✧══════•❁❀❁•══════✧
Who Are You ?
✧══════•❁❀❁•══════✧
Seoyeon terjaga dari lenanya. Kelihatan manik-manik peluh di leher dah dahinya.
Sudah pukul dua pagi. Tapi entah kenapa biliknya terasa panas. Seperti berada di padang pasir.
" Hah... Panasnya. " Seoyeon mengibas-ngibas baju t-shirt yang dipakainya.
Dahinya berkerut kerana hairan. Biliknya masih terasa panas walaupun aircond sudah dipasang dengan suhu yang paling rendah.
Secara tiba-tiba sahaja suhu dibiliknya menjadi panas. Entah dari mana datangnya bahang itu dia pun tidak tahu.
" Baik aku pergi mandi. "
Seoyeon membuat keputusan untuk mandi akibat panas yang melampau.
Namun, secara tiba-tiba dirinya terkunci di atas katil. Tidak boleh bergerak. Bagai ada kuasa psikik yang menghalangnya daripada bangun.
Mata Seoyeon membulat. Nafasnya turun naik dengan tidak teratur.
Mulutnya dibuka. Cuba untuk mengeluarkan suara.
Namun, tindakannya hanya sia-sia. Suaranya juga bagai tersekat di kerongkong.
Situasinya sama sahaha dengan situasi yang dialami Hanat semalam.
" Apa yang berlaku dekat badan aku ni? "
Seoyeon meronta-ronta di dalam hati.
Tiba-tiba, anak mata hazel Seoyeon menangkap susuk tubuh seseorang lelaki di sudut bilik itu.
" S-Siapa... "
Seoyeon hanya mampu menyoal di dalam hati.
Perasaan takut mula menyelubungi diri apabila 'lelaki misteri' itu bertindak untuk mendekati dirinya.
Keadaan biliknya yang gelap itu menyukarkan Seoyeon untuk melihat wajah lelaki itu.
Dengan perlahan, tangan lelaki itu mengelus lembut wajahnya. Seoyeon ingin menepis. Tetapi pergerakannya masih terkunci.
Akhirnya lelaki itu bersuara. Suara lembut lelaki itu menampar gegendang telinganya.
" My queen... "
Seoyeon meronta-ronta untuk bangun. Tetapi tidak berhasil.
" Shh. Jangan meronta, sayang. Nanti sakit. "
Lelaki itu bertindak untuk mengusap kepalanya.
" Siapa kau...? "
Soal Seoyeon hanya di dalam hati oleh kerana dia tidak dapat mengeluarkan suara.
Lelaki itu tersenyum sinis.
" Siapa aku? Kau pasti kau nak tahu siapa diri aku yang sebenar, sweetheart? "
Seoyeon terkejut apabila lelaki itu dapat membaca isi hatinya. Sudah pasti lelaki itu bukannya makhluk biasa.
Dia bukan manusia.
" Apa kau nak?! Keluar dari rumah aku! " Halau Seoyeon di dalam hati.
" Kau halau aku? Walaupun aku dah selamatkau kau daripada manusia laknat semalam? Tch! Tch! Kau memang tak mengenang budi. "
Lelaki itu bersuara lagi.
Seoyeon terkedu mendengar ayat seterusnya dari mulut lelaki itu.
Maksudnya, makhluk yang menakutkan Hanat semalam diakah?
Lelaki itu bertindak untuk mendekatkan dirinya dengan dengan Seoyeon.
Bahang yang dirasa Seoyeon semakin menjadi-jadi apabila lelaki itu bertindak untuk berdekat dengannya.
" Hmm~ Aku rasa sudah sampai masanya untuk aku tunjukkan diri aku yang sebenar. "
Lelaki itu berbisik. Begitu dekat dengan telinganya sehingga deruan nafasnya dapat dirasakan.
Akhirnya, lampu biliknya terbuka dengan sendiri.
Wajah lelaki itu akhirnya dapat dilihat.
Lelaki berpakaian serba hitam itu dipandangnya tidak berkelip.
" K-Kanapa aku masih tidak dapat bergerak? " Seoyeon menyoal dirinya. Badannya cuba digerakkan lagi. Tetapi tidak berhasil.
" Sebab aku dah kunci pergerakan kau, sayang. Aku tak nak kau lari bila kau nampak aku. " Jawab lelaki itu lalu tersenyum penuh makna.
" Aku janji aku takkan lari. Tolong lepaskan aku. Aku... Lemas. " Pinta Seoyeon.
Lelaki itu menjungkitkan keningnya tatkala mendengar rayuan Seoyeon itu.
" Baik. Aku akan lepaskan kau. Tapi kau tak boleh menjerit ataupun lari daripada aku. Faham? "
Seoyeon hanya bersetuju.
Dengan serta merta, tubuhnya dilepaskan.
Nafasnya termengah-mengah. Dia memandang ke arah lelaki yang sedang tersenyum sinis ke arahnya.
" Siapa kau...? " Seoyeon menyoal lelaki itu sekali lagi.
" Nama manusia aku, Na Jaemin "
" Tapi aku Hades. Dewa dunia bawah dan kegelapan. "
•
•
•
YOU ARE READING
《C》HADES | 나재민
FanfictionSiapa dia? Dia Na Jaemin. Sang dewa daripada dunia bawah. ↻ 나재민 - 민서연 fanfiction #1 in najaemin [ 06072020 ] #1 in jaemin [ 13052021 ] #1 in fanfiction [ 14052021 ] #1 in nctdream [ 15062021 ] #1 in greekgod [ 07072021 ] #1 in marklee [ 11082021 ]