Bab 40

180 16 1
                                    

" Kau sihat ke tak ni dik ? Hahaha "

Usik Ziyad sekali lagi selepas melihat Felisha yang tercengang agak lama.

" Qa-qashaf.. "

Dengan tergagap-gagap , Felisha memanggil Qashaf.

" Ye .., Felisha Aireena.. "

Jawab Qashaf dengan nada suara yang begitu lembut dan riak wajah yang tersenyum nakal.

Sedang Felisha ralit melihat wajah Qashaf itu , tiba-tiba Qashaf mengenyitkan mata kanannya kepada Felisha.

Oleh kerana terlalu terkejut , Felisha yang melihat Qashaf mengenyitkan matanya itu lantas tersedu.

Encik Samad , Ziyad Fedli dan Puan Siti Zubaidah yang dari tadinya hanya menumpukan perhatian kepada Felisha lantas tertawa apabila Felisha tiba-tiba sahaja tersedu.

" Ya Allah budak ni. Hahaha. "

Gelak Encik Samad setelah melihat kelakuan anak perempuannya sebegitu rula buat kali pertama.

Lalu Felisha pun dengan pantas berlari keluar dari ruang itu dan menuju ke biliknya. Diatas katil bersaiz Queen Felisha terduduk merenung jauh ke arah lantai yang bercorak kayu itu.

" Ya Allah.. betul ke apa yang aku nampak tadi ? "

" Qashaf.. in my house ?! "

Bisik hati Felisha sedang bibirnya terkunci rapat.

Perlahan-lahan tangan kanan Felisha yang menggeletar itu diangkat. Lalu cincin yang berada dijari manis tangan kanannya ditenung lama. Ya , cincin itu adalah cincin pemberian Qashaf.

" Qash , try this one. Muat tak ? "

Tanya Felisha sambil menghulurkan sebentuk cincin silver kosong itu kepada Qashaf.

Qashaf yang melihat itu lantas menadahkan tangan kanannya. Lalu Felishavpun meletakkan cincin tersebut diatas permukaan tangan kanan Qashaf.

Tanpa membuang masa , cincin tersebut pun disarungkan ke jari manis tangan kanannya dan ditunjukkan kepada Felisha.

" wow , muat-muat. "

Ujar Qashaf sambil tersenyum lebar melihat Felisha.

" Uwaaa it looks nice tho. "

Kata Felisha sambil tersenyum lebar hingga menampakkan lesung pipitnya dibahagian kiri itu.

Setelah itu , Qashaf kembali merenung ke arah cincin-cincin yang berada dihadapannya. Sebentuk cincin silver yang berpermata itu lantas dicapai dan dihulurkan kepada Felisha.

" Sha , try this one. "

Lalu Felisha pun menadahkan tangannya dan Qashaf meletakkan cincin tadi di atas permukaan tapak tangan kanan Felisha.

Usai itu Felisha menyarungkan cincin tadi ke jari manisnya. Dan , cincin tersebut muat dengan sempurnanya.

" Uuu , it fits perfectly tho ! "

Lafaz Felisha dengan nada riang dan wajah yang tersenyum lebar. Tanpa berfikir panjang , kedua-dua cincin itu pun dibayar dan langsung dipakai dijari manis kanan mereka berdua.

" Selagi cincin ni ditangan Qash , you're mine. Okay ? "

Kata Felisha kepada Qashaf dengan segaris senyuman manis sedang mata mereka berdua saling merenung ke dalam mata masing-masing.

PenantianWhere stories live. Discover now