✧══════•❁❀❁•══════✧
Propose
✧══════•❁❀❁•══════✧
Seoyeon tergamam mendengarnya. Apa yang dewa ni kata tadi? Kahwin? Dia tak salah dengar kan?
" Dia melamar aku ke apa? " Hatinya menyoal.
" Ya, aku melamar kau. So, accept or reject? " Balas Jaemin terhadap soalan itu. Mukanya kelihatan serius.
" A-Aku... "
Seoyeon menampar mulutnya perlahan. Dah kenapa tiba-tiba gagap pula ni?!
" Aku gurau jelah. Dahlah. Tak perlu jawab pun tak apa. "
Jaemin duduk semula di atas sofa. Remote diambil lalu dia menekan punat di situ untuk menukar rancangan yang lebih nenarik.
Seoyeon terdiam tidak berkutik. Jaemin nampak kecewa... ke marah? Entahlah. Susah nak membaca perasaan dewa itu.
Logik juga kalau Jaemin marah kepadanya sebab menolak lamaran itu. Pastinya dia malu. Tetapi dia tak menolak Jaemin. Dia hanya memerlukan lebih masa untuk memikirkan soal itu.
" Haih... Tapi kenapa setiap chapter asyik Jaemin je yang merajuk? Aku yang perempuan ni pun tak merajuk kerap macam ni. " Seoyeon mengeluh di dalam hati.
Seoyeon memandang ke arah Jaemin yang masih fokus terhadap kaca televisyen itu. Dia tahu Jaemin dengar apa yang dibisikkan di hatinya. Tapi mungkin Jaemin buat-buat tak dengar.
Seoyeon mengeluh kecil. Nak tak nak, terpaksalah dia pujuk. Kalau tidak, Jaemin tidak akan bercakap dengannya lalu menimbulkan suasana awkward. Dan... Seoyeon memang tak suka dengan suasana janggal.
" Jaemin... merajuk ke? " Seoyeon menyoal.
" Kalau aku kata ya, apa kau akan buat? "
Soalan dibalas dengan soalan.
" K-Kau... nak aku pujuk macam mana...? "
Sekali lagi Seoyeon menampar mulutnya sendiri kerana bercakap tergagap-gagap.
Tanpa disedari, Jaemin melilitkan tangannya di pinggang kecilnya dengan pandangan menggoda.
Muka Seoyeon sudah memerah. Air liurnya ditelan perit.
Tiba-tiba Jaemin tertawa kecil.
" Relakslah. Aku saja je uji kau tadi. Muka kau tu, dah macam nampak hantu bila tengok aku. Takut sangat dengan aku, hmm? " Ujar Jaemin dengan tawanya yang masih bersisa.
Jaemin melepaskan lilitan tangannya daripada pinggang Seoyeon. Tangannya menuju ke kepala Seoyeon lalu diusapnya.
" Jangan risaulah. Aku takkan buat apa-apa tanpa kerelaan kau, aku janji. Percayakan aku sebab dewa tak pernah memungkiri janji. "
YOU ARE READING
《C》HADES | 나재민
FanfictionSiapa dia? Dia Na Jaemin. Sang dewa daripada dunia bawah. ↻ 나재민 - 민서연 fanfiction #1 in najaemin [ 06072020 ] #1 in jaemin [ 13052021 ] #1 in fanfiction [ 14052021 ] #1 in nctdream [ 15062021 ] #1 in greekgod [ 07072021 ] #1 in marklee [ 11082021 ]