14

305 41 13
                                    

"Jahanamlah kau

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

"Jahanamlah kau." - Min Yoongi

enjoy reading. ")

*
*
*

"Min Yoongi! Mama tak habis cakap lagi!" Tinggi suara Puan Min memekik nama penuh anak lelakinya.

Bunyi kaca berkecai jelas kedengaran hingga bilik tingkat atas. Suara pertelingkahan antara ibu dan anak didengari oleh Hyomin yang kaku di katil Yoongi.

"Arghh! Kalau semua nak salahkan Yoongi! Semua benci Yong! BUANG YONG TAK PAYAH SUSAH SUSAH BELA! BAIK MATI!" Bentak Yoongi dengan amarah.

Buat kali pertama, lelaki itu tinggikan suara pada ibunya.

Derapan kaki yang sedikit kasar mula mendekati bilik Yoongi. Hyomin mula menggigil ketakutan. Dia masih statik di birai katil. Otaknya seperti tidak berfungsi waktu itu.

Pintu bilik diceroboh oleh Yoongi dengan rambut kusut serta renungan tajam tepat ke mata Hyomin. Tangan Yoongi menuju ke belakang tubuh dan mengunci dengan kemas.

Senyuman lelaki itu menyeringai dengan penuh perasaan sakit dendam di hati.

"Mungkin kau terlalu rindu our sweet home?" Bisik Yoongi ke telinga Hyomin.

Bergoyang katil ketika Yoongi menghempas punggung ke birai katil dan duduk merapati tubuh Hyomin. Hyomin tak berani memaling mahupun bertentang mata dengan lelaki itu.

Dia tahu lelaki yang tak berhati perut itu kembali mahu menyeksa mangsa kegemarannya.

Terasa hangat tangan Yoongi menyentuh rahang Hyomin. Gadis itu bagai dipukau segarit pun tak bergerak. Sentuhan hangat bertukar genggaman kuat.

"Subuh kita balik, ready to next level."

Peringatan Min Yoongi mampu menyentap roh dari badan dengan mudahnya.

•••

Hyomin's

Aku mula menyandarkan tubuh ke dinding. Airmata semakin kering dipipi. Mata aku yang separuh terbuka melihat ruang tamu berselerak.

Bagasi yang retak, isinya terburai. Kaca pecah merata-rata. Skrin televisyen juga retak separuh dekkan lelaki itu melepaskan baran.

Nafasku terhela lemah. Seluruh badan aku terasa ringan dan sengal. Aku pasrah dijadikan boneka untuk dipijak-pijak.

Mungkin ini cara aku hapuskan dosa?

Aku mula tertawa kecil sebelum terbantuk kecil.

Nyawa aku memang liat nak matikan? ,monolog aku dalam hati.

Bebola mataku bergerak ke arah Yoongi yang terduduk di lantai bersama lidi ditangan yang disebat berpuluh kali ditubuh aku. Tenaga dia memang takkan habis.

Yoongi mula bangun lalu mengheret tubuh lemah aku ke arah bawah tangga. Stor sempit dibuka kasar oleh lelaki itu lalu tubuh aku dipaksa masuk dengan tendangan kaki pada pinggangku.

"Hidup kau akan jahanam sepenuhnya di tangan aku." Yoongi mengujar bangga sambil bercangkung di hadapan stor.

Aku cuba memuntahkan suara walaupun terasa seksa walaupun menggerakkan bibir.

"Bunuh lah aku. O-orang bang-s-sat macam kau patut jadi pembunuh."

Ddum !

Pintu stor dihempas kuat dan bunyi pintu dikunci bagaikan irama di telinga aku. Terbiasa dikurung. Aku terbaring lemah. Perlahan mataku terkatup rapat.

"Min, min kena kuat! Semua ini hanya ujian. Orang yang menzalimi kamu akan jadi seorang yang berani mati demi kebahagiaan kamu."

Suara lembut dan bergema menenangkan pendengaran aku yang separa sedar. Suaranya seperti keibuan. Adakah tuhan menghantar roh ibu menemani aku dalam stor yang sempit , berdebu dan gelap.

Tak ubah seperti dalam kubur.






Vomments❤️

Apa pandangan korang dengan chapter nih?

Double update done! Bertemu lagi di chapter akan datang! 😚❤️

HEARTLESS ' MYGTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang