Bab 53

149 11 0
                                    

** Dua hari sebelum kejadian **

Tepat jam 8.30 malam , sejurus selesai menunaikan membaca Al-Quran telefon pintar Felisha yang berada diatas katil mula berdering.

Dengan pantas telefon pintar itu dicapai dan dibuka. Nama Qashaf jelas terpapar pada skrin. Setelah sekian lama Felisha dan Qashaf tidak berhubung , kini Qashaf akhirnya menghantar pesanan ringkas kepada Felisha.

" Assalamualaikum , Felisha Aireena. "

" Sha , sha ingat lagi kan.. Kalau Qash mesej ni maksudnya apa ? "

Pesanan Qashaf dibaca dengan teliti oleh Felisha. Sejurus pesanan kedua itu dibaca oleh Felisha , pipi Felisha lantas diherotkan sehinga terukir segaris senyuman manis.

" Sha , bila tiba masanya nanti.. Qash sendiri akan mesej Sha. "

" Dan masa tu , Qash betul-betul dah bersedia untuk jadikan Sha suri dihati Qash. "

" Remember that okay ? "

Ujar Qashaf kepada Felisha sedang matanya memandang tepat ke arah wajah Felisha yang pucat itu bersama senyuman lebar sebagai penghias wajah.

Meski kata-kata itu kelihatan biasa , namun buat Felisha kata-kata yang terbit dari bibir Qashaf itu benar-benar bermakna kerana adanya keikhlasan dalam kata-katanya.

" Okay , Sha .. akan tunggu... "

" Setia menanti tibanya masa yang tepat untuk kita. "

Balas Felisha kepada Qashaf dengan suara serak dan wajah tersenyum manis.

" Good girl. "

Kata Qashaf dengan nada ceria sambil tersenyum nakal kepada Felisha.

" Sha.. "

Qashaf memanggil Felisha dengan nada lembut.

" Qash sayang Sha tau. "

Kata Qashaf dengan perlahan dan lembut kepada Felisha.

Felisha yang mendengarkan kata-kata itu semakin melebar senyumnya diwajah yang pucat itu.

" Sha , sayang Qash juga. "

Balas Felisha kepada Qashaf dengan suara yang serak dan perlahan.

Tanpa sedar , pintu memori Felisha diketuk. Lalu terimbaslah kenangannya bersama Qashaf sebelum Qashaf pergi melanjutkan pelajarannya ke Mesir.

Dan setelah 5 tahun berlalu , kini Qashaf sudah menepati janjinya untuk mencari Felisha apabila dia sudah bersedia.

Setelah sedar dari lamunan memori , dengan wajah yang tersenyum manis jari jemari Felisha ligat menari diatas paparan skrin telefon pintar itu.

" Waalaikumsalam , Qashaf Alfian. "

" Ya , Sha ingat Qash. "

Balas Felisha dengan ringkas.

" Sha sihat ? "

Soal Qashaf yang bertanyakan khabar Felisha setelah 5 tahun tidak menghubunginya secara terus.

Meskipun selama 5 tahun berlalu , Qashaf menerima setiap info mengenai Felisha dari Qhadif , Anizira dan Raidhatul namun perasaannya tidak sama apabila pertanyaan itu dijawab sendiri Felisha.

" Sihat alhamdulillah. Qash ? "

Persoalan Qashaf kembali dibalas dengan persoalan.

" Sihat juga , alhamdulillah."

PenantianTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang