42

225 26 7
                                    

Selepas setahun perkahwinan Yoongi dan Hyomin.~

"Akhirnya saya boleh balikkan, doktor San?" Soal Hyomin.

Doktor YungSan tersenyum lalu mengangguk sambil mencatit sesuatu pada laporan hariannya. Hyomin menguntum senyuman kecil sambil mengalih pandangan ke arah jendela hospital.

"Cik Min, ada tetamu istimewa harinih." Ujar doktor lelaki itu dengan senyuman.

Detakkan kasut memasuki ruangan wad oleh seorang lelaki yang penuh gaya menarik fokus Hyomin. Lelaki itu menguntum senyuman petak  bersama jambangan bunga baby breath dan bunga kekwa kecil ditangannya.

Doktor Yungsan mula mengundur diri dan semakin dekat lelaki itu ke birai katil. Hyomin masih terdiam dengan mata berkilat.

"Taehyung-ah.. mana kau menghilang?" Tutur kata Hyomin terketar.

"Menghilang membawa diri yang berduka." Usik Taehyung.

Hyomin terkesan dengan katanya. Dia turut merasakan kehilangan sahabatnya dari khilafnya sendiri.

"Eh tak tak, aku gurau jee, aku pergi cari kerja. Dah kaya aku datang sini nak pinang kau boleh?" Seloroh Taehyung.

Pantas telinga Taehyung ditarik oleh Hyomin.

Taehyung tergelak mengekek lalu menghulur jambangan bunga. Bermekarlah kembali senyuman sang gadis yang dicintai.

"Almost 2 months, im waiting this smile. Tengok kau terbaring tak bergerak-gerak, luruh hati aku ni tau? Hari- hari aku pergi gereja berdoa. Akhirnya, tuhan makbulkan." Cerita Taehyung tentang penyeksaannya selama 2 bulan menunggu Hyomin sedar dari koma.

Hyomin menunduk melihat bunga digenggamannya.

"Aku tak sanggup nak hidup, Tae. Hidup aku kacau-bilau."

Lantas, tubuh Hyomin ditarik ke dalam dakapannya. Rambut Hyomin diusap lembut. Gadis itu terdiam seribu kata.

"Izinkan aku cari kebahagiaan kau, Min. Aku sendiri akan bukak hati kau. Paling penting sekali, Park Jimin. Abang kau."

"Apa maksud kau, Tae." Hyomin melonggarkan pelukan seiring mendongak ke wajah lelaki itu.

"Kau kena cepat-cepat sembuh! Kita lari daripada sini, jumpa abang kau!" Kata Taehyung dengan semangat.

Jakarta, Indonesia
Royal Palace resident.

Hyomin melepaskan kaca mata dari wajahnya sambil mengamati rumah agam berkonsepkan istana perancis itu. Setiap dekorasi rumah berjaya buat Hyomin tak berkelip mata.

"Jadi, dekat sini Jimin tinggal selama nih? Dia sanggup tanggung kos kau duduk Korea daripada sambung belajar dekat L.A semata-mata suruh jaga aku?"

Soal Hyomin bertubi sambil mengekori Taehyung berjalan naik ke tingkat atas bersama bagasi besar milik gadis itu. Pintu biru cair dikuak luas lalu bagasi diletak tepi pintu.

Atmosfera ketenangan yang dipamerkan dalam bilik bercat baby blue itu menggamit pandangan Hyomin. Taehyung juga terlihat senang mendapat reaksi positif dari sahabat kesayangannya.

Tangan Hyomin ditarik ke arah birai katil. Mereka berdua melabuhkan punggung di katil bersaiz queen. Taehyung seperti bersedia mendengar dan menjawab segala persoalan gadis itu.

"Tanya je ape yang kau nak tahu. Aku jawab." Tawar Taehyung.

"Em em, tak nak. Aku nak tanya dengan Jimin sendiri. Mana dia pergi?" Tolak Hyomin.

"Hmm, yelah yelah. Malam kang baru dia muncul. Dia sibuk dengan bisnes dia kat ofis.."

