Felisha yang sedang menyedut air minumannya itu lantas tersedak setelah mendengarkan kata-kata yang terzahir dari bibir Raidhatul itu.
" Oih , kau pehal Sha ? "
Tanya Raidhatul kepada Felisha dengan wajah yang cuak setelah melihat sahabtnya itu tersedak secara tiba-tiba.
" Kau la ! Kau sihat tak ni Rai ?! Hahaha "
Jawab Felisha sambil tertawa melihat wajah Raidhatul itu.
" Tulah , aku pun terkejut jugak sebenarnya ni. Dah makan ubat belum Rai ? Hahaha "
Kata Anizira yang turut meluahkan rasa terkejutnya.
" Kau dah pergi klinik ke Rai ? Okay tak ni ? Doktor cakap ape ? Hahahaha "
Kata Qhadif dengan sengaja mengusik Raidhatul dan turut serta menambah perasa.
" Ish korang ni. Support la akuuuu "
Rungut Raidhatul yang sudah biasa diusik dengan tiga orang sahabatnya itu.
" Hahaha yelaaa kitorang support kau. "
Ujar Felisha sambil tersenyum melihat Raidhatul.
Qhadif dan Anizira yang mendengarkan itu hanya mampu tertawa kecil melihat gelagat Raidhatul yang manja apabila bersama mereka bertiga itu.
Jika dibincangkan soal perkahwinan , ianya adalah oerkara biasa apabila dipercakapkan oleh Qadhif dan Anizira. Kerana mereka berdua sudah biasa memperkatakan perkara itu. Apa yang peliknya ialah , Raidhatul yang sedang memperkatakan soal perkahwinan.
Dimana soal perkahwinan bukanlah perkara yang gemas dibincangkan oleh Raidhatul. Oleh itu , Felisha , Anizira dan Qhadif berasa begitu terkejut apabila mendengarkan kata-kata Raidhatul itu.
Sedar tak sedar , sudah hampir tiga bulqn berlalu. Keputusan SPM pun keluar.
" Felisha Aireena Binti Samad "
Nama Felisha disebut untuk mengambil sijil peperiksaan SPM diatas pentas oleh kerana pencapaiannya yang cemerlang iaitu memperoleh semua A dalam 9 subjek.
" Qhadif Arryan bin Ziyad Fedli "
" Raidhatul Rashifah binti Mohamad "
" Anizira Hafsah binti Ghazali "
Setelah nama Felisha disebut , ketiga-tiga sahabatnya juga dipanggil untuk naik ke atas pentas dan mengambil keputusan sijil SPM yang cemerlang itu.
Seperti mana kejayaan yang dicapai oleh Felisha , begitu jugalah kejayaan yang diterima oleh tiga orang lagi sahabatnya itu
Keempat-empat mereka telah berjaya mendapat A bagi seluruh mata pelajaran yang diambil.
" Aaaaaaa aku bangga dengan korang ! "
Kata Felisha dengan nada riang sambil memeluk erat dua orang sahabatnya itu.
" Aku pun bangga dengan korang semuaaa ! "
Kata Anizira yang juga meluahkan rasa bangganya kepada dua sahabatnya itu.

ANDA SEDANG MEMBACA
Penantian
Teen Fiction[ COMPLETED ] Menanti tanpa sebarang jawapan yang pasti itu tidak mudah. Bahkan melelahkan. Disaat perasaan mengawal diri , putus asa itu kelihatan indah sekali. Namun disini Felisha setia menanti. Hadirnya kepulangan seseorang yang pernah mengetuk...