" hm yeah. "
Jawab Felisha dengan begitu ringkas.
" Qashaf pulak nanti nak sambung jurusan apa ? "
Soal Encik Samad kepada Qashaf.
" Qashaf ingat nak sambung guaman. "
Balas Qashaf dengan ringkas dan padat.
" Ouh kau nak jadi peguam la ni ? "
Kata Ziyad yang nencelah tara perbualan Encik Samad dan Qashaf itu.
Perlahan-lahan pandangan mata Qashaf ditumpukan kepada Ziyad. Lalu dengan suara yang bernada rendah Qashaf berkata.
" Yeah. But.. "
Kemudian Qashaf membiarkan kata-katanya tergantung dengan sengaja. Kedua-dua bebola mata Qashaf kini beralih kepada Felisha yang sedang menunduk dihadapannya itu.
" Qash nak jadi peguam syariah. "
Sambung Qashaf kepada perbualan yang tergantung sebentar tadi.
Felisha yang mendengarkan itu teruskan menunduk seperti tiada apa-apa yang berlaku.
Sedang perbualan antara mereka berempat begitu rancak , tiba-tiba suara ketiga-tiga sahabat Felisha helas kedengaran memberi salam.
" Assalamualaikum..! "
Ujar Qhadif , Anizira dan Raidhatul yang sudah berdiri tegak dihadapan pintu pagar rumah Felisha.
Felisha yang mendengarkan itu lantas menuju ke arah pintu pagarnya dengan wajah yang tersenyum lebar.
Lalu pagar yang berkunci pun dibuka dengan berhati-hati oleh Felisha. Sejurus pagar itu dibuka , Felisha pun menjerit dengan nada manja.
" Korangggg ! "
Dan Felisha pun memeluk Anizira dan Raidhatul penuh mesra.
" Aku minta maaf sangat pasal semalam ..! "
Kata Felisha dengan agak perlahan dicuping telinga Anizira dan Raidhatul yang berada dalam pelukannya itu.
" Hahaha yaa yaa , kitorang maafkan kau "
Jawab Raidhatul dan Anizra sambil tertawa kecil melihat gelagat sahabat mereka yang seorang itu sambil mengusap lembut bahu Felisha.
" Emm guys , panas ni. Kot ya pun peluk la kat dalam. Sejuk sikit. "
Ujar Qhadif yang sengaja hendak mengusik Anizira , Raidhatul dan Felisha itu.
Walaubagaimanapun , kata-kata Qhadif sebentar tadi telah berjaya meletuskan ketawa antara Felisha , Raidhatul dan Anizira.
Setelah mendengarkan kata-kata Qhadif itu dengan pantas Felisha meleraikan pelukan antara mereka bertiga.
Langkah pertama diambil oleh Felisha dengan mempelawa tiga orang sahabatnya itu memasuki ruang rumahnya.
" Maa kawan-kawan Sha dah sampai ni .."
Kata Felisha dengan riang sambil meneruskan langkahnya meuju ke dapur.
Qhadif , Anizira dan Raidhatul juga mengikuti langkah Felisha hingga ke dapur.
Tiba sahaja didapur , dengan pantas tangan ibu Felisha disalam oleh Raidhatul dan Anizira. Manakala Qhadif pula menyalam tangan bapa Felisha dan abang Felisha itu.
Usai itu , Raidhatul , Anizira dan Qhadif juga rancak berbual bersama ahli keluarga Felisha berkaitan isu hala tuju mereka selepas ini.
Jam sudah pun menunjukkan tepat pukul 11 pagi. Qashaf pun meminta diri untuk pulang dengan penuh sopan.

ANDA SEDANG MEMBACA
Penantian
Novela Juvenil[ COMPLETED ] Menanti tanpa sebarang jawapan yang pasti itu tidak mudah. Bahkan melelahkan. Disaat perasaan mengawal diri , putus asa itu kelihatan indah sekali. Namun disini Felisha setia menanti. Hadirnya kepulangan seseorang yang pernah mengetuk...