19

300 36 4
                                    

As my promise double updatetoo!

Enjoy amigos!❤️

*
*
*

Aku membetulkan rambut dengan jari sambil menuruni tangga. Tas ditangan aku gegarkan mencari telefon pintar nampaknya kena pesan Uber, kereta kena jualkan?

Almari kasut aku dekati dan buka. Kasut hitam mengilat bertumit tinggi dicapai.

"Sayang, nak pergi mana?"

Lelaki polos aku lihat sekilas. Aku cukup malas mahu bertentangannya.

"Jumpa kawan." Pendekku dan terus membuka buka pintu rumah.

Tiba-tiba, tanganku ditarik dan segugus kunci didarat dalam tanganku. Aku melihat lelaki yang sudah pasti Min Yoongi tersenyum lemah ke arahku

"Kunci rumah dengan kereta baru. Saya dapat beli balik kereta lama omma.. ada dekat garaj tapi buat masa nih awak pakai kereta baru dulu, okay?" Pesannya dengan nada lembut.

Aku menarik tangan dari pegangannya dan berlalu pergi.

Sejak bilakah belajar jadi suami mithali?

Min Yoongi hanya iringiku dengan mata serta senyuman yang tak pernah-pernah mekar sebelum ini.

Aku agak terpegun dengan kereta Honda Civic sudah terpakir depan rumah sudahlah berwarna merah hati.

Cepat-cepat, aku sedar dari lamunan dan terus meloloskan diri dalam kereta itu. Hongdae perlu dituju dengan segera kerana ada seseorang yang penting sudah menunggu.
Panggilan daripada pihak peguam sudah menerjah paginya tentang wasiat keluarganya.

"Maaf saya terlambat, jalan raya sesak tadi." Aku menunduk kepada lelaki berkot kemas dan segak. Mereka turut menyambut kedatanganku.

"Tidak mengapa, silalah duduk Puan Park. Saya Jung Dong Han peguam yang menguruskan wasiat dan harta yang ditinggalkan oleh median kedua orang tua, puan." Lelaki itu perkenalkan diri setelah kami duduk disebuah meja tepi dinding kaca.

Aku hanya mengangguk. Tiada apa yang dapat aku katakan. Sebenarnya, aku masih dalam kebingungan kerana seperti yang diketahui keluarga kami bukan berharta.

"Baiklah disini, saya mahu menyampaikan pesanan terakhir sebelum mendiang pergi. Ini fail wasiat. Ibu puan telah menyerahkan beberapa buku bank kira-kira 6 buah buku semuanya manakala ayah puan telah menjual barang miliknya dan menambah isi duit dalam keenam-enam buah buku bank. Mengikutkan apa yang telah dipersetujui, adik beradik puan berhak mendapat 2 buku yang berjumlah 2 juta won setiap satu.." sedang aku menyelak isi fail wasiat yang menunjukkan rumah di Busan, aku membeliakkan mata pada peguam tentang nilai duit dalam buku.

"D-dua juta? Bermakna 12 juta won kesemuanya?" peguam itu mengangguk.

Ya tuhan, apa yang kami adik beradik nak buat duit banyak-banyak? Lebih elok, ayah dan ibu guna untuk kesenangan sendiri.

"Akan tetapi, adik Jihyun anak bongsu telah mati jadi puan boleh bahagi sama rata dengan abang puan. Ini surat dari ayah puan mengenai wasiat." Lipatan surat dikeluarkan dari poket kotnya dan diberi padaku.

Aku mengambil dan membuka lipatan tersebut. Terketar-ketar tanganku melihat tulisan berangkai ayah.

"Buku bank tersebut ada di dalam fail halaman terakhir. Nampaknya tugas saya sudah selesai, saya berundur dahulu. Jika ada apa-apa puan boleh hubungi nombor tadi."

Peguam itu bangun dengan beg bimbitnya begitu aku.

"Baiklah, terima kasih banyak-banyak." Senyuman aku ukir dibibir.

Aku kembali duduk apabila peguam itu hilang dari pandangan.

Kehadapan anak appa Park Hyomin, Park Jimin dan Park Jihyun. Appa tak pandai menulis surat tapi apa yang mahu disampaikan disini omma dan appa mengerah tenaga dan masa demi mencari duit agar masa depan kamu tiga beradik terjamin. Gunalah duit yang tak seberapa ini untuk keperluan dan kehendak kamu. Berbahagialah dengan kehidupan kamu sekarang. Appa selalu kata duit ini bukanlah segalanya tapi tanpa duit kita tak mampu hidup, bukan?
Akhir kata, berusahalah mencapai impian hingga kita dihujung nafas.
-Appa

Kini, aku dibelenggu dua perasan. Bersyukur dan serbasalah. Aku ada tanggunggan sendiri buat seketika lepas menjanda nanti. Cuaca cerah diluar kafe aku nikmati seketika, apa pula yang akan berlaku selepas aku bercerai nanti agaknya?




Vomments❤️

Jumpa esok! Insyallah daily update lepasnih !

HEARTLESS ' MYGTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang