Sedang Qashaf ralit merenung ke arah buku berwarna hitam itu , pintu memorinya diketuk angin rindu. Lalu terimbaslah pita rakaman bernama memori.
Perlahan-lahan Qashaf mencapai buku tersebut dan menyelak helaian demi helaian buku tersebut.
Lalu dicapainya pula sebatang pen berwarna hitam dan menarilah pen tersebut ligat dilayangkan oleh jari jemari Qashaf meluahkan satu persatu isi hatinya diatas helaian buku tersebut.
Setelah hampir 30 minit Qashaf menulis , dua helaian kertas sudah pun dipenuhi coretan isi hatinya terhadap Felisha.
Seperti kebiasaanya , rutin Felisha dan keluarga setelah hampir seminggu berada di kampung halaman. Seawal jam 8 pagi , Felisha dan seluruh ahli keluarganya sekali lagi berarak ke hospital untuk melawat Encik Zharif yang masih koma.
Hari berganti hari dengan pantas. Jumaat , datang lagi. Seperti di minggu sebelumnya , Felisha menanti pesanan ringkas dari Qashaf.
Namun , Qashaf tidak juga menghantar sebarang pesanan teks. Senyuman Felisha tidak lagi selebar pagi tadi. Felisha kian ragu-ragu.
" Patut ke aku mesej dia dulu ? "
" what if dia busy ? "
" Dia okay ke aku chat dia ? "
" Dia tak rasa annoyed ke nanti ? "
Bertubi-tubi buah fikiran memasuki perkarangan minda Felisha. Perasaanya dan mindanya bergerak tidak senada. Felisha ragu-ragu akan keputusan yang harus diambilnya.
Setelah hampir setengah hari memikirkan keputusan yang harus diambil , Felisha akhirnya buntu dan meminta pertolongan dari kedua-dua sahabat baiknya iaitu Raidhatul dan Anizira.
Dengan pantas group chat " Tri-B's " yang menempatkan mereka bertiga dibuka oleh Felisha.
Jarinya dengan pantas menaip pesanan teks lalu dikirimkan kepada mereka.
" Guys ! Tolong akuuu ! Apa aku nak buat ni ! aaaaa "
" Qash tak chat aku lagi. "
" Should I chat him first ? "
" But.. what if he's busy ? "
" aaaaa "
Bertubi-tubi mesej dihantar oleh Felisha kepada dua sahabat baiknya itu.
" Korangggg "
Sekali Felisha menghantarkan pesanan ringkas pada Raidhatul dan Anizira. Buat pertama kalinya , Felisha benar-benar buntu tidak tahu apa hendak dilakukan.
" Chat je "
" Mesej je dulu "
Balas Anizira yang yang menyuarakan cadangannya.
" Last week kan dia dah mesej dulu. So , it's your turn lah. "
Balas Raidhatul yang juga merasakan yang sama seperti Anizira.
Melihat saja mesej dari dua sahabat baiknya itu , Felisha lantas menaip pesanan pada dua sahabat baiknya itu kerana sudi membantu
" ookay thankies ! "
Lalu paparan mesej Felisha dan Qashaf dibuka. Nafas ditarik sedalam-dalamnya lalu dihembus perlahan. Felisha mencuba untuk bertenang.
" Bismillaahir-rohmaanir-rohiim "
Lafaz dari bibir Felisha sebelum memulakan apa-apa.
Perlahan-lahan jari jemari Felisha menaip mesej lalu dihantarkan kepada Qashaf.

ANDA SEDANG MEMBACA
Penantian
Novela Juvenil[ COMPLETED ] Menanti tanpa sebarang jawapan yang pasti itu tidak mudah. Bahkan melelahkan. Disaat perasaan mengawal diri , putus asa itu kelihatan indah sekali. Namun disini Felisha setia menanti. Hadirnya kepulangan seseorang yang pernah mengetuk...