Hi, dear!
Any expectations in this chapter?
•••
"Yoongi... Yong-ah!"
Mata lelaki itu tercelik perlahan dekkan panggilan yang sayup-sayup kedengaran melalui gegendang telinga. Berkelip-kelip mata Min Yoongi cuba menjelaskan penglihatan. Langit malam yang suram tanpa bintang ditemani angin malam menjadi tema keadaaan.
Lelaki itu sedikit pun tidak terkejut melihat figura gadis berambut panjang yang lengkap berpakaian hanbok putih sedang berdiri tegak dihujung tebing. Terbentang luas permandangan kampung Busan dibelakangnya. Yoongi masih kaku di tempat berdiri. Jarak Yoongi dan gadis itu hanya sejauh beberapa meter.
"Yong-ah, saya tahu kewujudan saya adalah pembawa malang dalam kehidupan awak. Keluarga awak, kekasih awak mula jauhkan diri dari awak dan saya akui ia salah saya. Saya tak minta pun dilahirkan dalam dunia nih, Yong. Kalau boleh saya nak mati bersama eomma."
Barisan akhir ayat yang terluah membuat lelaki itu sedikit terkesan, namun riaknya masih biasa dan diam mendengar apa yang gadis itu luahkan. Sesekali rambut panjang gadis itu ditiup angin, sedikit sebanyak membuat lelaki itu terpesona. Jarang sekali, melihat gadis itu berdandan begini.
"baik saya matikan?"
Bagaikan luruh jantung Yoongi mendengar kata-kata yang keluarkan dari mulut gadis itu.
Gadis itu mula berundur dan tubuhnya mula menjauhi tebing.
"H-Hyomin!"
Mata Yoongi terbuka luas dan menatap siling dengan jantung yang berdebar sakan. Pantas dia bangun dan meraup muka. Kelopak matanya terasa basah. Dia mula menyentuh mata seketika dan menurunkan tangan melihat jarinya basah dengan air mata.
"tsk. Dalam mimpi pun kau nak kacau kan? Dasar pemusnah hidup dan mimpi." Sempat Hyomin dicaci.
•••
Yoongi tidak bercadang untuk mandi memandangkan hari cuti. Matahari pun sudah naik tinggi. Langkahnya dilajukan ke dapur pabila rumahnya terasa sepi. Bayang hyomin pun tak nampak.
Makanan yang terhidang bawah tudung saji dipandang sekilas. Nota kuning di peti ais menarik perhatiannya.
Morning, saya ada masakkan sikit untuk awak kalau awak lapar. Saya minta izin untuk balik busan sempena hari memperingati appa dengan adik jihyun.
Mian, saya tak nak kacau awak tidur.
-min
Pantas Yoongi menarik nota kuning itu dan dironyok dalam genggaman. Rahang diketap rapat.
Hyomin mula mengambil tempat duduk di dalam monorel. Ketika dia keseorangan, satu per satu wajah ahli keluarganya terbayang di fikirannya. Matanya turut bertakung tapi cepat-cepat dia mengelip. Telefonnya tak berhenti berdering. Gadis itu terus matikan telefon.
Dia mahukan ketenangan.
"Excuse me, can I sit here?"
Hyomin mendongak apabila terdengar suara yang amat dikenali. Riak Hyomin mula berubah.
"t-taehyung-ah.."
Setelah 2 jam perjalanan, akhirnya mereka sampai ke Daerah Busan. Bertahun dia tidak menjejakkan kaki di Busan sejak Hyomin dan ibunya berpindah ke Seoul.
"tak berubah langsung." Ujar Taehyung sambil menatap rumah lama itu.
Hyomin hanya tersenyum dan merenung rumah kecil yang mempunyai halaman yang luas. Pandangannya bertukar ke arah pangkin kayu di tengah halaman yang selalu menjadi tempat Hyomin sekeluarga meluangkan masa, memori bahagia bersama keluarganya mula terlayar di minda.
Hati hyomin terusik perasaan rindu yang mencengkam. Taehyung mula berpaling melihat wajah muram Hyomin. Dia cuba untuk memeluk bahu Hyomin namun niatnya dilepaskan.
"Terima kasih, memandangkan cuma ada dua bilik je. Kau tidur bilik tuh." Hyomin tunjuk tempat dimana mendiang Jihyun dan abangnya tidur.
Taehyung hanya bergumam perlahan dan mula melangkah namun pantas Hyomin menahan lengan lelaki itu.
"taehyung, macam mana kau tahu aku nak balik busan?"
"Takdir tuhan." Jawab Taehyung dengan senyuman manisnya.
Malam yang terang dengan cahaya bulan bersama hamparan bintang tidak menceriakan suasana suram di kediaman rumah Park Hyomin. Hyomin melemparkan kertas kuning ke dalam tempat bakar. Gambar ayah Hyomin dan adik lelakinya, Jihyun dipandang kosong namun jauh di hatinya bagai dihiris-hiris perasaan yang sukar digambarkan.
Kehilangan seseorang yang hidup bersama kita sejak kecil adalah satu tragedi yang memilukan dan tak mahu ia berlaku walaupun sekali.
Bukan hanya Taehyung sahaja penemannya ada saudara-mara yang datang ke majlis kecil Hyomin.
"Min, ahjumma balik dululah ye? Ada masa datanglah rumah.." tubuh Hyomin dipeluk erat.
"Terima kasih, ahjumma sebab datang dan ajak semua orang. Takde ahjumma cuma Hyomin sorang je sambut.." senyuman lemah diberi pada adik perempuan kepada ayah Hyomin sendiri.
Kepulangan saudara-mara ditemani Hyomin dan Taehyung di pintu utama rumah. Kemudian Hyomin menukar baju serba hitamnya kepada Hanbok ibu Hyomin sendiri. Pin rambut dan cucuk sanggul bermotifkan bunga sakura yang selalu ibunya guna ketika lengkap berpakaian Hanbok juga dihias pada rambut hitamnya.
Hyomin menyarung kasut juga bersulam bunga sakura dan melewati taehyung yang terbaring di pangkin tengah-tengah halaman rumah.
"Eh, min nak pergi mana?" taehyung terus bangun dan melihat Hyomin tergesa-gesa.
"Ada kerja nak buat, kau jaga rumah jangan ikut!" peringatan Hyomin, tau tau sahaja Jeongguk mahu mengekorinya.
Kemana agaknya dia ni pergi?, fikir lelaki itu. Dengan berhati-hati, langkah diatur mengikuti gadis itu dari belakang.
Vomments❤️
Sorry for slow update "))

ANDA SEDANG MEMBACA
HEARTLESS ' MYG
FanficMIN YOONGI | COMPLETE STORY Bahagia yang disulam kesengsaraan dan kegelapan. Dendam berlawan Cinta. Siapa yang akan jatuh ke tanah dahulu? 14SEPT - 4JAN S"2"19