Hyomin mengangguk lemah.

•••

Hyomin melangkah perlahan ke arah balkoni seakan loteng. Terlihat Jimin yang sedang duduk di meja jepun asyik melihat bintang yang tergantung dilangit

Tujuan Hyomin hanya mahu menghantar dulang berisi soju dan bir. Itupun Taehyung yang arahkan.

Namun hatinya tak berhenti mengampu untuk meluah perasaan yang terpendam lama untuk si abang, Park Jimin.

Dengan berat, Hyomin mendekati meja lalu meletakkan dulang betul-betul dihadapan lelaki itu. Sempat wajah Jimin dicuri lihat sebelum melangkah pergi tanpa bicara.

Sikitpun, Jimin tak endah kedatangan Hyomin bagaikan angin lalu baginya. Hyomin kembali berpusing mengadap Jimin. Gadis itu mengumpal menumbuk menahan perasaan.

"Berbulan. Berbulan abang takde disisi adik, berbulan jugaklah adik rindukan abang..." perlahan airmata Hyomin mengalir ke pipi.

Hyomin terjeda seketika seiring bayu malam menampar kulit mereka. Dingin. Sedingin hubungan adik beradik Park ini. Dia berdehem membetulkan suara.

"Abang bagaikan hero adik selepas Taehyung. Tak, abang adalah hero sebenar lepas ayah takde. Dia selalu ada masa Hyomin dalam kesusahan. Tapi berbulan lamanya, hyomin susah sangat bang. Susah sangat. Tapi hero adik langsung tak muncul, dia tinggalkan adik terkontang-kanting dengan dunia yang penuh duri dan berliku ni.." bergetar suara Hyomin melepaskan kata-kata yang terpendam lama.

Hyomin menunduk dan tersenyum lemah sebelum dia kembali melihat tubuh Jimin yang masih kaku di meja yang jauh enam langkah sahaja.

"Tapi adik tak pernah sekalipun salahkan abang. Abang hilang sebab adik. Abang tinggalkan adik dalam dunia malang nih sebab silap adik. Adik sendiri.. adik sendiri yang buang hero adik dalam hidup adik. Kan? Adik bodoh, adik baru sedar.. abang terlalu baik untuk adik. Adik tak layak terima, kasih sayang abang. Park Hyomin layak hidup merana atas sikap penting diri sendiri. Adik degil nak kahwin dengan Yoongi. Adik sanggup bela Yoongi dari abang..."

Tanpa sedar, Jimin sudah menangis tanpa suara disaat Hyomin membuka bicaranya lagi. Bibirnya bergetar melepaskan nafas. Mata dan telinganya bertukar merah padam.

"Gumawo, abang. Adik dah sedar sekarang. Maafkan adik sebab dah kecewakan abang."

Hyomin mengusap pipinya perlahan dan melangkah masuk.

"Adik."

Bagaikan bergema di gegendang telinga Hyomin mendengar suara Jimin memanggilnya. Semakin ligat airmata mengalir dekkan mendengar suara yang dirindui. Dia terlalu rindukan suara ini memanggil dirinya. Hyomin terkaku di hadapan pintu.

Tiba-tiba, badan Hyomin terasa hangat seperti didangkap seseorang dari belakang. Bauan citrus segar membuat jantungnya mengepam laju. Terhincut-hincut bahu Hyomin menahan tangis.

"Bogoshipayoo, dongsaeng. Jeongmal bogoshipayo." Jimin mengucup kepala Hyomin seketika.

Dengan pantas, Hyomin berpusing dan membalas pelukan Jimin dengan begitu erat seakan melepaskan rindu yang membuak-buak.

"Mianhei. Mianhei. Mianheii..." kata maaf diucap beribu kali oleh Hyomin.

"Shh.."

Jimin terus mengusap belakang tubuh Hyomin seiring mengusap rambut gadis itu.

Vomments . ❤️

Clishe tiber . Hm.

HEARTLESS ' MYGTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang