Enjoy❤️
Hyomin berlari menuju ke pintu agam menyambut kepulangan Yoongi. Imej Yoongi bersama gadis lain buat Hyomin hilang kestabilan.
"Kak Dil.." gumam Hyomin dengan wajah sugul.
"Siapa suruh kau duduk rumah ni? Kan aku dah kata aku tak nak tengok muka kau lagi?!" ujar Yoongi meninggikan suara.
Hyomin seakan tidak percaya, sikap lamanya berulang kembali. Dia bukan Min Yoongi, suaminya.
"Kau melangok ape lagi?!"
Lelaki itu mula menarik bahu Hyomin ke dalam rumah dan menampar pipi gadis itu kuat. Tabiat lamanya kembali menguasai dirinya.
•••
Hyomin tersedu sedan dalam lenanya seolah-olah bermimpikan sesuatu yang menyakitkan. Perlahan kelopak matanya tercelik. Tangisannya turut hilang setelah sinaran pagi menerombos ke matanya.
Gadis itu mula bangun dan melihat sekeliling juga seluruh tangan dan tubuhnya sempurna tanpa cela. Hyomin menarik nafas lega segalanya hanya mimpi.
Gadis itu termenung seketika mentafsirkan maksud mimpi itu. Dikala bahagia menjadi atmosfera hubungannya dengan Yoongi, boleh mimpi seburuk itu muncul.
Alunan irama piano yang berentak R&B mengusik gegendang telinga Hyomin. Hilang segala kerungsingannya seketika. Gadis itu mula turun dari katil dan mencari punca bunyi piano itu.
— imagine kan lagu i need you versi piano okay?
Hyomin mengorak langkah mendekati irama piano itu, semakin lama semakin jelas didengari. Ia dari bilik kerja Min Yoongi sendiri. Tombol pintu diputar dengan berani lalu dikuak perlahan.
Figura berbaju pijama satin putih yang duduk dibangku hadapan piano menjadi fokus iris Hyomin. Bibir Hyomin terbentuk senyuman. Pantas tubuh lelaki itu didekati.
Melihat jari-jemari Yoongi menekan keyboard piano buat hati Hyomin berbunga. Cair pula melihat suami sendiri. Earings milik Yoongi menjadi sasaran gadis itu bermain.
Laju tangan Yoongi menangkap pergelangan tangannya lalu berura-ura mahu menggigit. Hyomin tertawa kecil. Lelaki itu berhenti bermain lalu memeluk pinggang Hyomin.
"Aik, gedik semacam je?" Rambut Yoongi yang kusut, gadis itu usap.
"Jom balik Daegu, sayang. Tak jadi la nak pegi Saipan. Saipan so hot ! Lagipun rindu nenek Sun." ujar Yoongi mencebik.
"Ahahhaha, macam budak keciklah. Min dah agak mesti tak pegi punya. Takpelah, kemana awak pergi saya ikut." Balas Hyomin sambil merenung wajah Yoongi diparat pinggangnya.
"Yeah!" Sorak Yoongi.
Vomments.💓
Sampai sini dulu okies?
Lepasnih ada sweet fakeu scene mereka berdua di Daegu
Yeah.
Acctually, missing you guys commenting down below but i know its ma faults making you feelin in bad way.
Mianhei jeongmal mianhei.❤️

ANDA SEDANG MEMBACA
HEARTLESS ' MYG
Fiksi PenggemarMIN YOONGI | COMPLETE STORY Bahagia yang disulam kesengsaraan dan kegelapan. Dendam berlawan Cinta. Siapa yang akan jatuh ke tanah dahulu? 14SEPT - 4JAN S"2"19