Chapter 1

3K 376 168
                                    

✧══════•❁❀❁•══════✧

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

✧══════•❁❀❁•══════✧

Bully

✧══════•❁❀❁•══════✧








" Woi, Min Seoyeon! "

Seoyeon yang sedang mengulang kaji pelajaran itu terasa sakit di bahagian kepala apabila seseorang menarik rambutnya kuat.

" Hisy! Apa kau nak Kim Hanat? " Seoyeon mendecit kesakitan.

Kim Hanat tersenyum sinis. Rambut Seoyeon ditarik lebih kuat.

" A-Argh! "

" Aku nak kau buat kerja rumah aku. Kau kan pandai. " Perintah Hanat.

" Homework buat sendirilah. Ada tangan, ada otak kan? " Seoyeon terus menepis tangan Hanat daripada rambutnya.

Hanat mengetap bibirnya apabila Seoyeon berani mengingkar arahannya.

Hanat terus menolak Seoyeon sehingga Seoyeon terjatuh ke lantai.

" Yah! Berani kau ingkar arahan aku kan perempuan! "

Hanat terus menyepak Seoyeon dengan kuat. Perut Seoyeon terasa senak apabila bahagian abdomennya ditendang berkali-kali tanpa belas kasihan.

Seoyeon memandang ke arah rakan-rakan sekelasnya yang lain.

Mereka langsung tidak peduli. Bagi mereka, Seoyeon yang dibuli oleh Hanat itu merupakan perkara biasa. Malah Mereka langsung tidak menghulurkan sebarang bantuan.

Cikgu-cikgu di sekolah ini juga tahu tentang kes buli Seoyeon. Tetapi mereka tidak berbuat apa-apa.

Selfish.

Itu first impression Seoyeon terhadap mereka yang berada di sekolah ini. Tidak kira murid atau guru, semuanya mementingkan diri sendiri.

" Okay! Okay! Aku buat kerja rumah kau. " Akhirnya Seoyeon mengalah. Penat apabila ditendang dan dipukul berulang-ulang kali.

Hanat akhirnya menghentikan tindakannya. Segari senyumam kepuasan terpahat di bibir.

" Bukan kerja sekolah aku je yang kau kena buat. "

Hanat memanggil rakan-rakannya yang lain.

Mereka membaling kerja rumah mereka ke arah Seoyeon.

" Siapkan kerja rumah kawan-kawan aku sekali. " Ujar Hanat dengan angkuh sekali.

Mulut Seoyeon sudah melopong. Takkanlah dia kena buat kerja rumah untuk enam orang?! Kerja rumahnya sendiri pun belum siap lagi.

" Kita orang nak esok mesti siap. Kalau tak, kau tahu apa nasib kau! "

Sempat Hanat memberikan amaran sebelum berlalu pergi bersama rakan-rakannya yang lain.

Seoyeon mengeluh kecil.

Timbunan buku yang banyak itu dimasukkan di dalam begnya untuk dibawa pulang.

Mahu tak mahu, terpaksalah dia membuat kesemua kerja rumah mereka.

- - - -

Seoyeon pulang ke rumah.

Pintu rumah dikunci lalu dia menuju ke biliknya.

Seoyeon membuka seragam sekolahnya dan digantikan dengan baju harian..

Frame gambar yang ada di atas meja belajarnya dipandang sayu. Seoyeon mengeluh kecil.

" Kalau omma dengan appa ada lagi kan bagus. " Monolog hati Seoyeon.

Ibu bapanya sudah meninggal dunia ketika dia berusia 13 tahun. Kakaknya sajalah tempatnya untuk berpaut.

Namun kakaknya itu masih di England untuk sambung belajar. Seoyeon akan menerima duit daripadanya setiap bulan.

Kadang-kadang dia terasa sunyi juga duduk di rumah seorang diri. Sejak ibu bapanya meninggal dunia, dia terasa sunyi.

Tapi apa boleh buat? Yang hidup perlu meneruskan kehidupan.

- - - -

Seoyeon menguap buat kesekian kalinya. Jam di atas meja ditilik. Sudah pukul tiga pagi.

Tetapi kerja rumah enam ekor tu belum siap lagi! Ada dua buku lagi yang perlu dia siapkan!

Namun kepalan Seoyeon sudah tersengguk-sengguk menahan kantuk.

Akhirnya dirinya tewas juga. Kepalanya diletakkan di atas meja lalu dia menuju ke alam mimpi.

Tanpa disedarinya,

Ada 'sesuatu' yang mengambil buku-buku itu dari atas meja.












Goals: 10 vote 6 comments💜

《C》HADES | 나재민Where stories live. Discover now