18

310 38 8
                                    

Ada yang rindu update tak? Hee
Sejujurnya, lepas last update min mmg tak buka wp. Entah lah mood blueming gitu.

Enjoy! ❤️

*
*
*

Padlock aku sentuh buton nombornya mengisi kata laluan sebelum berbunyi nada deringannya. Aku kuak pintu seluasnya dan meloloskan diri bersama beg dijinjing(?) ke dalam rumah sebelum aku menutup pintu dengan rapat.

Aku sendiri volunteer agar aku balik sendiri. Bebola mataku bergerak melihat ruangan utama yang sunyi sebelum mendaki tangga.

Keadaan tetap sama namun mataku menangkap tin-tin bir bersepah di meja hadapan tv.

Terlintas cerita Puan Min di benakku semasa aku mendaki tangga yang berpasangan itu.

"Masa tuh, Yoongi call mama suruh datang rumah dengan menangis meraung minta tolong. Datang-datang, mama tengok Yoongi berdarah-darah peluk Hyomin.Mama dah dapat agak benda akan berlaku berpunca dari dia. Yong cerita semuanya dan betul-betul menyesal, Min. Dia takut nak lawat Min.. Dia jadi trauma lepastu setiap hari datang rumah menangis minta maaf dengan mama papa dan Taehyung jugak. Taehyung sejak semalam dia dah takde, mama dengar-dengar dia ikut family pindah luar Korea."

Hatiku terguris pilu pabila mendengar pemergian Taehyung tanpa mengucapkan selamat tinggal.

Dia benar-benar kesal pada aku ke?

Sebab aku masih menyebelahi Yoongi?

Beg berisi baju kotor aku letak tepi pintu. Aku menggenggam tombol pintu Min Yoongi tanpa memutarkannya. Keluhan aku lepaskan. Patutkah, aku percaya? Adakah mimpi itu sebagai penguat bukti perubahan Yoongi, lelaki Heartless?


"Hyomin akan maafkan Yoongi kan?"


Ya tuhan, aku berbelah bahagi. Hanya sebulan, aku tidak sedarkan diri cukup membuatkan hati Yoongi menjadi suci tanpa dendam?

Berilah aku petunjuk agar aku tidak terjerat lagi. Aku kumpulkan segala kekuatan dan memutarkan tombol. Cahaya terang menerobos bilik yang kelam. Telingaku menangkap tangisan dan permohonan maaf silih berganti.

"Mianhei, mianhei.. hyomin-sshi."

Retinaku mencuba mengesan punca suara itu dan terlihat tubuh dikatil mengiring bawah selimut.

Aku mendekatinya dan menghidupkan lampu di tepi katil agar jelas pandanganku. Dalam samar-samar, aku melihat tubuh Min Yoongi terhincut-hincut memeluk kot labuh berwarna hitam di dalam dakapannya lalu aku menekup mulut.

Itu hadiah mendiang ibuku untuk hari jadi Min Yoongi yang ke-25. Hadiah terakhir sebelum ibu terlibat dalam kemalangan teruk semasa pulang ke rumah dari parti hari jadi Min Yoongi.

Sudah pasti, malam itu Yoongi menghalau ibu kerana dendamnya yang tak sudah.

Aku cepat-cepat menyingkirkan airmata sebelum lengannya aku sentuh.

"Yoongi.." aku panggil.

Serta-merta, dia bangun dan menyandar di kepala katil seperti ketakutan tatkala pandangannya bertentang dengan wajahku. Matanya sebam dan wajahnya kemerahan.

"H-hyomin? Tolong maafkan, Yong... Semua tak nak maafkan Yong, Min.. Jebalyooo.. Yong, suami dayus! Ampunkan, Yoongi. Lempanglah sekuat hati Min balas semua dosa Yoongi.." Yoongi mula merayu dan tanganku digenggam begitu matanya tidak henti mengalir airmata.

Aku membuka genggaman Min Yoongi dan menyeluk poket seluar jeans lalu mengeluarkan sampul putih yang terlipat dua. Sampul berisi surat rasmi mahkamah aku letak atas katil.

"Cukup 6 bulan perkahwinan kita dan seperti yang ditetapkan jika perkahwinan selama 6 bulan memudaratkan diri masing-masing, surat penceraian sudah tersedia. Secara rasminya, Park Hyomin sudah menurunkan tandatangan. Kita berjumpa di mahkamah."

Aku bingkas bangun dan berlagak tenang keluar dari bilik Yoongi.

By hook or by crook, aku mati-mati tak mahu teruskan hayat perkahwinan ini. Maafkan, aku.



Vomments❤️!

Hyomin minta cerai agak agak bercerai ke tu?

Heheheh

Double update today !

HEARTLESS ' MYGWhere stories live. Discover now