Bab 43

132 17 0
                                    

Tiba sahaja dihadapan D'Cafe , Anizira , Raidhatul dan Qhadif bergegas memasuki ruang kafe tersebut.

Di samping Qashaf , Qhadif melabuhkan tubuhnya dan dihadapan Qashaf Raidhatul duduk. Manakala Anizira , melabuhkan dirinya disamping Raidhatul.

Dengan wajah yang berkerut Qashaf memandang wajah Qhadif, Anizira dan Raidhatul. Persoalan demi persoalan ligat bermain dikotak fikiran Qashaf.

" order lah apa-apa dulu. "

Kata Qashaf dengan nada mendatar.

" Tak payah. Kitorang datang sini bukan untuk makan "

Dengan kasar Raidhatul menolak pelawaan Qashaf.

" so , ada apa korang nak jumpa aku ni ? "

Dengan wajah yang masih berkerut Qashaf bertanya.

Raidhatul yang sudah sememangnya panas hati dengan sikap juga cara layanan Qashaf terhadap Felisha sebelum ini , terasa semakin kuat bahang apinya setelah mendengarkan kata-kata yang terbit dari bibir Qashaf itu.

" Apa ? "

" Apa kau cakap tadi ?! "

Dengan nada yang agak tinggi Raidhatul mengatakan itu kepada Qashaf sedang matanya merenung tajam kearah Qashaf.

" Aku tanya kenapa korang nak jumpa aku ni ? "

Ujar Qashaf dengan selamba.

" Kau boleh tanya kenapa ?! "

Nada suara Raidhatul semakin tinggi. Kemarahan Raidhatul sudah sampai ke puncak.

Anizira yang melihat Raidhatul sudah hilang kesabaran itu lantas mengusap lembut bahu kiri Raidhatul dan memujuk Raidhatul untuk bersabar.

" Sabar Rai. Sabar.. "

Lalu dengan renungan tajam Anizira memandang Qashaf.

" Kenapa kau muncul dalam hidup Felisha balik ? "

Soal Anizira yang sudah tak mahu berdalih lagi.

Qashaf yang mendengarkan persoalan Anizira itu mulai tercengang.

" Jawab la ! "

Ujar Raidhatul yang mendesak Qashaf untuk memberikan jawapannya.

" A..aku.. "

Qashaf tergagap.

" Apehal gagap ?! "

Marah Raidhatul kepada Qashaf.

" Aku tak pernah keluar dari hidup dia.. "

Ucap Qashaf dengan suara yang bergetar dan perlahan.

" what the.. "

Ujar Raidhatul secara automatik kerana tidak mampu menerima jawapan Qashaf itu.

" Lepas kau buat macam tu dekat dia kau cakap kau tak keluar dari hidup dia ?! "

Tengking Raidhatul kepada Qashaf.

" Aku tak pernah berhenti sayangkan dia ! "

Kata Qashaf dengan nada suara yang agak tinggi memberitahu bahawa dia sentiasa menyatangi Felisha selama ini.

" Kau ingat Felisha tu apa ? "

" Kau ingat dia apa Qashaf ?! "

" Suka-suka hati kau nak muncul dalam hidup dia , suka-suka hati nak keluar dari hidup dia macam tu je ?! "

PenantianWhere stories live. Discover now