Bab 62

176 10 1
                                    

Bulan berganti matahari tanpa hentinya. Sedar tidak sedar , sudah seminggu Qashaf dan Felisha bergelar tunangan.

Sedang Felisha berehat sebentar dari penulisan novelnya , cincin di jari manis ditenung lama.

" Sha , nantii kita dah kahwin... Qash bawak Sha pergi sini okay ? "

Suara Qashaf yang lembut jelas kedengaran dicorong talian. Paparan mesej antara Felisha dan Qashaf jelas terpapar. Sebuah rakaman yang dihantar oleh Qashaf segera dibuka.

Sebuah rakaman panorama keindahan negara Turkey jelas terpapar.

" Cantiknyaaaa ..! Dekat mana nii ? "

Kata Felisha bernada teruja selepas melihat keindahan panorama didalam rakaman yang dihantar oleh Qashaf itu.

" dekat Turkey la fishcake ! Tu pun tak tauuu hahahah "

Jawab Qashaf sekaligus dengan sengaja mengusik Felisha dan tertawa.

" Eeee mana la orang tauuu , fishball ni ! "

Balas Felisha kepada Qashaf sambil mencebik.

Negara Turkey adalah antara negara yang telah berjaya menarik hati Qashaf untuk bercuti disana.

" Sha , tengok chat "

Kata Qashaf secara tiba-tiba yang menyuruh Felisha untuk membuka pesanan mesej yang baru dihantar olehnya.

" Hm ? jap. "

Jawab Felisha dengan ringkas. Lantas itu , paparan Instagram ditutup dan paparan mesej dirinya dan Qashaf dibuka di aplikasi WhatsApp.

" sevgili balık köftesi "

" seni seviyorum "

Pesanan Qashaf segera dibaca oleh Felisha. Sejurus dibaca pesanan tersebut , dahi Felisha mula berkerut.

" Qash. Apa niii ? Tak faham laaa "

Rungut Felisha kepasa Qashaf dengan manja.

" Cuba search dekat google. "

" Pergi dekat Google translate. Then ambik bahasa Turkey. "

Arah Qashaf dengan lembut kepada Felisha.

Tanpa sebarang persoalan , Felisha akur dan segera membuka aplikasi Chrome. Dengan pantas Felisha membuka halaman google translate seperti yang Qashaf arahkan.

Pesanan pertama dan kedua ditekan dan diterjemah.

" dear Fishcake "

" I love you "

Sejurus melihat ayat tersebt diterjemah , Felisha tersenyum sendiri.

" Ha , tengah sengih sorang-sorang ke tuuu "

" Hahahaha "

Tegur Qashaf sambil tertawa.

" Alololo love you too , Fishball "

Jawab Felisha bernada manja.

" Aaa ? Apa dia ? Ulang balik please ..! "

Kata Qashaf yang sengaja ingin menyakat Felisha.

" Taknokkkk sekali jeeee hahahaha "

Jawab Felisha sambil tertawa kecil.

" Alooo takpelah. Qash muted la kalau macam ni.. hm... "

Balas Qashaf bernada kecewa. Lalu Qashaf pun menutup mikrofonnya.

" ishhh Qash niii. "

Rungut Felisha kepada Qashaf.

PenantianTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang