Chapter 26

1.5K 272 44
                                    

✧══════•❁❀❁•══════✧

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

✧══════•❁❀❁•══════✧

Let Me Go

✧══════•❁❀❁•══════✧






" Eh, jarang nampak dewa dari neraka ni murung. Kenapa sedih-sedih ni? Tak jumpa cinta hati eh? "

Jaemin mencerlung ke arah Bella yang berkata sinis kepadanya itu. Dewi itu asyik mengekorinya sampai naik rimas Jaemin dibuatnya!

" Jangan kacau aku, Bella. Aku sabar je ni. Bila-bila masa saja, aku boleh bunuh kau dengan tunang tak guna kau. Aku tahu ni semua rancangan kau orang. " Ucap Jaemin dengan nada ketegasan.

" Aku tahu Seoyeon dekat mana. And... aku boleh beritahu kau. Tapi dengan syarat... "

" Kau kena kahwin dengan aku. "

Bella mengakhiri ayatnya dengan senyuman nipis tersungging di bibir.

" Just in your dream. Lagipun aku tak perlukan pertolongan kau. Aku boleh cari dia dengan usaha aku sendiri. "

Jaemin membuka langkah lalu meninggalkan Bella berseorangan di situ.

- - - -

" Sweetheart, dah tiga hari kau tak makan. Makan sikit okay? Aku tak suka tengok kau semakin kurus. It's not healthy. " Pujuk Mark.

Seoyeon tidak memberikan sebarang respon. Kepalanya ditoleh ke tepi tatkala Mark cuba untuk menyuapnya.

" Lepaskan aku dulu. "

" I can't. Aku takut– "

" Aku takkan lari. Aku janji. Please let me go. Dah tiga hari aku diikat dikatil ni. Lengan aku sakit. " Ucap Seoyeon, cuba meraih simpati dewa itu.

Mark memandang pula ke arah pergelangan tangan Seoyeon yang sudah biru. Dia mengeluh kecil sebelum tali yang mengikat tangan Seoyeon itu dibuka.

" Aku dah lepaskan kau. Jadi sekarang, kau kena makan. Aku keluar dulu. "

Kaki Mark melangkah ke arah pintu. Sebelum keluar, dia berkata sesuatu.

" Dan ingat Seoyeon. Jangan cuba untuk larikan diri kalau kau tidak mahu disakiti. "

Mark memberi amaran sebelum dia berlalu pergi dari bilik itu.

- - - -

" Lucas, kau kena tolong aku. Aku tak tahu dia di mana. Aku tak boleh dengar suara hati dia. Aku tak tahu keadaan dia. Sakit? Terseksa? Sedih?Kuasa aku ada hadnya di dunia manusia. Kau, dewa yang lebih tinggi darjatnya daripada aku. Kuasa kau tak ada had. Kau boleh cari dia. "

Ujar Jaemin dengan frustasi. Rambutnya diraup ke belakang dengan kasar.

" Sebab tu ke kau panggil aku ke dunia manusia ni? Kau nak aku cari Seoyeon? "

Lucas mencicip kopi panas itu sedikit. Tidak ramai orang yang berada di Punch Cafe' pada waktu ini. Jadi senanglah bagi mereka untuk berbincang tentang hal ini.

" Ya. Aku merayu, Lucas. Tolong aku. "

" Bertenang. Aku akan tolong kau. Tapi perkara ni tidak mudah. Kau tahu kan yang Ares tu licik. Jadi kita mesti merancang strategi dengan teliti. "

Jaemin mengagguk faham.

" Jadi, apa rancangan kau? " Soal Jaemin.

" Kita akan minta tolong orang dari dalam. "

Jaemin mengerutkan dahinya.

" Siapa? "

Lucas menayang senyum lalu berkata.


" Lee Jeno. "








《C》HADES | 나재민Where stories live. Discover now