CHAPTER 45

337 57 8
                                    

"Soonhyun bangun nak. Dah pagi ni" Ucap Soonyoung perlahan.

"Appa"

"Hmmmm Soonhyun, bangun. Dah pukul 9 pagi ni. Appa nak pergi kerja ni. Kamu main apa sampai bangun lambat macam ni dengan Jiyul semalam hmmmm?" Soal Soonyoung dengan nada suara yang lemah gemalai.

"Appa- kenapa Appa tak cakap yang e-"

"Hyun muka kamu pucat sangat ni." Dengan pantas Soonyoung terus meletakkan tangannya ke dahi anak lelakinya.

"Kotak tu mana appa? " Soal Soonhyun dengan suara yang lemah bagaikan seorang yang tiada tenaga.

"Kotak? Hyun kamu demam ni. Apa yang kamu buat semalam? Kamu mimpikan benda pelik lagi ke?" Soal Soonyoung dengan cemas.

Soonyoung lantas memeriksa suhu badan anaknya dan bergegas keluar untuk mengambil ubat tetapi pergelangan tangannya di tahan oleh Soonhyun.

"Appa, eomma- Hyun nak eomma" Pinta Soonhyun dengan tangisannya mula membasahi pipinya.

Baru sahaja jejaka itu berniat untuk tidak berjumpa wanita itu buat sementara waktu tetapi niatnya terbatal melihat keadaan anaknya yang sedemikian rupa.

"Iya sayang, Appa call eomma ye? Nanti eomma datang" Ucap Soonyoung dengan yakin walaupun dirinya was-was ingin menelefon wanita itu buat masa sekarang.

Soonyoung lantas mencapai handphone di atas meja dan mendail nombor seseorang.

"Jebal. Angkatlah telefon" Soonyoung cuba untuk bertenang tetapi langsung tidak berjaya.

"Hyunji angkatlah telefon tu" Rayu jejaka itu perlahan.

~~♡~~

"Hello siapa ni?"

"Dah lupa siapa Saya ke?"   Hyunji terdiam mendengar suara pemanggil tersebut. Mahu sahaja dia meletakkan panggilan tetapi dia tahu yang jejaka itu akan terus mendailnya.

"Apa awak nak dari saya Minhyun" Ucap Hyunji cuba mengawal kemarahan nya.

"Nak sambung yang semalam punya cerita lah. Cepat bersiap saya ada kat luar ni"

Mendengar sahaja jejaka itu berada di luar,Hyunji terus menamatkan panggilan tersebut. Dia melihat kearah cermin tingkap dan memang benar jejaka itu sedang berdiri di luar rumah nya.

"Tak guna" Desis hati wanita itu. Sekali lagi telefonnya bordering tapi kali ini dia
hanya mengabaikan panggilan tersebut.

"Hyunji cepat bersiap, doctor hwang dah lama tunggu kamu tu" Ucap Puan Jeon apabila melihat anak perempuannya belum keluar dari dalam bilik.

"Iya eomma" Laung Hyunji dari dalam bilik. Selepas bersiap dia terus menolak kerusi rodanya ke muka pintu dan terpaparlah wajah kacak Hwang Minhyun di pintu.

"Kita nak pergi mana ni?" Soal Hyunji acuh tak acuh.

"Adalah, lagipun sekejap je" Senyum jejaka itu.

Bunyi telefon rumah milik keluarga Jeon berdering tidak berhenti-henti.

"Kook, angkat telefon tu sekajap. Eomma lagi hiris Ikan ni" Ujar Puan Jeon kepada Jungkook yang baru sahaja bangun dari tidurnya.

"Hmmm ye eomma" Sesekali Jungkook melihat ke arah kiri dan kanan bagaikan mencari seorang mangsa.

"Oi Chacha, angkat telefon tu sekejap, eomma aku suruh" Arah Jungkook yang melihat Junho sedang duduk di sofa sambil mengeringkan rambutnya mengunakan tuala.

"Eh asal pulak aku hyung?"

"Buat sekarang sebelum aku tendang kau keluar" Lalu Jungkook terus naik keatas tanpa melihat kearah Junho yang mungkin sedang mencarut di dlm hatinya.

"Cis dasar jebon" Gumam Junho perlahan sambil menjeling Jungkook.

"Hello" akhirnya bunyi deringan itu berakhir selepas Junho menjawap panggilan tersebut walaupun terpaksa.

"Hyunji ni awak ke?"

ⓒⓞⓝⓣⓘⓝⓤⓔ

Left and right 💕

Thanks sebab baca 😃

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Thanks sebab baca 😃

Vote and Comment 😁

 [✔] sᴇᴄᴏɴᴅ ᴄʜᴀɴᴄᴇ ғᴏʀ ᴜs || ᴋᴡᴏɴ sᴏᴏɴʏᴏᴜɴɢWhere stories live. Discover now