Sedang Felisha terdiam dan ditaburi kata-kata tahniah , hati Felisha rancak berbicara.
" Qashafff ! Ya Allah. Awak.. Saya happy sangat ! Kalau lah Sha mula awal sikit.. Kalau lah Sha terus start buat lepas Qash nasihat Sha haritu... "
Bisik hati Felisha yang meluahkan rasa gembiranya juga rasa kesalnya kerana tidak mengambil tindakan sedikit awal.
Pulang saja dari sekolah , Felisha melabuhkan dirinya diatas katil bersaiz Queen dibiliknya itu.
Telefon ditangannya dibuka dan paparan mesej WhatsApp miliknya dan Qashaf dibuka. Dengan jari yang menggigil dan dingin itu Felisha menaipkan pesanan buat Qashaf.
" assalamualaikum Qash ! Sha happy sangat hariniii ! Video Sha dah capai 100 views ! "
Usai menaip , pesanan yang masih belum dihantar itu ditenung lama oleh Felisha. Hati Felisha masih ragu-ragu.
" Hm. Patut ke aku mesej dia ? "
" tak nampak macam aku ni over ke ? "
" would he reply ? "
Disebabkan oleh situasi Qashaf dan Felisha yang sudah saling diam membisu tanpa khabar berita selama 2 bulan itu membuatkan Felisha semakin ragu-ragu untuk memulakan perbualan bersama Qashaf.
Bertubi-tubi soalan menerpa masuk ke ruang minda Felisha. Pelbagai jenis kemungkinan terbayang oleh Felisha.
Sedang Felisha ralit merenung paparan mesejnya itu , tiba-tiba status WhatsApp milik Qashaf kembali online.
Akibat terkejut , mesej yang ditaip oleh Felisha tadi tanpa sengaja dihantar kepada Qashaf. Selang beberapa saat mesej itu dibaca.
Lalu Qashaf pun membalas.
" Waalaikumsalam. Alhamdulillah. I'm happy for you ! "
" Congratulations sayang ! "
Oleh kerana perasaan gembira yang tidak dapat dikawal , tanpa sedar Qashaf menghantarkan itu. Felisha yang sudah sememangnya membuka paparan mesej mereka berdua lantas terkejut.
" Damn it ! Ya Allah ! Ape aku cakap ni ! Deleteeee "
Desis hati Qashaf yang juga terkejut dengan apa yang telah dihantarkannya kepada Felisha itu.
Selang beberapa saat mesej itu dipadam. Dengan pantas Qashaf menggantikan mesej tersebut dengan berkata
" Congratulations Felisha Aireena binti Samad ! I'm proud of you ! "
Felisha yang masih terkejut akan mesej Qashaf sebentar tadi hanya terdiam. Tangannya yang menggeletar tidak mampu menaip dengan laju. Disaat ini , Felisha hanya mampu duduk berdiam sambil tersenyum lebar.
Setelah beberapa minit Felisha mencuba untuk bertenang dengan menarik dan menghembuskan nafas perlahan-lahan itu akhirnya membuahkan hasil.
Dengan tenang Felisha menjawab.
" Awhh so sweet of you ! Thank you Qashaf Alfian Bin Murad ! "
Jawab Felisha yang sedaya upaya mencuba untuk berlagak seperti biasa dan berpura-pura seakan tidak melihat akan mesej yang telah dipadam oleh Qashaf sebentar tadi.
Usai itu Felisha dan Qashaf hanya tersenyum sendiri. Meski sebentar dan begitu ringkas , kemanisannya tetap saja dirasa. Sekurang-kurangnya , terubat juga rindu dihati mereka berdua.
Usai itu ucapan tahniah diterima oleh Felisha dari 3 orang sahabat baiknya iaitu Raidhatul , Anizira dan Qhadif.
" Shaaaa ! "

ANDA SEDANG MEMBACA
Penantian
Novela Juvenil[ COMPLETED ] Menanti tanpa sebarang jawapan yang pasti itu tidak mudah. Bahkan melelahkan. Disaat perasaan mengawal diri , putus asa itu kelihatan indah sekali. Namun disini Felisha setia menanti. Hadirnya kepulangan seseorang yang pernah mengetuk...