak?" Gagap Yoongi bertanya dengan wajah pucat.
"So? Lantaklah. Kenapa you nak risaukan perempuan gila tuh? Yong.. perempuan yang you paling sayangkan sekali is me." Tutur Dilraba dengan lemah lembut bersama belaian di kepala lelaki itu.
"Shit." Carut Yoongi.
Lelaki itu bingkas bangun lalu berlari mengutip jaket dilantai. Jeritan nyaring yang menyeru namanya dibuat pekak. Dia turut keluar dari rumah.
•••
Hujan lebat mencurah membasahi seluruh tubuh Hyomin yang berlari walaupun badannya terasa lemah. Airmatanya tak berhenti mengalir dengan suara tangis yang ditahan.
Langkah Hyomin terhenti lalu terbongkok-bongkok dia melepaskan rasa hatinya yang kini diselebungi perasaan sedih, hiba dan kecewa.
"Hyomin-ahh.." panggil Yoongi dari belakang yang termengah-mengah.
Terhenti tangis Hyomin tatkala suara lelaki itu memanggil dirinya. Gadis itu berdiri tegak dan berpaling belakang.
Mata mereka bertemu antara satu sama lain. Min Yoongi bagaikan hilang suara mahu bercakap.
"Awak takde kata-kata apa yang terjadi tadi?"
Yoongi masih berdiam diri.
"Jawablah!" Tempelak Hyomin kuat.
"Kau takkan percaya kalau aku bagi penjelasan. Kan?" Jawab Yoongi.
Hyomin tertawa palsu bersama anggukkan. "Ya mestilah saya tak percaya sebab KAU PENIPU!"
"KAU TIPU AKU BERBULAN BULAN, LEPAS KAU SEKSA DIRI AKU KAU SEKSA MENTAL AKU! KAU MEMANG LELAKI TERHEBAT, MIN YOONGI! Dengar sini, apa yang kau rancangkan sejak dari mula hingga harinih langsung tak mengejutkan aku, Yoongi. Aku ulang! Aku langsung tak terkejut! Aku cukup bersedia sejak malam kau pergi apartment Dil, aku dengar Yong aku berpura tidur sebab aku tahu dapat rasa yang kau rancang sesuatu belakang aku!"
Riak Yoongi berubah sedikit terkejut namun sempat dikawal dengan pandangan kosong.
"Apa sebab aku lari dari rumah bukan kerna aku cemburu atau sakit hati tapi aku kecewa. Lelaki matang macam kau masih tak tahu cara menghargai dan memilih. Kau dibutakan dengan kaca sampai permata kau buang begitu saja, Yong! Mak aku dan keluarga aku bukan penyebab kau hilang segalanya tapi SIFAT PENDENDAM KAU BUAT KAU JADI BODOH! Andai masa boleh diputar semula, aku tak hamak nak kenal lagi jatuh cinta dengan lelaki kejam macam kau!"
Turun naik dada Hyomin menahan amarahnya. Akhirnya segala sudah terluah tiada sikitpun disimpan. Hingga panggilan juga bertukar kasar.
"Susah sangat ke nak cintakan aku, Yong. Hina sangat ke aku? Aku cintakan kau bagai nak rak kau tau tak? Aku fikirkan kau betul-betul berubah tapi itu cuma angan-angan.."
Kata-katanya ditamatkan dengan tangisan. Hyomin mula melangkah seberang jalan untuk dapatkan teksi.
"Tunggu, sebenarnya—"
Pin pin!
Hyomin baru sahaja mahu berpaling ke belakang ada van laju menerpa ke arahnya. Yoongi yang perasan mula menjerit kuat.
"HYOMIN!"
Bunyi hentakan kuat menangkap pendengaran lelaki itu. Mata Yoongi yang berkaca mengekori tubuh Hyomin tercampak ke bumper jalan.
Van yang tak bertanggungjawab itu terus membelok dan memecut laju hilang dihujung jalan.
Jalan tar mula dilimpahi cecair merah pekat yang mengalir keluar dari kepala Hyomin. Nafas Hyomin mula tersekat-sekat. Matanya masih bergelinangan memandang ke langit hitam tanpa cahaya bulan. Limpahan hujan menolak darah kepala Hyomin mengalir jauh.
Min Yoongi melangkah berat mendekati Hyomin yang terbaring sadis di jalan berbatu. Seluruh tubuhnya bergeletar hebat melihat keadaan Hyomin yang semakin parah.
Pandangan Hyomin teralih pada wajah pucat Yoongi yang melihatnya dihujung kaki. Perlahan Hyomin mengangkat tangannya yang dibasahi darah lalu meraih hujung jari Yoongi.
Namun lelaki itu menjauhkan diri dan berlari meninggalkan Hyomin tanpa serbasalah.
Hyomin menjatuhkan tangannya sambil merenung ke langit dengan pandangan redup. Saluran pernafasannya mula sukar menarik udara.
"Tariklah nyawa aku, wahai tuhan. Aku berani sumpah tak mampu memikul tanggungjawab untuk hidup di dunia ini. Hukumlah aku andai pilihan aku ini salah dimatamu." Kata suara hati gadis ini.
Perlahan matanya terkatup dan tiada lagi pergerakkan.
YOU ARE READING
HEARTLESS ' MYG
FanficMIN YOONGI | COMPLETE STORY Bahagia yang disulam kesengsaraan dan kegelapan. Dendam berlawan Cinta. Siapa yang akan jatuh ke tanah dahulu? 14SEPT - 4JAN S"2"19