10

6.2K 285 1
                                    

Hani duduk dibalkoni sambil mendengar lagu.Pemandangan di China sangat menarik hatinya.Hani mengatur langkah kebilik Mika.Pintu diketuk tetapi tiada respon.Hani membuka pintu bilik Mika perlahan.

"Aihhhh,mana Mika?"Hani mencari kelibat Mika disekitar bilik.

"Kau buat apa dalam bilik aku?"Tanya Mikael yang baru masuk kedalam bilik.

"Saya cari awak.Awak pergi mana?"Tanya Hani.

"Aku tadi pergi duduk dekat luar kejap.Kenapa kau cari aku?"Tanya Mikael lagi.

"hmmmm....saya sebenarnya..."Hani cuba membina ayat yang sesuai.

"Saya apa?"Mikael menjerkah.

"Saya nak ajak awak jalan-jalan"Kata Hani lancar.

Mika tergelak kecil.Hani menayangkan wajah cemberut.Geram dengan perangai Mikael.

"Yelah,aku teman kau keluar.Kau pergilah siap"Kata Mika lalu duduk diatas katilnya.

Hani melihat kearah Mika.

"Kau tunggu apa lagi?Nak aku tukarkan baju?"Tanya Mikael sambil tersenyum sinis.

Hani terus lari menuju kebiliknya.Wajahnya membahang kerana malu.


Hani dan Mika duduk dibangku yang disediakan dikawasan taman.Setelah setengah jam mereka berjalan disekitar taman permainan yang berdekatan rumah Mikael,Hani dan Mikael berehat.

"Hani,kau rasa aku jahat tak?"Tanya Mika.Wajahnya ditundukkan memandang lantai.

"Awak?hmmmm,baik jugaklah even kekadang saya rasa macam nak humban awak dalam jamban rumah awak"Kata Hani.

"Kalau suatu hari nanti,ada orang bagitahu kau tentang kejahatan aku atau apa-apa buruk pasal aku,kau percaya diorang ke aku?"Tanya Mika lagi.

Hani terdiam dengan soalan Mikael.Wajah Mikael yang masih menunduk direnung lama sebelum dia menghela nafas berat.

"Mika,kalau awak dah jadi suami saya,mestilah saya percaya awak.Saya tak kisah siapa pun awak tetapi selagi saya selamat dengan awak,saya tetap dengan awak"Jelas Hani sambil tersenyum.

Mikael masih tertunduk.Hani berasa hairan.Dia terdengar suara seseorang menangis.

"Mi...Mika,awak menangis ke?"Tanya Hani sambil menggerakkan badan Mikael sedikit.

"Jom aku hantar kau balik.Aku nanti nak keluar jap"Mika berdiri dan berjalan meninggalkan Hani yang masih terkial-kial.


Mikael berjalan seorang diri.Selepas menghantar Hani Mikael berjalan pergi ke kawasan jambatan.Air matanya tiba-tiba mengalir lagi.

"Apahal aku lemah sangat bila dengan kau?"Mikael berkata perlahan.

DUMMMMM!!

Bunyi guruh yang berdentum tidak menyentakkan Mikael malahan air matanya lagi mengalir deras.Tidak lama kemudian.Setitik demi setitik air hujan jatuh keatasnya.Mikael berjalan pulang kerumah dalam keadaan longlai.Kepala otakknya ligat memikirkan tentang kejadian 11 tahun dahulu.Kejadian kali pertama dia menembak seseorang dihadapan matanya.

"ARGHHHH!!!"Mikael menjerit.Pandangan orang sekeliling diabaikan.

Hani masih menunggu ketibaan Mikael diruang tamu.Bunyi guruh yang berdentum mengejutkan Hani.

TOK TOK TOK

Hani terus menuju ke arah pintu.Pintu dibuka laju dan wajah Mikael terpampang dihadan pintu.Bajunya basah.Hani memberikan tuala kepada Mikael lalu Mikael masuk kedalam biliknya.

Hani terus menuju kebiliknya.Jam menunjukkan jam 2 pagi tetapi Hani masih tak berjaya melelapkan matanya.Hatinya risau melihat keadaan Mikael.Pantas langkah diatur kebilik Mikael.Pintu diketuk tetapi tiada jawapan.

"Awak,saya masuk ye"Kata Hani lalu masuk kedalam bilik Mikael.

Suhu aircond sangat sejuk.Hani terus menerpa kearah Mikael yang tidur sambil berselubung.Bibirnya menguntumkan senyuman.

"Comelnya awak tidur.Saya tidur dulu tau.Gudnite my world"Kata Hani lalu keluar dari bilik Mikael.


Hani meletakkan nasi goreng diatas meja.Mika melangkah longlai ke meja makan.Nasi tidak diusik.

"Mika,awak tak nak makan ke?"Tanya Hani.

"Aku makan"Jawab Mikael.Sudu ingin disuap kedalam mulutnya tetapi dia berasa mual.

Mikael terus berlari masuk kedalam tandas.Hani mengikut langkah Mikael.Lelaki itu mengeluarkan segala isi perutnya.Mikael ingin keluar tetapi kepalanya yang pening menyebabkan Mikael berpaut pada bahu Hani dan akhirnya dia jatuh kelantai.Hani menepuk-nepuk pipi Mikael tetapi tiada respon.Dahi lelaki itu disentuh.

"Awak demamlah!!Mikael,bangun sekarang.Saya bawa awak pergi klinik.

Mikael membuka matanya sedikit.Kepalanya digelengkan.Hani hanya mengeluh lalu membantu lelaki itu berjalan menuju kebilikya.Mikael terus berselubung.Hani membuat bubur untuk Mikael.

"Awak,makan bubur ni sikit."Hani menggerakkan badan Mikael.

"Tak nak.Aku nak muntah"Kata Mikael.

"Satu suap je,lepastu makan ubat dan tidur balik.Boleh?"Pujuk Hani.

Mika termakan dengan pujukan Hani.Ubat dimakan lalu dia bersambung tidur.Hani hanya menggeleng melihat perangai Mika.Kain basah diletakkan didahi Mika.

Hani berjaga dimalam hari kerana risau jika Mika perlukan pertolongannya.


Mika membuka matanya perlahan.Kepalannya agak berdenyut tetapi dihiraukan.Wajah seseorang yang sedang tidur disofa dipandang.

"Kesian kau,kena susah-susah jaga aku.Kalaulah aku tak keluar malam tu"Mika merengus kasar.

"Awak dah bangun?"Tanya Hani sambil menggosok matanya.

Mikael mengganguk.Hani terus bangun dan menuju kebiliknya.Badan dihempas keatas katil.Letih sungguh badannya.


-I'M MAFIA- (COMPLETE)Where stories live. Discover now