Setiap kebahagian pasti ada halangan. Oleh kerana sedemikian, kita harus kuat menentangnya bukan? Demi yang tersayang.
Enjoy❤️
🌼
Hyomin merenung Yoongi yang sedang menyuap ayam panggang yang dicicah sos lada hitam ke mulutnya. Gadis itu juga asyik mengunyah dengan kentang goreng.
Lagu rentak balada perlahan yang berkumandang di restoran mewah menambahkan saat romantik mereka.
"Aaaaa~" potongan kecil ayam panggang disua ke mulut Hyomin oleh Yoongi. Gadis itu melayan sahaja kemahuan Yoongi.
"Sedapkan?" soalnya, aku hanya mengangguk sambil mengunyah daging ayam.
"Yong, citelah kenapa saya kena pakai suits ?" lama jua aku menunggu dia menjawab persoalannya.
Dia meletakkan pisau dan garpu ke pinggan lalu menghirup air gas. Tanganku yang terhias cincin perkhawinan dijari ditarik ke dalam genggamannya.
"Sayang jadi P.A Yong dekat ofis okay? Duduk rumah takde benda pun nak buat baik teman Yong kat ofis." Jelasnya.
"P.A? Untuk apa? Puan Kang ada kan?" aku beralasan.
"Suka hatilahh, nanti Puan Kang text sayang apa yang perlu buat." Tambahnya lagi lalu menyambung makan.
Aku menyusun satu per satu sabun bomb dan barang-barang penjagaan diri yang aku borong di Body Shop yang terdapat dalam pusat membeli belah tadi.
Ada keluaran terbaru, Yoongi pilih sabun teh hijau yang dicampur dengan serbuk kopi manakala aku susu dan beras.
"Awak tak nak mandi ke?" aku terperanjat dengar suara garaunya. Dia ketawa melihat reaksi aku terhincut. Kurang hajor!
"Nantilah.." aku membuka paip mengisi air dalam tab mandi. Yoongi dah berbalut tuala nak mandilah tuh.
"Awak nak sabun apa, Yong?" aku menyala lilin merah yang berasaskan mawar merah dan susu kalau tak silap.
Wangian dia kalah parfum berjenama, wangi sangat!
"Yong nak.. susu beras!" aku mengerut dahi sambil membuang mancis yang apinya terpadam dalam tong sampah kecil di luar kamar mandi.
"Mana boleh.. tuh sayang punyalah..! Awak pakailah teh hijau tuh." Kataku di muka pintu bilik air.
"Tak kira.. Apa sayang guna bie pun guna.. All of you is mine!" matanya meliar dan jarinya mengacu seluruh badanku. Lain macam maksud dia.
Me with no makeup
You in bathtube
Bubble bubbly ohh
Aku terperanjat bunyi engsel pintu terbuka sejurus suara yang disengajakan tinggi dimuka pintu. Nyanyian kecilku turut terhenti.
"Bukan main nyanyi, happy mandi dengan husben sendiri ke?Hek hek!" usik Yoongi berjubah mandi sambil mengelap rambut dengan tuala kecil.
Aku malu sendiri. Namun aku hanya menjeling tajam pada Yoongi. Losyen ditapak tangan aku sapu rata seluruh tangan.
Tanganku sering kering sehingga mengelupas kulitnya.
ANDA SEDANG MEMBACA
HEARTLESS ' MYG
FanfictionMIN YOONGI | COMPLETE STORY Bahagia yang disulam kesengsaraan dan kegelapan. Dendam berlawan Cinta. Siapa yang akan jatuh ke tanah dahulu? 14SEPT - 4JAN S"2"19
