Hari demi hari berlalu. Bulan bersilih ganti. Sudah hampir 2 bulan Qashaf dan Felisha sepi tanpa khabar berita.
Rindu ? Sayang ? Masih saja menetap diruang hati kedua-dua jiwa remaja itu. Namun tidak lagi sesedih diawal waktu dahulu.
Qashaf dan Felisha kini lebih bertenang dan berjaya mengawal perasaan mereka. Meski begitu , ada masanya tumpah juga genang air mata mereka yang nenangisi rindu yang tak terubat itu.
Berbekalkan memori dan secebis bukti. Pesanan mesej dan beberapa keping gambar berdua ditatap dengan mata yang berkaca.
Telinga yang terpasang disumbatnya earphone. Lagu-lagu kegemaran mereka dibuka dan didengarkan berulang kali. Lalu , pesanan suara yang lama dibuka dan dihayati setiap bait kata.
" Helo sayanggg "
Suara Qashaf yang manja dan lembut itu diulang berkali-kali oleh Felisha. Pesanan suara yang masih tersimpan itu adalah kegemaran Felisha.
Rindu. Tapi tak mampu untuk bertegur. Yang mampu hanyalah diam. Dan terus membisu agar keadaan yang menghimpit ini tidak lagi membuatkan Qashaf dan Felisha tersepit dan terluka.
" Assalamualaikum , Kesayangan saya. Felisha Aireena Binti Samad. Hm. How are you today ? Sihat ? Buat ape tu ? Dah makan ? Is everything okay ? I hope you're just fine. Em.. Harini kann. Qashaf penat sangat. Jadual packed ! Dengan handle programs lagi.. Homework pun tak nak kalah. Latihat debat lagi.. Felisha pulak macam mana ? Okay ke tu ? Sha ..., jaga diri tau ? Qashaf sayang Felisha. Banyak-banyak ! ehehehe "
Tulis Qashaf sambil tersenyum tersipu malu apabila menulis diarinya. Meski Qashaf sudah terlalu penat dengan tugasan hariannya , tetap saja dia akan mencari masa untuk menuliskan setiap peristiwa yang dilaluinya dan sedikit luahan hatinya terhadap Felisha yang tak tercapai dengan aksara.
Buat Qashaf , Felisha bukanlah sekadar gadis yang telah berjaya mencuri hatinya. Malah , Felisha telah membuka matanya untuk melihat setiap sudut dalam kehidupannya sebagai sesuatu yang indah.
Felisha adalah gadis pertama yang berjaya membuatkan Qashaf berasa benar-benar selesa ketika berada disampingnya.
Felisha jugalah seorang gadis yang telah menunjukkan Qashaf bahawa dia juga layak dilayan seperti yang lainnya. Dia juga tidak perlu terlalu memalsukan personalitinya untuk memenuhi expectations orang disekelilingnya.
Bersama Felisha , Qashaf adalah diri Qashaf yang sebenar. Dimana gurauannya adalah spontan. Jika hendak menangis meski hanya perkara kecil , maka dia akan menangis. Apabila terasa ingin tertawa sekuat hati , Qashaf tidak perlu bimbang dan hanya tertawa.
Dunia yang telah Felisha tunjukkan kepada Qashaf disaat mereka berdua bersama adalah sebuah dunia yang sangat indah buat Qashaf. Kerna itu , Felisha tetap saja menetap dihati Qashaf.
" Felisha. Kau tulis ape tu ? "
Soal Aufia kepada Felisha sambil menjenguk helaian kertas yang dipegang oleh Felisha itu.
" Uh ha ? "
Soalan Aufia dibalas dengan soalan. Walaubagaimanapun , Aufia telah berjaya menyedarkan Felisha dari lamunan panjang.
" Aku tanya , kau tulis ape ? "
Jelas Aufia kepada Felisha sambil tangannya menarik perlahan kertas yang dipegang oleh Felisha tadi.
" Ouh. uhm. Aku tulis puisi. "
Jawab Felisha bernada perlahan sambil melihat Aufia yang sedang ralit membaca puisinya itu.
Wajah Aufia yang begitu tekun membaca puisi Felisha itu lantas membuatkan Felisha tersenyum nipis.
" Sha ! Kenapa sweet sangat ni ?! "

ANDA SEDANG MEMBACA
Penantian
Novela Juvenil[ COMPLETED ] Menanti tanpa sebarang jawapan yang pasti itu tidak mudah. Bahkan melelahkan. Disaat perasaan mengawal diri , putus asa itu kelihatan indah sekali. Namun disini Felisha setia menanti. Hadirnya kepulangan seseorang yang pernah mengetuk...