Chapter 34

1.5K 253 34
                                    

✧══════•❁❀❁•══════✧

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

✧══════•❁❀❁•══════✧

Another Day Without You

✧══════•❁❀❁•══════✧

Song:

Another Day - Monday Kiz, Punch









Bayu sepoi-sepoi bahasa yang bertiup pada petang itu memasuki bilik melalui tingkap. Dengan perlahan, kantung matanya terbuka akibat kedinginan yang dirasainya.

Seoyeon bangkit dari katil dengan mata yang terpisat-pisat. Kepalanya terasa sakit.

Lama sangatkah dia tidur?

Seoyeon memandang pula ke arah jam di dinding. Jarum sudah menginjak ke nombor tujuh.

Sudah pukul tujuh petang.

" Macam mana tak mimpi pelik-pelik kalau tidur waktu macam ni. "

Seoyeon menggelengkan kepalanya. Kakinya melangkah ke bilik air untuk membasuh muka.

Dia termimpikan sesuatu yang benar-benar aneh tadi.

Di dalam bunga tidurnya... dia hampir mati ditembak. Dan ada seorang lelaki yang meratap kerananya.

Tetapi dalam mimpi itu, muka lelaki itu kabur. Jadi dia tidak nampak wajahnya.

Entah kenapa, Seoyeon dapat merasakan bahawa mimpi itu benar-benar berlaku kepada dirinya.

Seolah-olah mimpi itu pernah terjadi.

Tetapi Seoyeon hanya tidak mempedulikannya. Mungkin fikirannya memikirkan perkara yang pelik-pelik kerana dirinya masih mamai akibat baru sahaja bangun dari lena.

Seoyeon mengelap mukanya dengan tualanya yang berwarna navy blue. Kemudian dia terperasan sesuatu.

Ada sehelai kertas kecil di atas meja belajarnya.

Tangan Seoyeon mencapai kertas itu lalu membaca perkataan yang tertera di kertas itu.

Air mata Seoyeon mengalir keluar tatkala membacanya.

Adieu.

Perkataan dari Perancis yang membawa maksud yang begitu dalam. Iaitu...

Selamat tinggal selamanya.

" A-aku menangis? " Soal Seoyeon hairan.

Kenapa dia menangis?

Tatkala dia membaca perkataan yang tertulis di kertas kecil itu, hatinya terasa sakit.

Dia tidak tahu pun siapa pemberi nota misteri itu. Tapi...

dia terasa seperti ada seseorang yang begitu bermakna dalam hidunya telah meninggalkannya.

Dan dia tidak sedar akan pemergian orang itu.

Seoyeon mengesat air matanya.

Kertas kecil itu disimpan ke dalam buku notanya.

Tidak kira sesiapa yang meninggalkanya...

Dia berharap sangat yang orang itu akan muncul semula di dalam kehidupannya di masa yang akan datang.







Dia akan terus menunggu.

- - - -

Hari berganti bulan dan bulan berganti tahun.

Masa berjalan dengan begitu pantas. Sudah enam tahun berlalu.

Seoyeon lulus peperiksaan CSAT nya dengan cemerlang. Dia diterima untuk masuk di universiti dan sekarang... dia sudah berjaya mencapai cita-citanya.

Iaitu untuk menjadi seorang doktor.

" Tahniah, puan. Puan sudah mengandung dua minggu. "

Pasangan suami isteri yang berada di hadapannya itu sudah bersorak gembira. Ada yang menangis kegembiraan.

Seoyeon tersenyum tipis. Turut tumpang gembira dengan berita baik itu.

Ini adalah salah satu faktor dia menyukai kerjanya.

Dia suka melihat pasangan suami isteri tersenyum gembira.

Entah bilalah dia boleh merasainya juga. Berkahwin, dapat anak dan hidup bahagia.

Haih, boyfriend pun tak ada lagi, sudah berangan sampai ke tahap itu.

" Kandungan puan masih baru jadi puan kena jaga pemakanan dan jangan buat kerja yang berat-berat kerana kandungan yang masih baru biasanya fragile. "

" Untuk kandungan yang sihat, pemakanan puan perlu mengandungi semua kelas makanan seperti karbohidrat, asid folik, zat besi, protein, vitamin, kalsium dan fosforus. And please. No alcohol. "

Pesan Seoyeon panjang lebar. Setiap pasangan yang datang ke kliniknya pasti akan menerima pesanan yang sama.

Yelah. Ramai yang keguguran kandungannya kerana ibu-ibu tidak menjaga pemakanan.

" Baik doktor. Terima kasih banyak-banyak. "

Si suami memberikan tunduk hormat sebelum keluar dari bilik itu bersama isterinya.

- - - -

" Unnie? "

Seoyeon terngamam seketika dengan kedatangan kakaknya iaitu Seohyun, di rumahnya.

" Apa unnie buat dekat sini? Macam mana unnie masuk rumah? " Soal Seoyeon.

" Pabo. Unnie datang nak jumpa Yeon la. Tak ingat ya? Yeon kan ada bagi kunci spare dekat unnie. "

Seoyeon menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia menuju ke arah sofa lalu duduk di sebelahnya.

" Hehe... lupa pula. "

" By the way, unnie dapat cuti ke? Yelah. Unnie kan biasanya sibuk. " Soalnya lagi.

Selepas tamat belajar, kakaknya menjadi model di bumi England. Oleh itu jarang sekali dia mereka dapat berjumpa akibat schedule ketat kakaknya.

" Ya. Penatlah asyik bekerja saja. Nak juga rehat. " Jawab Seohyun. Matanya melirik di setiap ceruk rumah.

" Ish, kenapa bersepah sangat rumah anak dara ni? Tak kemas ke? " Bebel Seohyun

" Mana ada. Kemaslah. Cuma hujung minggu jelah. Hari-hati biasa tak sempat. Kerja. "

" So, esok cuti. Jom kemas rumah ni. Yeon ni doktor. Boleh pula duduk dalam rumah yang bersepah macam ni. "

Seoyeon memutarkan matanya lalu tertawa kecil.

" Yelah. "











《C》HADES | 나재민Where stories live. Discover now