Chapter 14

1.9K 285 53
                                    

✧══════•❁❀❁•══════✧

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

✧══════•❁❀❁•══════✧

Our First Date

✧══════•❁❀❁•══════✧

warning : chapter yang boleh dikatakan terlalu bergula











" Okay. Tapi bagi aku bersiap dulu. "

" Mwo? Betul ni kau setuju?! " Soal Jaemin sambil menekup mulutnya. Bagai tidak percaya yang Seoyeon akan bersetuju.

" Hisy, yelah. Aku dah janji kan— "

Kata-kata Seoyeon terhenti apabila Jaemin memeluknya erat sambil tersenyum lebar. Muka Seoyeon memerah.

" Yeay! Gomawo, sayang. " Kata Jaemin dengan senyuman yang masih belum lekang di bibir.

Dengan serta merta, Seoyeon turut tersenyum kecil melihat perangai kebudak-budakkan Jaemin. Tidak pernah dia melihat sisi dewa yang satu ini.

Biasanya, Jaemin kekal dengan muka cool nya. Kalau senyum pun, mesti senyuman sinis yang sentiasa meniti di bibir sang dewa itu.

Tetapi tidak dapat dinafikan yang...

Senyuman ikhlas Jaemin kelihatan sangat comel dan polos di matanya.

Siapa sangka. Dewa dari neraka ini mempunyai wajah yang sangat polos bak malaikat dari syurga.

- - - -

" Funfair? "

Soal Seoyeon sambil melihat ke arah bahagian dalam taman hiburan itu. Terdapat banyak permainan yang menarik. Mujurlah tidak terlalu ramai pengunjung. Jikalau tidak, mesti sesak.

Jaemin menganggukkan kepalanya persis budak kecil yang menurut arahan ibunya.

" Dah lama aku nak pergi ke sini. Macam best. Erm... Kau tak suka? "

" Taklah. Aku okay je. Ini pertama kali ke kau ke sini? "

Jaemin mengangguk lagi.

Seoyeon tersenyum nipis.

" Kalau macam tu, jom ikut aku. Aku tahu permainan yang menarik. " Tanpa membuang masa, Seoyeon terus menarik tangan Jaemin lalu masuk ke kawasan funfair itu.

Tiba-tiba mereka disapa oleh jurugambar yang berada di dalam.

" Adik! Boyfriend ke? Kami menyediakan khidmat untuk menangkap gambar pasangan kekasih secara percuma. " Kata lelaki yang memegang camera itu dengan bersungguh.

Seoyeon mengerutkan dahinya. Boyfriend? Kekasih?

Seoyeon memandang ke arah Jaemin yang berada di sebelahnya.

Muka Jaemin juga jelas menunjukkan bahawa dia sedang keliru.

" Maaf. Kami bukan ke– "

" Janganlah malu-malu adik. Tangkap gambar untuk kenangan saja. " Potong lelaki itu sebelum sempat Seoyeon menyudahkan kata-katanya.

Nak tak nak, terpaksalah Seoyeon dan Jaemin menurut kata-kata lelaki itu.

Seoyeon dan Jaemin duduk bersebelahan sambil tersenyum ke arah camera.

" Rapat la sikit. Jauh-jauh macam stranger pula. " Ujar lelaki itu.

Seoyeon agak terkejut apabila Jaemin bertindak untuk meletakkan tangannya di bahu Seoyeon. Jaemin memeluk erat bahunya. Jarak di antara mereka sangat rapat.

" Sorry. "

Bisik Jaemin di telinganya. Seoyeon hanya mengangguk faham.

" Smile. "

Mereka berdua tersenyum. Bunyi flash dari kamera itu kedengaran.

" Okay, last. Kalini apa kata buat adengan sweet pula? " Cadang lelaki itu.

Seoyeon terkebil-kebil mendengarnya. Adengan sweet?

Tanpa membuang masa, Jaemin melingkarkan tangannya di pinggang Seoyeon. Kedua-dua tangan Seoyeon dibawa ke dada Jaemin.

Wajah mereka berdua mendekat sehingga hidung mereka bersentuhan. Mata Seoyeon bertemu dengan anak mata milik Jaemin.

Malu Seoyeon semakin menjadi-jadi apabila wajah mereka dekat sebegitu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Malu Seoyeon semakin menjadi-jadi apabila wajah mereka dekat sebegitu.

" Okay, cantik! "

Sebaik sahaja gambar ditangkap, Jaemin terus melepaskan Seoyeon. Sempat Jaemin mengenyitkan mata ke arah Seoyeon. Muka Seoyeon yang sudah memerah itu semakin merah dibuatnya.

Lelaki tadi memberikan gambar yang ditangkap itu kepada Jaemin.

" Ini gambarnya. Have a fun day. "

Jaemin mengucapkan terima kasih kepada lelaki itu lalu mereka pergi dari situ.

" Sweet nya kita~ Kan? Kan? "

Seoyeon memutarkan matanya.

" Suka hati pakcik tu jer nak claim kita couple. "

" Baguslah. Aku dapat peluk daripada kau secara percuma. " Ujar Jaemin dengan nada mengusik.

Seoyeon menghela nafasnya perlahan.

" Whatever. "








《C》HADES | 나재민Where stories live. Discover now