38

206 29 0
                                    

Enjoy ❤️
Terasa plot seperti kebudakkan. Maaflah. Hanya ucapan maaf mampu min hadiahkan. Bersama sechapter heartless yang mungkin dinantikan oleh anda.

——

Hyomin mula tersedar dari pengsan akibat ditampar semasa bergelut dengan lelaki asing itu. Matanya berkelip-kelip menjelaskan penglihatan.

Lengannya yang terasa sengal cuba ditarik tapi tersekat dibelakang. Baru dia sedar dia berada dalam bilik penuh kotak bersama dirinya diikat pada pergelangan tangan dan kaki.

"Tolong! Tolong!" Jerit Hyomin meminta tolong walaupun tiada harapan.

Tiba-tiba, pintu ditendang kuat dan muncul figura memasuki ruangan kosong itu. Hyomin yang berpeluh dekkan kepanasan memuntahkan pandangan ke arah manusia yang mendekatinya.

"D-dilraba? Apa yang kau buat ni ha?! Lepaskan aku lah!" Hyomin mula bergelut mahu lepaskan diri.

Dilraba mula tertawa riang lalu melutut hadapan wajah Hyomin yang terduduk dilantai simen. Rambut Hyomin disisir ke tepi. Senyuman dibibir merahnya tersungging sempurna. Lantas, tangannya bergerak mencengkam rahang Hyomin kuat.

"Patutnya aku yang tanya, apa yang kau buat pada Yoongi?! Disebabkan kau, aku tak dapat Yong balik! Harinih aku akan pastikan yang kau takkan bahagia dengan Yong sampai bila-bila!" Pipi Hyomin ditolak ke tepi.

"Apa salah aku ha?! Kau yang tinggalkan boyfriend kau sendirikan?! Kau yang tamak, Dilraba! Pergilah cari kehidupan sendiri!" Balas Hyomin.

"Kehidupan sendiri?" Dilraba tertawa lagi.

"Aku sedang bina kehidupan sendiri dengan cara hapuskan orang lama, macam kau. Tak berguna." Sambung Dilraba, menggelengkan kepala.

"Lepaskan aku lahh!" Jerit Hyomin lagi.

Dilraba mula menjeling dan berdengus seperti benci mendengar suara jeritan Hyomin memekik di telinganya.

"Diamlah! Takpe. Hahaha, takpe. Lepasnih kau mesti senyap lepas orang-orang aku kerjakan kau.. kau memang malang, junior." Ujar Dilraba penuh makna bersama sengihan.

Muncul kembali 2 orang lelaki sasa mula mengheret Hyomin keluar dari bilik. Dilraba turut mengekori mereka dari belakang. Mereka mula memasuki sebuah bilik yang lengkap katil dan perabot.

Tali yang mengikat anggota tangan dan kakinya diuraikan. Hyomin yang masih tidak putus asa cuba melarikan diri juga suara lantangnya tak berhenti meminta tolong.

Malangnya, tubuh lemah Hyomin sempat ditahan. Dilraba dihadapan matanya menggeleng kepala perlahan. Bibirnya menuturkan kata kasihan.

Dilraba mula menekup kain putih yang telah diracuni dadah. Hyomin cuba bergelut kuat namun Dilraba terus menahan kepala gadis itu agar tiada ruang udara dapat Hyomin sedut.

Akibat terhidu bahan kimia, Hyomin mula terkulai layu. Tidak sedarkan diri.

"Liat sangat kau nak pengsankan? ikutkan aku tikam kau campak laut, settle masalah!" Ujar Dilraba dengan perasaan geram, kepala Hyomin ditunjal.

"But its okay.. i wants you dying slowly. Aku nak kau kena sama macam Yoongi dulu. Gila. HAHAHAHAHA!" Tawanya mengilai kuat.

Back to 2 years ago
Hospital Haengbo

Kelopak mata Min Yoongi mula tercelik luas. Matanya mula berkaca seiring bibir bergetar melafaskan sesuatu.

"K-kau jahat.. jahat. JAHAT! KAU TINGGALKAN AKU! DASAR BETINA TAK GUNA ARGH!"

Lelaki itu mulai berubah agresif. Dia mula meracau-racau sambil menuturkan kata-kata kesat. Namun tubuhnya sudah diikat kemas pada katil.

Ibu Yoongi menahan airmata yang bergenang, melihat anak lelakinya mengalami tekanan yang melampau akibat kehilangan Dilraba. Impaknya terlalu kuat buat jiwa lelaki ini tidak tenteram.

Kerana itu perangainya berubah dingin dan panas baran.

"Maafkan mama, Yoongi. Mama nak yang terbaik untuk, Yong. Mama sayangkan kamu." Bisik ibu Yoongi sambil memengang dada, menahan rasa hiba yang membuak.

Sesaat lelaki itu mula menangis teresak-esak lalu terdiam selepas diberi suntikan penenang. Sadis sekali keadaan Yoongi disaat itu.

Dia merasakan dirinya tak berguna. Hanya mati sahaja dia mahukan.

Drrtt.. drrtt..

Mengalir mutiara jernih membasahi pipi Min Yoongi dikala memori itu berlayar diminda.

Kerana perempuan, dia jadi manusia paling bodoh. Kalau boleh tak mahu mengaku itu keadaan dirinya 2 tahun lepas.

Sebotol ubat ditangannya ditenung sekilas sebelum diletak pada meja lampu. Telefonnya dicapai.

Dilraba menelefonnya buat kali ke-10.

Yoongi memejam mata dan mengeluh. Sumgguh dia tiada nafsu nak melayan perempuan bunting ini. Sudah mengandung benih orang lain. Lelaki itu mula mencampak telefon ke katil, mengendahkan panggilan.

Dia bingkas bangun dan mendekati meja solek yang tersusun barang solek juga skincare. Kerusi bangku menjadi tempat melabuhkan punggung.

Surat laporan polis tentang kehilangan Hyomin ditenung. Perlahan Yoongi mendaratkan kedua tangan ke meja lalu menyembabkan wajah.

"Manalah kau nih pergi? Kalau mama papa tanya nak jawab ape, Min?" katanya.

Yoongi kembali mengangkat wajah. Jantungnya berdegup pantas pabila mendengar dentuman pintu dibawah.

Hyomin pulang?

Vomments ❤️




HEARTLESS ' MYGTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang