Maaf tak update semalam. Min satu hari takde kat rumah, hee.
btw enjoy 😉 ❤️
***
2 tahun yang lepas, pada musim salji. Min Yoongi setia menunggu kedatangan gadis pujaannya di hadapan Sungai Han yang menjadi tempat mereka berasmara-randa.
"Haa, sampai pun. Lama Yong tunggu Dil.. Nah, latte." Secawan kopi susu diberi pada Dilraba.
Namun, Dilraba hanya memengang cawan kertas itu manakala matanya terus merenung tepat ke mata Min Yoongi sempat juga dia melihat dari hujung kasut hingga ke kepala. Yoongi tersengih dengan kelakuan Dilraba.
"Sayang, dah kenapa nih?" tangan Dilraba diraih.
Alangkah terkejutnya, Dilraba menarik kembali tangannya dan air pemberian Yoongi dicampak ke sungai. Min Yoongi terpana dengan sikap dingin Dilraba yang drastik.
"Dilraba.."
"Dah 3 bulan, Yong. I dah merantau smpai Europe tau? Just as a model. You? Tak sudah-sudah menganggur! Mummy bising tau tak? Bila you nak keje? I tak mahu tunggu lama-lama, Yong! " akhirnya Dilraba bersuara, lantang. Tidak selembut seperti selalu.
"Sabarlah, sayang. Yong tengah usahakan—"
"Usaha, usaha, usaha! Mana hasilnya?! I nak tengok HASIL! Kalau you terus menganggur baik tak payah kahwin dengan I kahwin sahaja dengan pilihan parents you." Ujar Dilraba, mengalih tubuh kearah Sungai Han.
"Dil, jeles ye?" usik Yoongi.
"No!" Dilraba merenung tajam wajah putih Yoongi.
"I like it!" sambung Dilraba dengan senyuman. Yoongi bingung.
"Mummy dah pilih calon untuk I, Luhan. CEO Ruen Holdings anak kawan Papa. I dah blind date dengan Luhan dan he deserve me better than you!" lancar Dilraba berkata sambil menucuk jari ke dada Yoongi.
Dilraba bagaikan tiada hubungan dengan Min Yoongi. Dia seperti suka meninggalkan Yoongi.
"Dil! Apa semua nih? Apa.. Apa sayang merepek nih?" suara Yoongi agak meninggi.
"I.. I tak nak hidup susah dengan you bila dah kahwin nanti. I nak hidup mewah macam Luhan so.. kita putus jelah senang cerita.." sekotak cincin diletak atas bangku disisi mereka.
"goodbye, thanks for sweet moments!" Dilraba tersenyum manis lalu melangkah pergi.
"BODOH! SIKAP KAU YANG MATERIALISTIK TUH TAK KEMANALAH!! AKU SUMPAH KAU TAK HIDUP TENANG TANPA AKU DILRABA, TAKKAN! KAU HANYA UNTUK AKULAH, DIL! APA PENTING SANGAT HARTA NAK DIBANDINGKAN CINTA YANG IKHLAS AKU BAGI HAA?! JAWABLAH!" teriak Yoongi. Matanya sudah membahang.
Dilraba memberhentikan langkah. Gadis itu menghela nafas seiring asap putih berkepul keluar. Dingin malam ini terasa hingga ke tulang lagi-lagi bajunya yang mendedah kakinya yang tersarung stoking nipis.
Dilraba berpusing dan berkata dengan nada agak tinggi namun tidak semarah seperti Yoongi.
"Duit dan harta bukan segala-galanya tapi tanpa duit dan harta.. cinta yang ikhlas teragung sekali pun tetap tiada nilai, Yong! Semua orang macamtuh! Kuasa, harta dan wanita adalah sebuah perdagangan mahukan untung bukan rugi! Of cos, I nak untung bukan rugi!" ujar Dilraba, tenang riak wajahnya dan kembali melangkah.
Min Yoongi terus merampas kotak baldu dan hampir membaling ke dalam sungai. Namun, dia terus terduduk dan menangisi perpisahan percintaan selama 5 tahun.
•••
Min Yoongi berdehem dan memanggil namanya. Memandangkan wanita itu sudah tertidur di meja. Yoongi mengambil kesempatan mengamati wajah manis wanita itu.
"Dilraba."
Dilraba tersedar dalam keadaan mamai apabila dia melihat kewujudan Yoongi, terus dia berdiri tegak. Mata bundarnya berkaca melihat wajah kekasih lamanya.
"Y-Yoongi, awak.. awak datang?" lengan Yoongi cuba dipegang tapi ditepis lembut oleh Yoongi. Dilraba tersenyum hambar.
"You have 5 minute to talk." Yoongi terus melabuh punggung ke kerusi dihadapan Dilraba. Begitu Dilraba juga.
"I miss you, I want you and I..I love you!" tangan Yoongi yang berpeluk tubuh diraih dengan deraian airmata.
Walaupun, dia berasa malu tapi dia harus menebalkan muka. Lagi sekali, Yoongi menarik kasar tangannya daripada disentuh oleh Dilraba.
"Tak malu ke? Im married person same as you. Asal kau balik sini? Asal tak hidup mati terus kat China dengan Luhan kau tuh? Ke harta dia dah habis kau kikis?" tempik Yoongi, dia meluah perasaaan terpendam selama 2 tahun.
"Yong, Dil menyesal Yong.. Selama Dil kahwin Dil tak pernah bahagia macam mana Yong bahagikan Dil dulu. Dil baru sedar sekarang betapa bodoh Dil tinggalkan Yong dulu." Rayu Dilraba.
"Baru sedar ke, pompuan? Baguslah, ada baiknya kau duduk tokong berdoa banyak-banyak untuk diri sendiri ditemukan lelaki ada banyak HARTA, jangan cari aku. Keje aku menganggur je. " cemuh Yoongi sambil berdiri. Yoongi mula membuka langkah meninggalkannya.
"Yoongi.. Yoongi!" panggil Dilraba.
Dilraba tidak mampu mengejar kecuali memanggil Yoongi.Pening yang memberat kepalanya ditahan lalu dia menyebam muka ke tangan di atas meja dan menangis.
Vomments ❤️
Yeah ! Tolak dil habis habisan !

ANDA SEDANG MEMBACA
HEARTLESS ' MYG
FanfictionMIN YOONGI | COMPLETE STORY Bahagia yang disulam kesengsaraan dan kegelapan. Dendam berlawan Cinta. Siapa yang akan jatuh ke tanah dahulu? 14SEPT - 4JAN S"2"19