Chapter 21

1.6K 254 26
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


✧══════•❁❀❁•══════✧

Forgive Me

✧══════•❁❀❁•══════✧







" Seoyeon... "

Seoyeon yang sedang mencatit nota di buku tulisnya lantas memandang ke arah si empunya suara. Dahinya dikerutkan.

" Hanat? Kau... dah keluar dari hospital? Dah sembuh? " Seoyeon menyoal dengan segaris senyuman dipahat di bibir.

Walaupun Hanat sudah acap kali berbuat jahat kepadanya, tetapi tidak semestinya dia akan membenci Hanat selamanya. Everyone deserve a second chance right?

Hanat mengangguk. Mengiyakan kata-kata Seoyeon sambil matanya memandang ke lantai kelas.

" Aku... Sebenarnya nak minta maaf. Aku dah banyak buat salah dengan kau. Aku fitnah kau. Aku pukul kau. Sekarang, aku dah terima kifarahnya. Aku minta maaf! "

Seoyeon agak terkejut apabila Hanat bertindak untuk melutut dikakinya. Hal itu menyebabkan tumpuan pelajar tertumpu ke arah mereka.

" D-Dahlah... Hanat. Aku maafkan kau. Dahlah jangan melutut dekat aku. Aku hanyalah manusia biasa. Bukannya Tuhan. Please stand up. " Seoyeon menghulurkan tangannya. Membantu Hanat bangun.

" Tak... Tak mungkin kau maafkan aku dengan begitu mudah. K-Kau... Hukumlah aku macam apa yang aku pernah buat dekat kau dulu. Aku nak tebus balik kekhilafan yang aku pernah buat dekat kau. "

Hanat meraih tangan Seoyeon dengan air mata yang mengalir. Air mata penyesalan. Dia mahu Seoyeon memukul dirinya. Seperti apa yang dia pernah buat kepada Seoyeon dulu.

" Hanat, benda sudah jadi. Aku pun dah maafkan kau. Aku tak boleh menghukum kau. Sebab setiap manusia pernah buat salah. Sudahlah, buang yang keruh ambil yang jernih. Bina hidup yang lebih baik daripada sebelum ini. "

Hanat mengesat air matanya sebaik sahaja mendengar kata-kata Seoyeon itu tadi.

" Kalau macam tu... Kau nak jadi kawan aku? Aku nak tebus balik kesalahan aku. Kau sudi? " Soal Hanat.

Seoyeon berfikir sejenak. Matanya memandang ke arah Hanat. Mencari sinar keikhlasan pada kata-kata yang keluar dari mulut Hanat itu.

Dia tersenyum kelat sebelum membalas...

" Okay... "

- - - -

" Seoyeon~ "

Terhinjut bahu Seoyeon yang sedang memasak itu sebaik sahaja Jaemin memeluknya dari belakang. Entah dari mana dewa itu muncul dia pun tak tahu.

" Hei, jauh sikitlah. Unnie ada dekat rumah tau. " Suruh Seoyeon.

Namun Jaemin tidak menurut kata-katanya. Malah pelukan itu semakin diketatkan. Kebelakangan ini entah kenapa Jaemin suka menempel dengannya seperti gam.

Dewa ni dah kenapa manja semacam?

" Hmm... Kakak kau keluar. It's just two of us in this house. "

Seoyeon hanya mengangguk. Dia meneruskan aktiviti memasaknya dengan tangan Jaemin melilit di pinggangnya. Nak larang pun tak boleh sebab semakin dilarang, lagilah dia buat. Jadi dia hanya membiarkan saja.

" Kau... Nampak happy hari ni? Ataupun aku yang salah tengok? "

Soalan Jaemin itu menarik perhatiannya.

" Oh. Lupa nak cakap dekat kau. Hanat minta maaf dekat aku pagi tadi. Kita orang dah berkawan. " Balas Seoyeon.

Jaemin menjungkitkan keningnya. Hairan.

" That's weird. " Monolog hatinya.

" Oh, okay then. " Balas Jaemin. Lengannya yang melilit di pinggang Seoyeon dilepaskan.

Seoyeon pula sudah menggaru kepalanya yang tidak gatal.

" Dah kenapa mood swing tiba-tiba? "

- - - -

Perempuan yang bernama Hyunji itu mengemas barangnya dengan segera. Rasa menyesal pula kerana mengulangkaji di pusat sumber sekolah sehingga malam hampir menjelang.

Di pusat sumber itu sudah tiada sesiapa kecuali dirinya.

" Kenapalah aku belajar sampai lewat macam ni? Mesti dah tak ada orang dekat luar " Satu keluhan keluar dari bibirnya.

Tanpa membuang masa, dia keluar dari pusat sumber itu dan menuju ke tangga. Sedang dia menuruni tangga, dia terdengar bunyi derapan kaki.

Pada mulanya, Hyunji tidak mengendahkan bunyi itu. Namun bunyi derapan kaki itu semakin dekat di pendengarannya. Bagai ada orang yang mengekorinya dari belakang.

Hyunji berpaling ke belakang. Tetapi tiada sesiapa.

" N-nuguya? "

Senyap. Tiada sesiapa yang menyahut. Hyunji meneruskan berjalan.

Sebaik sahaja Hyunji berjalan, suara derapan kedengaran semula.

Daripada berjalan, Hyunji terus berlari. Orang di belakangnya juga turut mengejarnya.

Hyunji berlari sekuat hati. Air mata mengalir laju. Dadanya berombak kencang.

" Tolong! " Jeritnya lantang. Berharap agar ada orang yang menolongnya pada saat yang genting ini.

Orang di belakangnya boleh tahan laju. Akibat berlari dalam keadaan terdesak, Hyunji tersungkur. Belum sempat dia bangun semula untuk melarikan diri, seorang perempuan sudah mencengkam tangannya.

Perasaan takut menguasai diri Hyunji tatkala perempuan itu menghalakan sebilah pisau ke arah lehernya.










《C》HADES | 나재민Where stories live. Discover now