Selesai sahaja solat Zuhur , tubuh Felisha dihamparkan diatas katil bersaiz Queen miliknya itu.
Seperti Qashaf , Felisha juga memikirkan perkara yang sama. " Kita " apa yang akan berlaku kepada mereka berdua. Segala persoalan ditinggal tanpa jawapan.
Mata Felisha kini tertumpu pada siling putih itu. Nafas yang dalam ditarik lalu dihembus perlahan-lahan.
" Ya Allah. Tunjukkan aku ... "
" Jalan yang terbaik buat kami. "
Bisik hati Felisha sedang matanya mengalirkan air mata jatuh membasahi pipinya dengan laju.
2 minggu yang lalu , setelah Felisha menyangka hubungannya dan Qashaf telah berbaik-baik semula seperti sedia kala , rupanya salah.
Bertanggakan 29 Febuari , sekali lagi hati Felisha dilukakan oleh Qashaf.
" Assalamualaikum Qashaf.. "
" Are you busy ? "
Dengan tangan yang menggigil Felisha menaipkan pesanan ringkas buat Qashaf.
Selang beberapa minit , Qashaf pun membalas.
" Waalaikumsalam. "
" Ada latihan debat. Kenapa ? "
Dengan tenang , Felisha menjawab.
" Ouh.. Nak mintak tolong ni... Can ? "
" Nak call.. But , don't worry. Raidhatul pun ada. "
" If you don't mind la.. Sekejap je.. "
Terang Felisha kepada Qashaf.
" Ha okay call lah. "
Balas Qashaf dengan ringkas.
Sejurus menerima respon dari Qashaf , dengan pantas panggilan telefon antara Raidatul dan Felisha membuat panggilan kepada Qashaf.
Setelah beberapa saat telefon Qashaf berdering , panggilan itu pun dijawab.
" He-helo , Qashaf.. "
Sapa Felisha sejurus panggilan telefon itu diangkat oleh Qashaf.
" Hello. "
Jawab Qashaf dengan ringkas dan bernada agak manja. Walaubagaimanapun , suara Qashaf ketika menyambut sapan Felisha jelas kedengaran masih sama seperti ketia mereka berdua bercinta dahulu.
" Em , okay macam ni..Actually , kitorang ade kena tulis essay about our future spouse. "
Terang Felisha dengan tenang.
" so , if.. kau nak kahwin dengan Felisha. Ape yang kau rasa kau perlu ade before kahwin ? Hahahaha "
Celah Raidhatul secara spontan itu lantas meletuskan ketawa antara mereka bertiga.
Sejurus mendengarkan itu , Felisha dan Qashaf secara serentak berkata
" Oiii ! Hahahaha "
Lalu mereka tertawa akibat terkejut akan apa yang telah dikatakan oleh Raidhatul sebentar tadi.
" Em , ape yang aku perlu ade eh ? "
" First , aku kena ade kerja tetap. Ekonomi aku kena stabil untuk tampung family kitorang nanti. "

YOU ARE READING
Penantian
Teen Fiction[ COMPLETED ] Menanti tanpa sebarang jawapan yang pasti itu tidak mudah. Bahkan melelahkan. Disaat perasaan mengawal diri , putus asa itu kelihatan indah sekali. Namun disini Felisha setia menanti. Hadirnya kepulangan seseorang yang pernah mengetuk...