Bab 67

181 11 0
                                    

" Aku terima nikahnya , Nurul Anizira Hafsah binti Mohamad Kamal dengan emas kahwinnya bernilai 2000 ringgit tunai. "

Ucap Qhadif melafazkan akad nikah dengan tenang meski jantungnya terasa bagai ingin meletup.

" Sah ? "

" Sah ! "

" alhamdulillah. "

Lalu tangan seluruh tetamu ditadahkan sebagai tanda syukur dan mendoakan kebahagiaan buat mereka berdua yang baru sahaja melangkah ke alam perkahwinan.

Sedar tidak sedar , sebulan pun berlalu dengan pantas. Kini , tibalah giliran Qashaf dan Felisha untuk disatukan.

* Majlis Malam berinai Felisha dan Qashaf. *

Jam dididing menunjukkan sudah tepat pukil 10 malam. Para tetamu yang hadir pun mula pulang ke rumah dan bersedia untuk esok harinya.

Setelah semua tetamu pulang , kini tinggal ahli keluarga Qashaf dan Felisha yang duduk berkumpul diruang tamu.

Dihadapan kedua-dua ahli keluarga mereka , Qashaf memandang Felisha yang berada dihadapannya itu sambil tersenyum lebar.

Perasaan bahagia jelas terpancar diwajahnya. Senyuman diwajah Qashaf , dibalas dengan senyuman manis Felisha.

Tanpa sebarang kata , dua hati ini seolah-olah sedang meluahkan rasa bahagia yang ada didada mereka.

Sedang keluarga mereka berdua rancak berborak , Felisha dan Qashaf saling berbalas pandangan dan senyuman.

Bahagia ? Teruja ? Entah bagaimana hendak diungkapkan rasanya. Yang pasti , perasaan syukur tidak terhingga.

Sedang Felisha memandang wajah Qashaf itu , perlahan-lahan tangan kanan Qashaf menghulurkan sepucuk sampul surat berwarna putih.

Dengan perasaan ingin tahu yang memuncak , sampul surat tersebut segera dicapai oleh Felisha dengan wajah yang berkerut.

Sejurus melihat tulisan yang tertera pada sampul surat itu , Felisha menguntum segaris senyuman manis diwajahnya.

" Surat buat bakal isteri Qashaf Alfian. "

Itulah tulisan yang tertera pada sampul surat yang dihulurkan oleh Qashaf sebentar tadi.

" Baca esok okay ? Sebelum akad nikah. "

Ujar Qashaf dengan perlahan dan lembut kepada Felisha bersama wajah yang berhias senyuman.

" alaaa malam ni tak boleh ? "

Rungut Felisha dengan manja sambil mencebik. Felisha , benar-benar ingin tahu apakah isi kandungan surat tersebut.

" esok okay ? "

Kata Qashaf dengan lembut yang memujuk Felisha untuk bersabar dan membaca surat itu pada keesokan harinya.

" Hm.. okay.. "

Jawab Felisha sambil mengeluh dengan nada sedih.

" good girl "

Ucap Qashaf dengan lembut sambil tersengih memandang wajah Felisha.

Tepat jam 11 malam , keluarga Qashaf pun pulang ke rumah yang disewa setelah segala perancangan pada keesokan harinya diyakini akan berjalan lancar.

Diatas katil bersaiz Queen , bersuasana bilik yang sudah siap sedia terhias , Felisha menghamparkan dirinya untuk mendapatkan tidur.

Sedang mata Felisha menatap siling biliknya yang kosong itu , kedua-dua tangan Felisha diangkat ke atas.

PenantianTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang