" Kan ! Itu la hahaha "
Sekali lagi Qashaf mendengar suara itu dengan jelas.
Mata Qashaf dengan pantas melihat disekitarnya. Melilau mmatanyamencari pemilik suara itu. Hinggalah mata Qashaf tertumpu disebuah meja yang diduduki oleh empat orang pelanggan dimana tiga orang perempuan dan seorang lelaki.
Qashaf yang tadinya duduk lantas berdiri dan menghampiri meja tersebut selangkah demi selangkah.
" Oi , kau nak pergi mana tu Qash ? "
Soal Luq setelah melihat Qashaf berdiri. Namun , pertanyaan Luq tidak diendahkan oleh Qashaf. Mata dan telinga Qashaf hanya tertumpu kepada suara dan pelanggan yang memakai baju sekolah dimeja tersebut.
Qashaf kini berdiri benar-benar dibelakang gadis berkaca mata itu. Dengan suara yang perlahan dan wajah yang berkerut Qashaf bersuara.
" Felisha ? "
Qashaf memanggil nama Felisha sambil memandang pelanggan perempuan yang memakai baju sekolah itu. Lalu pelanggan perempuan itu pun mengangkat wajahnya melihat kearah Qashaf dengan dahi yang berkerut.
Sejurus melihat wajah pelanggan perempuan itu , Qashaf lantas meinta maaf.
" Ouh.. s-sorry. Saya ingat kawan saya. Maaf."
Lalu Qashaf pun kembali ketempat duduknya dengan riak wajah yang kecewa.
" Sha. I miss you.. "
Bisik hati Qashaf sambil menunduk merenung kearah meja makan yang kosong itu.
" Qash. Kau okay tak ni ? "
Tanya Am kepada Qashaf setelah melihat wajah Qashaf yang begitu kecewa itu.
" Qashaf ..? "
Panggil Luq dengan nada yang perlahan.
" ha ? ah.. aku.. okay je. "
Jawab Qashaf yang baru tersedar dari menungannya sambil tersenyum nipis melihat Luq dan Am yang sudah bimbang akan keadaannya.
" Haaaah sedap betul makanan dekat D'Cafe tu. "
Ujar Raidhatul dengan ceria.
" So , nak pergi mana pulak ni ? "
Tanya Qhadif kepada Anizira , Felisha dan Raidhatul.
" Balik la. Aku aku nak tido. Esok kita keluar la lagi. Pergi OU ( One Utama ) ke ? Okay ? "
Jawab Raidhatul sambil mencadangkan untuk keluar pada esok hari.
" Ha okay. Kalau macam tu , Sekarang ni kita tukar penumpang. "
Balas Felisha yang mencadangkan untuk Raidhatul dan Anizira menukar kereta kerana rumah Raidhatul dan Qhadif lebih dekat. Rumah Felisha dan Anizira juga tidakpah begitu jauh jika hendak dibandingkan dengan Raidhatul.
" Okay "
Jawab Raidhatul dan Anizira secara serentak sebagai tanda bersetuju dengan cadangan Felisha itu.

ANDA SEDANG MEMBACA
Penantian
Tienerfictie[ COMPLETED ] Menanti tanpa sebarang jawapan yang pasti itu tidak mudah. Bahkan melelahkan. Disaat perasaan mengawal diri , putus asa itu kelihatan indah sekali. Namun disini Felisha setia menanti. Hadirnya kepulangan seseorang yang pernah mengetuk...