Waktu terus berlalu. Tepat jam 11.30 pagi , Puan Siti Zubaidah akhirnya memanggil Felisha untuk turun bertemu keluarga pihak lelaki.
" Sha , jom turun. Jumpa family pihak lelaki. "
Ajak Puan Siti Zubaidah dengan lembut sambil menggenggam erat tangan Felisha.
Felisha yang sudah rehda akan apa jua keputusannya , hanya akur dan menurut arahan ibunya itu.
Tiba sahaja di ruang tamu , satu persatu wajah keluarga lelaki dilihat oleh Felisha. Namun , tiada siapa yang dikenalinya.
Diatas karpet bersebalahan Puan Siti Zubaidah , Felisha duduk bersimpuh. Berukir segaris senyuman Felisha melihat wajah Puan Zaireena yang kini didepannya.
" lah , ni rupanya Felisha. Cantiknyaaa "
" Patutlah anak kita suka .."
Kata-kata itu terbit dari bibir Puan Zaireena bersama senyuman manis.
Dengan sopan Felisha membalas senyuman Puan Zaireena dan menghulurkan kedua-dua tangannya untuk bersalaman.
Puan Zaireena yang melihat huluran tangan itu lantas menyambut. Lalu , mereka berdua bersalaman.
" Felisha , Felisha rombongan ni wakil siapa ?"
Soal Puan Zaireena dengan lembut. Kerana Puan Zaireena tahu bahawa Qashaf sengaja merahsiakan hal tersebut dari Felisha sebagai hadiah kejutan dihari lahirnya.
Tanpa sebarang kata , Felisha hanya menggeleng perlahan sebagai jawapan.
" Sha terima .. pinangan kami ? Walaupun Sha tak tahu untuk siapa ? "
Tanya Puan Zaireena dengan lembut. Felisha yang mendengarkan persoalan tersebut lantas mengherotkan pipinya hingga mengukir segaris senyuman nipis.
" Sha .. terima .., "
" .. Sha percaya , ini adalah yang terbaik untuk Sha.. "
" Sha percaya , pada takdir yang dah tertulis.."
Jawab Felisha dengan tenang. Meski dihatinya masih menyimpan sayang pada Qashaf , namun sedaya upaya Felisha cuba untuk mendengar nasihat Hanis.
Felisha sedar , mungkin Qashaf bukanlah jodoh terbaiknya , kerana itu Allah menghadirkan seorang lagi lelaki yang lain dalam hidupnya.
" Alhamdulillah. "
Ucap Encik Murad sebagai tanda syukur.
" Kalau macam tu , marilah kita teruskan ke bertunang. "
Kata Pak Long kepada rombongan lelaki sambil tersenyum lebar.
Dengan penuh rasa redha dan tawakkal kepada perancangan Allah , Felisha akhirnya bergelar tunang kepada insan yang tidak dikenalinya.
Sebentuk cincin berbatu permata disarungkan oleh Puan Zaireena di jari manis Felisha. Sejurus cincin disarungkan , sekali lagi Felisha dan Puan Zaireena bersalaman dan berpelukan.
Pipi Felisha dikucup sayang oleh Puan Zaireena. Kegemberiaan yang dirasa jelas terpapar diwajahnya.
" Alhamdulillah dah selesai. Jomlah kita ke pelamin untuk sesi bergambar. "
Kata Puan Siti Zubaidah kepada ahli keluarga dan rombongan pihak lelaki.
Felisha yang mendengarkan itu lantas membulat matanya memandang Puan Siti Zubaidah.
" P-pelamin ? "
Soal Felisha yang terkejut akan apa yang didengarinya.
" masa bila pula ada pelamin ? "

YOU ARE READING
Penantian
Jugendliteratur[ COMPLETED ] Menanti tanpa sebarang jawapan yang pasti itu tidak mudah. Bahkan melelahkan. Disaat perasaan mengawal diri , putus asa itu kelihatan indah sekali. Namun disini Felisha setia menanti. Hadirnya kepulangan seseorang yang pernah mengetuk...