Perlahan-lahan Qashaf menghela nafasnya dan berusaha untuk bertenang. Wajahnya perlahan-lahan diangkat memandang dua sahabatnya yang terkejut.
Am dan Luq kedua-duanya tercengang dan berasa bersalah terhadap Qashaf. Mereka sedar , itu sememangnya salah mereka kerana menghasut Qashaf untuk membiarkan Felisha menunjukkan usahanya terhadap Qashaf.
Mereka juga sedar bahawa apa yang dirasakan oleh mereka mengenai Felisha itu adalah sangkaan yang salah. Mereka fikir , Felisha akan tetap setia berusaha untuk meraih cinta Qashaf seperti gadis-gadis lain yang begitu meminati Qashaf.
" Kalau aku.. tak permainkan soal hari lahir dia haritu.. "
" Kalau aku .. tak termakan hasutan korang yang cakap kononnya Felisha akan terus stay dekat situ.. "
" Mesti kitorang happy je sekarang. "
Satu persatu perasaan yang terbuku dihati Qashaf itu diluahkan dengan kata-kata.
" Qa-qashaf... a-aku mintak maaf.. "
Ujar Am dengan tergagap-gagap.
" And yeah. Tolong. Stoplah desak aku terima Qhaireena. "
" Tolong. Hormat perasaan aku. "
Tegas Qashaf kepada Luq dan Am supaya tidak mendesak dirinya untuk menerima Qhareena lagi hanya kerana Qhareena mempunyai perasaan terhadapnya.
Meski mereka bertiga telah bersahabat sejak ditingkatan satu , ini adalah kali pertama mereka melihat Qashaf marah dan kecewa yang teramat sangat.
Dengan kuat buku-buku Qashaf ditutup. Lalu buku-bukunya itu disusun rapi dan Qashaf pun berlalu pergi meninggalkan dua sahabatnya itu.
( TokTok )
Dengan kuat Umayr Hisyam iaitu adik kembar kepada Umayr Harith mengetuk pintu bilik Umayr Harith sebelum memasuki ruang bilik itu.
Namun , ketukan pintu oleh Hisyam tidak mendapat sebarang respon dari abang kembarnya itu.
" Rith , aku nak masuk ni boleh tak ? "
Kata Hisyam dengan nada separuh menjeritk meminta izin Harith untuk memasuki bilik abang kembarnya.
( TokTok )
" Kau dengar tak ni ? "
Sekali lagi Hisyam mengetuk pintu bilik itu dengan kuat sambil bertanya jika Harith mendengar pertanyaan yang diajukan olehnya sebantar tadi.
" Woi kau palau aku ke Rith ? "
Jerit Hisyam yang sudah hampir hilang sabar. Dengan pantas tombol pintu bilik Harith itu dipulas dan Hisyam pun membuka pintu tersebut.
Sejurus membuka pintu bilik Harith itu , Hisyam lantas bercekak pinggang dan berkata.
" Halah halah halah. Aku ketuk pintu macam nak roboh dia boleh tersengih tengok tingkap ? "
![](https://img.wattpad.com/cover/209869437-288-k361731.jpg)
YOU ARE READING
Penantian
Fiksi Remaja[ COMPLETED ] Menanti tanpa sebarang jawapan yang pasti itu tidak mudah. Bahkan melelahkan. Disaat perasaan mengawal diri , putus asa itu kelihatan indah sekali. Namun disini Felisha setia menanti. Hadirnya kepulangan seseorang yang pernah mengetuk...