Chapter 29

1.5K 258 15
                                    

✧══════•❁❀❁•══════✧

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

✧══════•❁❀❁•══════✧

Bitter Past

✧══════•❁❀❁•══════✧




Mark Lee.

Seorang budak periang yang merupakan anak tunggal kepada raja dan permaisuri pada zaman Joseon itu.

Oleh kerana dia nerupakan anak tunggal dan satu-satunya putera dalam kerajaan itu, dia sentiasa dimanjakan dan dicurah dengan kasih sayang oleh kedua orang tuanya.

Dia membesar sehingga menjadi seorang putera yang handal berlawan. Dia mendapat ilmu pertahanan diri yang cukup daripada sang raja iaitu bapanya sendiri.

Kehidupan keluarga itu diraja itu bahagia dan sempurna bagi Mark sehinggalah...

Na Jaemin.

Remaja lelaki yang kehilangan ibu bapanya sejak lahir. Raja menjumpainya di dalam hutan dan terus mengambilnya sebagai anak angkat.

Curahan kasih sayang ibu bapanya terhadap Jaemin menyebabkan Mark iri hati. Kenapa perhatian ibu bapanya tertumpu pada lelaki itu dan bukannya dia? Kenapa dia perlu berkongsi kasih sayang ibu bapanya dengan lelaki yang bukan darah dagingnya?

Namun, nasib tidak menyebelahi mereka.

Raja dan permaisuri itu mati akibat menyelamatkan Jaemin daripada pemberontak.

Sejak daripada hari itu, rasa bencinya kepada Jaemin bertambah. Dia manganggap bahawa Jaemin lah punca kedua ibu bapanya menemui ajal. Padahal Jaemin pada masa itu hanyalah seorang budak yang tidak mengerti apa-apa.

Malah selepas mereka mati dan dilahirkan semula sebagai dewa, Mark masih lagi berasa tidak puas hati terhadapnya.

Rasa benci Mark semakin bertambah tatkala kenangan lalu diimbas semula.

" Pembetulan. Abang tiri. Kita bukan adik-beradik. Kita bukan darah daging. Malah aku tak pernah terima kau sebagai adik, Hades. "

Balas Mark. Jaemin yang berada di hadapannya dipandang dengan tatapan penuh kebencian dan dendam kesumat.

Jaemin hanya diam. Tidak tahu apa hendak dibalas.

Kemudian Mark tersenyum sinis. Sebentuk cincin perak berlambang ular diambil dari kocek seluarnya. Cincin itu dipakai di jarinya.

" Kau tahu ini cincin apa? " Soalnya.

Mata Jaemin membulat.

" Tak mungkin. Cincin tu- "

" Ya... "

" Cincin yang akan menyerap segala kuasa kau. "

Sambung Mark. Senyuman tipis terbentuk di belahannya. Jarinya dipetik.

" A-Argh! "

Sebaik sahaja Mark memetik jarinya, Jaemin jatuh tersungkur ke tanah. Bagaikan ada kuasa ghaib yang menolaknya. Dengan sedaya upaya Jaemin cuba melawan. Namun kuasa itu terlalu kuat.

" K-Kau... akan terima balasannya, Ares. Cincin itu adalah cincin yang dilarang untuk dipegang... oleh mana-mana dewa. " Ujar Jaemin dengan nada suaranya yang tersekat-sekat.

" Do I care? " Jawab Mark sinis.

" Stop, Mark- Argh! "

Jaemin semakin lemah. Dia tahu. Sekarang kuasanya telah ditarik oleh Mark. Ada benda seakan kabus yang berwarna hitam keluar dari badannya dan masuk ke dalam cincin itu.

Mark tersenyum puas tatkala kesemua kuasa milik dewa itu telah diserapnya. Di hadapannya sekarang adalah Jaemin yang terbaring lemah kerana kehilangan tenaga.

Bukan lagi dewa berkuasa dari neraka. Kehilangan kuasa menyebabkan Jaemin kelihatan tidak ubah seperti manusia biasa.

" Bawa dia masuk. "

Arah Mark kepada pekerjanya. Tanpa banyak soal badan Jaemin dipapah.

- - - -

Pap!

" Jaemin! "

Seoyeon pergi ke arah Jaemin yang dibanting kasar oleh pekerja Mark. Air mata mengalir di pipinya.

Tubuh Jaemin kelihatan lemah itu dipandangnya dengan penuh kerisauan.

" Aku bagi kau masa sampai esok untuk bersama dengan dewa kesayangan kau ni. " Ujarnya tanpa perasaan.

" Sebelum aku bunuh dia esok. "

" Bodoh! Kau kejam! Sila mampuslah bodoh! " Pekik Seoyeon dengan amarahnya yang membuak-buak.

Lelaki itu hanya tertawa.

" Memang aku kejam pun. Tapi aku tak rasa aku bodoh. Aku rasa kau orang berdua yang bodoh sekarang. "

Jawab dewa kejam itu dengan sarkastik.

Pintu stor itu ditutup kasar. Meninggalkan Jaemin dan Seoyeon di situ.

Seoyeon mendengus geram.

This is all bullshit. Fikirnya.












《C》HADES | 나재민Where stories live. Discover now