" Assalamualaikum. Encik , em.. em.. n-ni hadiah untuk Encik. Ada orang suruh saya hantarkan kepada Encik. "
Sedang Qashaf merenung mencari-cari susuk tubuh Felisha , seorang gadis berpurdah dan memegang sejambang bunga sedang menunduk dihadapannya.
Qashaf yang tadinya merenung jauh kini menumpukan pandangannya ke arah gadis berpurdah dihadapannya itu.
" Hm.. macam kenal suara ni. "
Bisik hati Qashaf sambil mengerutkan dahinya memandang gadis yang sedang menunduk itu.
" Ya , bunga ni untuk siapa ? "
Tanya Qashaf dengan sopan.
" Untuk ... Un-untuk... "
Gadis itu tiba-tiba sahaja tergagap.
Lalu wajah gadis itu diangkat mendongak menghadap wajah Qashaf. Perlahan-lahan purdah itu dibuka. Sekuntum senyuman dijadikan penghias wajahnya.
Qashaf yang melihat wajah gadis itu terkedu seketika. Muka Qashaf mula memerah. Qashaf terdiam. Hanya senyuman terukir diwajahnya.
" Hai Qash ..! "
Sapa Felisha sambil tersengih panjang melihat Qashaf.
" Sha ! Ya Allah. Qash mimpi ke ni ? "
Kata Qashaf sambil menggosok lembut kriinya.
" Qash tak sudi ke ambik bunga ni ? Berat ni "
Tanya Felisha yang secara tiba-tiba menundukkan wajahnya semula.
Dengan perlahan huluran jambangan bunga ditangan Felisha itu dicapai dan diambil oleh Qashaf.
" Kalau Sha yang bagi , mestilah Qash terima."
Ujar Qashaf dengan nada suara yang lembut dan perlahan.
Felisha yang tadinya menunduk lantas mengangkat wajahnya mendongak memandang wajah Qashaf sambil tersengih.
" Em Qash kitorang gerak dulu la macam ni. "
Kata Luq yang meminta untuk mengundurkan diri kerana tidak mahu mengganggu Qashaf dan Felisha.
" itu lah. Kitorang gerak dulu la Qash. "
Sokong Am yang turut tidak mahu mengganggu mereka berdua.
" eh , jom la kita pergi lunch sekali ? Sha drive. "
Pelawa Felisha kepada Luq dan Am. Takkanlah mereka mahu keluar berdua pula. Tak manis dipandang orang. Tambaham pula , Qashaf dan Felisha mahu mengekalkan jarak yang telah dijaga oleh mereka berdua itu.
Entah mengapa , perasaan malu diantara mereka berdua itu terasa sama seperti bagaimana mereka berdua mula berkenalan dulu. Mungkin , kerana kurangnya komunikasi dan juga bersua muka.
" Eh takpayah la susah-susah Sha. Tak pe.. "
" Kitorang boleh balik naik taxi. "
Kata Luq dan Am yang menolak pelawaan Felisha dengan sopan itu.
" Ala jomlah. Takkan korang nak biarkan aku dengan Sha keluar berdua ? Kan tak manis tu. "
Ujar Qashaf yang memujuk dua sahabat baiknya itu untuk bersetuju keluar bersama.
" kalau dah keadaan memaksa , kita kena ikutlah macam ni Am. "
Kata Luq sambil tersenyum nakal memandang Am disampingnya itu.
" tulah. Tak boleh ni biarkan korang keluar berdua. Kita kena ikut. "
Tambah Am yang juga tersenyum nakal melihat Luq.

ANDA SEDANG MEMBACA
Penantian
Teen Fiction[ COMPLETED ] Menanti tanpa sebarang jawapan yang pasti itu tidak mudah. Bahkan melelahkan. Disaat perasaan mengawal diri , putus asa itu kelihatan indah sekali. Namun disini Felisha setia menanti. Hadirnya kepulangan seseorang yang pernah mengetuk...