✧══════•❁❀❁•══════✧
How I Like You
✧══════•❁❀❁•══════✧
Seoyeon mengambil waffle coklat yang berada di atas meja, lalu memakannya. Mukanya sudah merah akibat kata-kata manis yang meluncur daripada mulut sang dewa.
" Aku peliklah dengan kau ni. Kenapa aku? Dah tak ada perempuan ke dekat dunia bawah tu sampai kau kena pilih manusia untuk jadi permaisuri kau? " Soal Seoyeon cuba menghilangkan suasana janggal.
" Boleh pula kau tanya macam tu. Sebab aku suka kau lah aku pilih kau, sayang. " Jawab Jaemin bersahaja.
" Kita baru sahaja berjumpa dan berkenalan semalam. Takkanlah sekali pandang terus je jatuh cinta macam tu? Dewa ni memang senang jatuh cinta ke apa? "
" Aku dah kenal lama dengan kau, Seoyeon. Sejak empat tahun lepas. Tapi baru sekarang aku munculkan diri aku. " Jaemin membalas.
" Mwo?! Kau kenal aku masa aku berumur 13 tahun? " Seoyeon menekup mulutnya kerana terkejut.
Jaemin menganggukkan kepalanya, mengiyakan kata-kata Seoyeon.
" Macam mana kau boleh kenal aku? "
Sudut kening Jaemin dijungkitkan.
" Kau nak tahu? " Soal Jaemin. Seoyeon mengangguk laju.
" Ceritalah. Aku nak tahu. " Pinta Seoyeon. Mata bundarnya berkelip-kelip memandang ke arah Jaemin.
Jaemin berdehem kecil. Kepalanya menoleh ke arah lain. Mengelak daripada terus memandang ke arah Seoyeon.
" Boleh cair aku kalau pandang dia macam ni. " Jaemin bermonolog di dalam hati.
" Pertama kali aku berjumpa kau... Kau menangis. Kau meratap atas kemalangan ngeri yang menjadi penyebab kematian ibu bapa kau. " Jaemin memulakan bicara.
Seoyeon mendengar setiap butir bicara Jaemin dengan senyap.
" Kisah hidup kau, sama dengan apa yang pernah aku lalui beratus-ratus tahun dahulu. Mak dan ayah aku mati ketika berperang dengan pemberontak. Sejak kejadian itu, aku jadi orang yang panas baran. Pemarah, pendendam. Aku rasa, akulah orang yang paling tidak bernasib baik di dunia. "
" Sehinggalah aku mati dan dilahirkan semula sebagai Hades, dewa dunia bawah. Pada mulanya, aku pemerintah yang paling kejam di dunia bawah. Perkataan 'belas kasihan' itu tidak pernah wujud dalam diri aku. Suara manusia hina yang terpekik melolong akibat api yang membakar kulit mereka bagaikan music di telinga aku. " Sambung Jaemin.
" Tapi pertemuan aku dengan kau membuatkan aku sedar. "
Jaemin merenung pula ke arah Seoyeon.
" Rupa-rupanya ada yang menerima ujian lebih teruk daripada aku. Tapi, dia tetap menerima ketentuan Tuhan dengan hati yang terbuka. Sedangkan aku? Aku melawan ketentuan Tuhan dengan sekeras-kerasnya. Aku menyalahkan Tuhan atas takdir hidup aku. " Jaemin tersenyum nipis.
" Sejak dari hari itu, aku sentiasa mengekori dia tanpa dia sedari. Kehidupan yang dia lalui memeritkan. Tetapi hatinya tabah. Lama-kelamaan, aku semakin tertarik. "
Seoyeon masih diam tidak berkutik. Kepalanya menunduk ke bawah. Memandang lantai. Dia tahu Jaemin sedang berkata tentangnya sekarang.
" Sehingga tanpa aku sedar... "
Jaemin memegang dagu Seoyeon. Wajah Seoyeon diangkat agar memandang wajahnya.
" Rupa-rupanya aku sudah jatuh hati dengan manusia yang bernama Min Seoyeon. "
•
•
•
YOU ARE READING
《C》HADES | 나재민
FanfictionSiapa dia? Dia Na Jaemin. Sang dewa daripada dunia bawah. ↻ 나재민 - 민서연 fanfiction #1 in najaemin [ 06072020 ] #1 in jaemin [ 13052021 ] #1 in fanfiction [ 14052021 ] #1 in nctdream [ 15062021 ] #1 in greekgod [ 07072021 ] #1 in marklee [ 11082021 ]