Enjoy ❤️
Rambut perang dikuak perlahan sambil merenung kosong ke arah kolam ikan koi. Rumah banglo berkonsepkan istana perancis sunyi sepi seperti mana kehidupan sang teruna tampan ini.
Park Jimin yang mahukan hidup sebegini.
Rimas hidup bersama orang yang tak memahami perasaannya. Dengan segulung ijazah dalam bidang kedoktoran, dia sukarela menjadi doktor pakar bebas di sebuah hospital swasta.
Sudah semestinya bukan di Korea.
Figura gadis berpakaian blaus hitam bersama skinny jeans mula bercekak pinggang melihat Jimin termenung di pondok tepi kolam. Puas lah dicari satu rumah sudahlah besar !
"Jim, where you had been? I thought you staying all night at hospital for next operation?" Ujarnya sambil mendekati Jimin.
Namun hanya ikan koi setia mendengar.
Jim, itulah panggilan dia bila dinegara itu. Katanya nama Park Jimin tak laku tak kena dengan atmosfera negara bendera merah putih itu.
Gadis itu melabuhkan punggung bersebelahan Jimin, pantas pehanya dicuit buat lelaki itu terhincut.
"Elennn!" nama manja gadis itu ditekan.
"Elenn~ " ajuk Elena Kim
" capek tau nngak?! Dari tadi ngomol panjang nggak didengarin langsungin dimarah. Nggak mau ah tunang sama lelaki korea ni, sombong banget!" Sambung gadis itu lagi.
Jimin menahan tawa. Terasa geli hati melihat gadis Indonesia ini berceloteh.
"See? Thats why i hates to talk in my languange! You fooling me, Jim!" Marah Elena dengan wajah cemberutnya.
"Okay, im sorry. I didnt mean it. You are so cute to handle, Elen-shhi. Im so lucky. Am i right?" Sempat Jimin memuji diri sendiri.
Setelah 2 tahun tinggal di negara ini. Hatinya sudah ditawan gadis berkulit kuning langsat ini.
"Ah! Cari doktor bius yang lain esok! Gue nngak mau temanin lo!" Elena mengorak langkah pergi.
Elena Kim seorang doktor pakar bius. Setiap pembedahan dilakukan oleh Jimin, Elena selalu dipilih aturkan bahagian bius.
"Sayang, jangan begitu dong!" Jimin mencuba bercakap seperti teman wanitanya.
"Nngak mau!" Jerit Elena dari jauh.
Elena jalan menonong hingga melanggar bahu Kim Taehyung yang turun dari tangga. Bibir lelaki itu sempat mencarut. Tepi pintu gelungsur dijadikan tempat bersandar sambil mendongak kecil tanda mengapa.
"Biasalah, perempuan." Balas Jimin dengan tawa kecil.
Tempat duduk Elena kini diduduki oleh Taehyung sendiri. Dia pula yang termenung seperti Jimin. Bahunya disenggol oleh Jimin.
"Kau memang nak pindah ke? Makin sunyilah rumah aku." Kata Jimin menitip kata syahdu.
"Aku dah ada syarikat sendiri. Brand sendiri kalahkan Gucci lah katakan. Takkan nak duduk kongsi lagi. Ish, malulah!" Wajah Jimin dipandang sekilas.

ANDA SEDANG MEMBACA
HEARTLESS ' MYG
Fiksi PenggemarMIN YOONGI | COMPLETE STORY Bahagia yang disulam kesengsaraan dan kegelapan. Dendam berlawan Cinta. Siapa yang akan jatuh ke tanah dahulu? 14SEPT - 4JAN S"2"19