Seoyeon terjaga dari lenanya akibat suhu panas bilik yang begitu menyesakkan. Kelihatan manik-manik peluh di sekitar leher dan dahinya.
" Hah... Panasnya. " Keluh Seoyeon. T-shirt yang tersarung di tubuhnya itu dikibas-kibas.
Dahinya berkerut kerana hairan. Biliknya masih terasa bahangnya walaupun aircond sudah dipasang dengan suhu yang paling rendah.
Entah dari mana datangnya bahang itu dia pun tidak tahu.
" Baik aku pergi mandi. "
Seoyeon membuat keputusan untuk mandi akibat panas yang melampau.
Namun, secara tiba-tiba dirinya terkunci di atas katil. Tidak boleh bergerak. Bagai ada kuasa psikik yang menghalangnya daripada bangun.
Mata Seoyeon membulat. Nafasnya turun naik dengan tidak teratur. Mulutnya dibuka. Dia cuba untuk mengeluarkan suara.
Namun, tindakannya hanya sia-sia sahaja. Suaranya tidak boleh keluar. Bagai tersekat di kerongkong.
" Apa yang berlaku dekat badan aku ni? "
Seoyeon meronta di dalam hati.
Tiba-tiba, anak mata hazel milik Seoyeon menangkap susuk tubuh seseorang lelaki di sudut bilik itu.
" S-Siapa... "
Seoyeon hanya mampu menyoal di dalam hati. Perasaan takut mula menyelubungi diri tatkala 'lelaki misteri' itu bertindak untuk mendekati dirinya.
Keadaan biliknya yang gelap itu menyukarkan Seoyeon untuk melihat wajah lelaki itu.
Dengan perlahan, tangan lelaki itu mengelus lembut wajahnya. Seoyeon ingin menepis. Tetapi pergerakannya masih terkunci.
Akhirnya lelaki itu membuat keputusan untuk bersuara.
Suara lembut lelaki itu menampar halwa telinga.
" My queen... "
•
•
•
Min Seoyeon
(aku tak ship IU dengan Jaemin. Gif di atas hanya hiasan semata-mata dan tidak bertujuan untuk ship)
Na Jaemin
Genre: Fantasi, romantis
『 Greek God's Fanfiction 』
© honeypeachy-
A/N: I will publish next part soon. Jaemin stan please support and give a lot of loves
Nak 4 votes 3 comments boleh?? ❤
YOU ARE READING
《C》HADES | 나재민
FanfictionSiapa dia? Dia Na Jaemin. Sang dewa daripada dunia bawah. ↻ 나재민 - 민서연 fanfiction #1 in najaemin [ 06072020 ] #1 in jaemin [ 13052021 ] #1 in fanfiction [ 14052021 ] #1 in nctdream [ 15062021 ] #1 in greekgod [ 07072021 ] #1 in marklee [ 11082021 ]