✧══════•❁❀❁•══════✧
Home Sweet Home, Sweetheart
✧══════•❁❀❁•══════✧
Song ;
Home - Seventeen
" Sudahlah, Hades. Berhenti tengok kristallkugel tu. Sudah sampai masanya kau lupakan dia dan fokus memerintah kerajaan bawah. "
Jaemin mengeluh kecil. Matanya yang dari tadi tertumpu di bola kristal yang dipanggil kristallkugel dalam bahasa German itu memandang pula ke arah Lucas.
" Seoyeon ingat aku, Zeus. Dia tulis tentang aku dalam buku dan surat yang aku tak tahu pun kewujudannya. "
" Aku tahu, Jaemin. Tapi tak ada apa-apa yang kau boleh buat selain menatap dia di kristallkugel itu saja. " Ujar Lucas turut bersimpati.
Jaemin memandang semula ke arah bola kristal yang memaparkan kehidupan seharian Seoyeon.
Ya, walaupun dia sudah tidak boleh untuk berjumpa dengan Seoyeon lagi...
Tetapi dia selalu memerhatikan Seoyeon melalui bola kristal.
Sudah enam tahun berlalu, dia tidak pernah jemu memerhatikannya. Perasaan sang dewa terhadap si gadis tidak pernah terpadam.
" Setiap malam dia menangis. Menyeru nama aku untuk pulang ke pangkuannya. Hati aku... sakit. "
Sedih hatinya tatkala suara Seoyeon sayup-sayup memanggilnya. Tetapi malangnya... dia tidak boleh berjumpa dengan Seoyeon lagi.
Dia boleh menyelamatkan nyawa Seoyeon, tetapi dengan syarat...
Dia sudah tidak boleh menjejakkan kaki ke dunia manusia lagi.
Oleh sebab itu sebelum dia pergi, dia sudah hilangkan ingatan Seoyeon dan orang terdekat Seoyeon mengenai dirinya.
Tetapi tak sangka pula. Seoyeon menyimpan segala memori itu di dalam diarinya.
Mark?
Mark sudah dikenakan hukuman yang setimpal di kerajaan dewa-dewi kerana kesalahan membunuh manusia dan menggangu kehidupan mereka.
YOU ARE READING
《C》HADES | 나재민
FanfictionSiapa dia? Dia Na Jaemin. Sang dewa daripada dunia bawah. ↻ 나재민 - 민서연 fanfiction #1 in najaemin [ 06072020 ] #1 in jaemin [ 13052021 ] #1 in fanfiction [ 14052021 ] #1 in nctdream [ 15062021 ] #1 in greekgod [ 07072021 ] #1 in marklee [ 11082021 ]