"Ouch! Panas!" Hyuji meniup tangan kanannya yang terkena air panas semasa dia menuang air tersebut kedalam gelasnya.
"Siapa pulak yang membawang pasal aku ni? Tau tak sakit"
"Hyunji, kenapa tu? Ada benda terjatuh ke?" Soal Puan Jeon yang baru tiba di tempat tersebut.
"Errk takde apa-apalah eomma. Hyunji just terkena air panas je tadi." Sengih Hyunji.
"Haish lain kali hati-hati tau" pesan Puan Jeon.
"Baik eomma btw petang ni jadi tak nak keluar beli barang dapur?"
"Mestilah, balik je Jungkook nanti kita terus sergah kerea dia tu." Kata Puan Jeon dengan senyuman yang sunnguh lebar.
"Baik eomma, Hyunji pergi bilik dulu ye. Kalau ada apa-apa bagitahu tau."
Puan Jeon menganguk dan terus menyambung melihat drama korea di tv.
Hyunji masuk ke biliknya dan pergi ke arah almari bajunya.
"Baju apa aku nak pakai eh? Baju hitam ni selalu sangat aku pakai. Kalau yang ni pun sama. Hmmmm nampaknya aku perlu beli baju lagilah." keluh gadis itu.
Tetapi sehelai baju berwarna biru laut menarik perhatiannya.
Gadis itu tersenyum tipis apabila melihat baju tersebut. Baju yang diberikan khas oleh orang yang paling amat disayanginya iaitu bekas suaminya pada ulang tahun perkahwinan mereka. Dia cuba berdiri untuk mencapai baju tersebut.
"Awak, awak pernah cakap kalau saya rindukan awak, awak suruh saya pakai baju ni."
"Awak cakap setiap kali saya pakai atau tengok baju ni bermakna awak tengah rindukan saya" senyum gadis itu sambil melihat baju tersebut dengan mata yang sayu.
"Hmmm dah lama saya tak tengok muka and mata sepet awak. Mesti mata anak kita sepet sama macam awak jugakkan?" Ucapnya sambil tersenyum.
Dia merenung baju itu dengan agak lama. Sesekali dia mengeluh dan melihat almari semula. Dia pun menutup almari itu dan terus pergi ke bilik mandi untuk bersiap. Manakala baju itu dihamparkan diatas katil.
Sebelum dia menutup pintu bilik mandi, dia melihat kearah baju itu untuk kali terakhir dan dia tersenyum lagi.
"Kwon Soonyoung saya pun rindukan awak"
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.