Hari demi hari pun berlalu , kini tinggal dua hari sahaja lagi sebelum hari pernikahan Anizira dan Qhadif berlangsung.
" Bye korang , aku sayang korang tauu "
" Jumpa esok ! Jangan lambat ! "
Ujar Anizira yang mengucapkan selamat tinggal kepada Raidhatul dan Felisha sebelum memulakan perjalanannya dan Qhadif untuk pulang ke rumah ibu bapa mereka.
" iyeee petang esok kitorang sampaiii "
Jawab Felisha dengan mesra.
" Kau tuu hati-hati. "
" Bawak kereta elok-elok Diff. "
Pesan Felisha kepada Anizira dan Qhadif.
" Malam esok kita jumpa k "
Kata Raidhatul bernada lembut.
" Okay okay , aku dengan Qhadif gerak duluuu. "
" sayang korang mwah ! "
Ujar Anizira kepada Raidhatul dan Felisha. Sebelum mengundurkan diri , tiga sahabat baik itu berpelukan dihadapan pintu pagar mereka.
" gerak luu "
" jumpa esok geng "
Kata Qhadif kepada Raidhatul dan Felisha sambil tersenyum nakal.
" Take care ! byee "
Laung Raidhatul dan Felisha kepada Anizira dan Qhadif.
Usai itu , Qhadif dan Anizira pun memulakan perjalanan mereka untuk pulang ke rumah ibu bapa masing-masing untuk bersedia akan majlis perkahwinan mereka yang bakal berlangsung dua hari lagi.
Akibat hal-hal penting ditempat kerja yang tidak dapat dielakkan , Felisha dan Raidhatul tidak dapat untuk menemani Anizira dan Qhadif pulang ke rumah ibu bapa mereka bersama-sama.
" Rai ..! Cepatlahhh ! Dah lambat tho "
Laung Felisha dari pintu utama rumah sewa mereka memanggil Raidhatul yang masih terkial kial di tingkat atas.
" Yeeee coming cominggg "
Jerit Raidhatul sebagai respon kepada laungan Felisha sebentar tadi.
Dengan pantas Raidhatul berlari anak menuruni tangga dan menuju ke pintu utama bersama beg tangan.
Setelah semua barang keperluan dimasukkan kedalam kereta , Raidhatul dan Felisha pun mengunci rumah mereka.
Tepat jam 5 petang , Felisha dan Raidhatul memulakan perjalanan mereka menuju ke rumah ibu bapa Anizira.
Setelah memakan selama lebih kurang dua jam perjalanan , Felisha dan Raidhatul akhirnya tiba dikawasan perumahan mereka.
Oleh kerana jam sudah menunjukkan pukul 7 malam , Felisha dan Raidhatul membuat keputusan untuk pulang ke rumah masing-masing dan menunaikan solat maghrib dan isyak dirumah terlebih dahulu.
" Jangan lambat pulak Rai. Pukul 8 siap tau. 8 sharp aku sampai. "
![](https://img.wattpad.com/cover/209869437-288-k361731.jpg)
YOU ARE READING
Penantian
أدب المراهقين[ COMPLETED ] Menanti tanpa sebarang jawapan yang pasti itu tidak mudah. Bahkan melelahkan. Disaat perasaan mengawal diri , putus asa itu kelihatan indah sekali. Namun disini Felisha setia menanti. Hadirnya kepulangan seseorang yang pernah mengetuk...