✧══════•❁❀❁•══════✧
He's A God
✧══════•❁❀❁•══════✧
Seoyeon terjaga dari lenanya. Matanya digosok-gosok.
" Oh my god. Tak sangka aku mimpi fasal orang yang mengaku dirinya Dewa. " Kata Seoyeon di dalam hati.
Dia bangun dari katil. Jam yang berada di atas meja ditilik. Masih ada banyak masa lagi sebelum ke sekolah.
Jadi dia membuat keputusan untuk mandi dahulu.
Baju tidurnya perlahan-lahan dilirutkan daripada badan.
Tiba-tiba, pintu biliknya dibuka.
" Sayang, aku dah siapkan breakfast– Oh. By the way, you have a sexy body. "
Kelihatan Jaemin sedang tersenyum sinis sambil memandang ke arah Seoyeon yang tidak berbaju itu.
" Yah! Siapa kau?! " Jerit Seoyeon panik.
Dengan serta merta baju yang dibuka tadi dipakainya semula.
" Cepat betul kau lupakan aku, sayang. Bukankah aku dah kenalkan diri aku dekat kau semalam? Tapi kau terus pengsan sebaik sahaja aku kenalkan diri aku. "
" Sekejap. Jadi semua tu bukan... mimpi? Kau betul-betul wujud? Kau syaitan kan? " Soal Seoyeon.
Soalan Seoyeon itu tidak dijawab. Sebaliknya, Jaemin membalas dengan jelingan menggoda. Jaemin mendekatkan dirinya dengan Seoyeon.
Seoyeon tidak mampu bergerak. Mungkin kerana pergerakannya dikunci oleh Jaemin seperti semalam.
Cuma, tidaklah terlalu ketat. Dia masih boleh bernafas dengan teratur dan bercakap.
" Aku bukan syaitan, sweetheart. " Jaemin mengusap lembut rambut Seoyeon.
Seoyeon ingin menundukkan kepalanya ke bawah kerana malu.
Tetapi Jaemin bertindak pantas dengan memegang dagunya lalu mengangkat mukanya ke atas.
" Aku lebih dari syaitan. " Jaemin tersenyum sinis lalu melepaskan muka Seoyeon.
" Pernah dengar tentang Greek Gods? " Soal Jaemin.
Seoyeon mengangguk. Sudah tentu dia tahu. Dia memang meminati Mitologi Yunani sampai sanggup membuat kajian dengan mencari buku-buku lama di perpustakaan.
" Aku salah satu dari Greek Gods tu. Aku Hades. " Balas Jaemin.
" Impossible. Kalau kau Hades, bukan ke kau sepatutnya memerintah dunia bawah? Neraka? Kenapa kau ada dekat dunia manusia ni? " Soal Seoyeon bertubi-tubi.
Jaemin tersenyum, mengangkat sudut bibirnya.
" Good question, baby. Aku ada di dunia manusia ni sebab... "
Jaemin mendekatkan mukanya dengan Seoyeon.
" Sebab aku nak cari permaisuri, yang boleh memerintah dunia bawah bersama-sama aku. "
Seoyeon menjungkitkan keningnya. Hairan dengan dewa yang berada di hadapannya ini.
" Jadi? Kenapa rumah aku yang menjadi destinasi kau? Tak ada pula aku nampak permaisuri bertandang dekat rumah ni. " Soal Seoyeon.
" Memanglah kau tak nampak... "
" Sebab kaulah permaisurinya, sayang. "
Jaemin menyambung ayatnya dengan senyuman terbentuk di bibir mungilnya.
Senyuman menggoda.
" Ha ha ha. Lawaknya! Aku permaisuri? Serius lah? April Fool dah lepaslah. " Seoyeon tergelak terbahak-bahak.
Hampir menitis air matanya akibat tawanya yang tidak mahu berhenti.
" No, I'm serious. Apa kau fikir dewa macam aku ni ada masa nak main-main ke, sayang? " Balas sang dewa.
Seoyeon berhenti ketawa. Kata-kata yang meniti di mulut oleh Jaemin itu kedengaran tegas.
Jaemin bertindak untuk mendekatkan mukanya dengan Seoyeon.
Anak mata berwarna crimson red milik Jaemin yang mencerlung tajam ke arahnya itu membuatkan dia malu.
Tidak pernah lagi dia berjumpa dewa sekacak Jaemin. Setiap inci wajah Jaemin terbentuk dengan sempurna sekali.
Namun, Seoyeon mendesis sakit apabila Jaemin bertindak untuk memegang bahunya.
Jaemin tidak memegangnya dengan kuat. Tetapi tangan Jaemin yang terasa panas itu menyakitkan kulitnya.
" Auch! Jaemin lepaslah... Sakit. " Seoyeon merengek kesakitan.
Jaemin terus melepaskan Seoyeon.
" Why? I'm not hurting you, right? " Soal Jaemin agak risau.
" Tangan kau, panas. Kulit aku macam kena bakar dengan api bila kau sentuh. " Terang Seoyeon. Bahagian bahunya ditilik.
Pelik.
Langsung tidak melecur. Padahal apabila Jaemin menyentuhnya tadi, kulitnya seperti disiat-siat saja.
" Oh ya. Aku lupa pula. "
" Lupa apa? " Soal Seoyeon.
Jaemin tersenyun penuh makna ke arah Seoyeon.
" Listen here. Kau nak aku hilangkan rasa bahang tu tak? "
" Mestilah nak. Tak adalah aku— "
Kata-kata Seoyeon terhenti apabila Jaemin menyatukan bibir mereka berdua.
Mata Seoyeon membulat.
Dewa dari neraka menciumnya?!
•
•
•
A/N: Buat sesiapa yang tak tahu Greek Gods tu apa, boleh cari kat google ya : )
YOU ARE READING
《C》HADES | 나재민
FanfictionSiapa dia? Dia Na Jaemin. Sang dewa daripada dunia bawah. ↻ 나재민 - 민서연 fanfiction #1 in najaemin [ 06072020 ] #1 in jaemin [ 13052021 ] #1 in fanfiction [ 14052021 ] #1 in nctdream [ 15062021 ] #1 in greekgod [ 07072021 ] #1 in marklee [ 11082021 ]