✧══════•❁❀❁•══════✧
Encounter With Aphrodite
✧══════•❁❀❁•══════✧
" Well, well. What a suprise I got here? Tak sangka. Zeus, god of sky daripada syurga sanggup bertandang ke sini? Interesting. "
Senyuman mengusik tersungging di bibir milik Hades.
" Yelah. Aku datang untuk berjumpa kau lah. Selama ni sibuk sangat dengan dunia manusia sampai lupa dengan kawan dewa kau ni. " Balas sang Zeus sinis.
Jaemin tergelak kecil.
" Janganlah marah, Lucas. Kau pun tahukan tujuan aku memunculkan diri di dunia manusia? " Nama manusia Zeus ditekan kuat.
Jaemin turun dari singgahsananya. Menuju ke arah rakan dewanya.
" Ada perkara yang kau nak bincangkan dengan aku ke? Biasanya kau jarang datang ke sini sebab kau tak tahan hawa panas di sini. " Soal Jaemin.
" Nak jumpa kawan baik sendiri pun kena ada perkara yang perlu dibincangkan ke? Kau patutnya bangga dengan aku sebab aku sanggup bertandang ke neraka ni semata-mata nak berjumpa kau tahu? Jomlah kita berbual di luar. Panas. "
Kelihatan manik-manik peluh di dahi Lucas. Menunjukkan bahawa dewa itu sedang kepanasan.
Jaemin tergelak kecil.
" Yelah. Jom keluar. "
Mereka berdua berjalan sehingga ke luar kawasan mahligai milik Hades itu.
Di luar kawasan istana, terdapat taman cantik yang terhampar. Taman itu merupakan perantara di antara syurga dan neraka.
" Jadi, kau memang nak jadikan manusia itu sebagai ratu kau? Apa dah tak ada perempuan ke dekat neraka tu? Aku tengok ramai je yang lawa. " Soal Lucas.
" Memang ramai yang lawa dekat neraka tu, Lucas. Tapi aku tak boleh percaya mereka. Ramai yang nak merampas takhta aku sebagai raja neraka. Jadi aku kena buat pilihan yang tepat. " Balas Jaemin.
" Jadi kau rasa manusia tu pilihan yang tepat? Kau sure ke? Bukan ke kau baru kenal dia? Jaemin, aku dah kenal sangat dengan manusia ni. Mereka lebih licik dan pandai menipu daripada kita. "
" Aku dah kenal dia selama empat tahun. Dia baik. Aku tahu. Cuma... Dia tak terima aku lagi? Yelah. Cuba kalau kau jadi manusia lepas tu tiba-tiba raja dari neraka datang dia kata dia suka dekat kau. Mesti dilema kan? "
Lucas mengeluh kecil.
" Ikut kaulah. Jodoh kau. Pilihan kau. Kenapa aku nak sibuk. Cuma... Ada satu perkara yang aku nak pesan. "
Jaemin mengerutkan dahinya sambil memandang ke arah Lucas.
" Apa dia? " Soal Jaemin.
" Aku nak kau berhati-hati. " Jawab Lucas.
Semakin confuse Jaemin dibuatnya. Kenapa Lucas menyuruhnya untuk berhati-hati pula?
" Apa maksud kau? "
Lucas menunjukkan senyuman tipis. Tangannya diletakkan di atas bahu Jaemin.
" Berhati-hati lah. Kerana Aphrodite masih mengejar cinta kau. "
- - - -
TOK! TOK!
" Ya, ya. Sekejap. " Seoyeon mengelap rambutnya yang basah menggunakan tuala.
Ya. Dia sedang mandi tadi. Tetapi sebaik sahaja corong telinganya menangkap bunyi ketukan di pintu, cepat-cepat dia menghabiskan sesi mandiannya.
Disangkakan itu Jaemin. Tapi tidak mungkin dewa itu akan mengetuk pintu terlebih dahulu sebelum masuk. Biasanya dia akan terus masuk.
Tambahan pula, Jaemin kata dia akan pulang jam sembilan malam. Sekarang baru pukul enam petang.
Dengan gopoh, Seoyeon membuka pintu rumah.
Wajah wanita yang tidak dikenalinya terpapar sebaik sahaja pintu dibuka.
" Err... Cik cari siapa? " Soal Seoyeon.
Wanita itu tersenyum manis ke arah Seoyeon. Memang tidak dapat dinafikan. Wanita itu cantik.
" Saya cari Jaemin. Dia ada? " Jawab wanita itu sopan.
" Ah... Jaemin? Dia keluar. "
" Oh. Kalau macam tu tak apalah. Saya akan datang lagi lain kali. Thank you. " Jawabnya.
Sebelum wanita itu berlalu pergi, Seoyeon menyoalnya sesuatu.
" Urm... Boleh saya tahu nama awak? Bila Jaemin balik nanti, saya akan beritahu dia yang awak cari dia. " Seoyeon berkata.
Wanita itu tersenyum penuh makna sebelum berkata.
" Bella Kim. Nice to meet you. "
••
•
Zeus: God of the sky
Aphrodite: Goddess of love and beauty
YOU ARE READING
《C》HADES | 나재민
FanfictionSiapa dia? Dia Na Jaemin. Sang dewa daripada dunia bawah. ↻ 나재민 - 민서연 fanfiction #1 in najaemin [ 06072020 ] #1 in jaemin [ 13052021 ] #1 in fanfiction [ 14052021 ] #1 in nctdream [ 15062021 ] #1 in greekgod [ 07072021 ] #1 in marklee [ 11082021 ]