Chapter 24

1.5K 261 53
                                    

✧══════•❁❀❁•══════✧

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

✧══════•❁❀❁•══════✧

You're A Traitor

✧══════•❁❀❁•══════✧










" Dating semalam macam mana? " Soal Hanat. Seoyeon hanya membalas dengan senyuman malu.

" Eleh. Kenapa sengih-sengih? Best? "

" Maybe. "

" Oh ya. Sebelum balik jom pergi makan aiskrim dekat belakang sekolah. " Ajak Hanat.

" Tapi– "

" Please, kita jarang lepak sama-sama tau. Bolehlah... sekali ni jer. " Hanat memujuknya bibirnya dimuncungkan.

Seoyeon mengeluh kecil. Jaemin menyuruhnya untuk pulang awal ke rumah hari ini. Dan... dia juga hendak  memberitahu sesuatu kepada Jaemin.

Tapi... Dia tak mahu menghampakan Hanat.

" Fine. Tapi sekejap je tau. "

" Yeay! Jom kita pergi sekarang! " Hanat menarik tangannya menuju ke belakang sekolah.

- - - -

" Urm... Kau pasti ke pakcik aiskrim tu ada dekat sini? " Soal Seoyeon. Matanya meliar ke sekitar untuk mencari pakcik aisktim tu.

Pelik juga. Kenapa jual dekat belakang sekolah? Tak ramai murid yang pergi belakang sekolah sebab suasana yang agak gelap dan sunyi di situ. Pakcik ni tak nak untung ke?

" Hanat? " Seoyeon memanggil apabila Hanat tidak menjawab soalannya tadi.

" M-Maafkan aku...! "

" Argh! "

Seoyeon terjatuh ke tanah akibat ditolak Hanat. Dia menggosok-gosok kepalanya yang agak sakit terkena hentakan.

" Kenapa dengan kau ni? " Soal Seoyeon.

Hanat diam tidak berkutik. Kepalanya ditundukkan ke bawah.

" Hanat– umph! "

Mulut Seoyeon ditekup dengan sesuatu. Pandangan bertukar gelap tanpa disedari.

- - - -

" Please answer that damn phone, Seoyeon! "

Jaemin mencampak telefon pintarnya ke katil tatkala Seoyeon tidak menjawab panggilannya buat kesekian kalinya.

Rambutnya diramas kasar. Rasa risau membuak-buak. Macam mana tak risau? Waktu sudah menginjak ke malam. Tetapi Seoyeon masih belum memunculkan diri.

Sudah puas dia mencari. Di sekolah, tempat-tempat yang selalu Seoyeon pergi, tetapi Seoyeon tiada. Seperti lesap ditelan bumi.

Tanpa disedari... cecair jernih mengalir di pipinya. Jaemin mengesat cecair itu menggunakan ibu jarinya.

" Aku... Menangis...? " Soalnya sendiri.

Sudah beratus-ratus tahun dia tidak menangis. Kali terakhir dia menangis pun semasa kematian ibu bapanya. Tak sangka... air matanya tumpah buat pertama kali selepas kejadian itu... kerana seorang perempuan.

" You're so special, Min Seoyeon. You make a god like me cry. "

- - - -

Perlahan-lahan Seoyeon membuka matanya. Matanya berpinar-pinar. Kepalanya terasa sakit yang mencucuk-cucuk.

Barulah dia tersedar yang kedua-dua tangannya diikat ke kepala katil. Begitu juga dengan kakinya. Dia berada di sebuah bilik yang tidak familiar.

" Aku dekat mana? "

Seoyeon cuba untuk melepaskan diri. Namun ikatan di tangannya itu terlalu ketat.

Tiba-tiba pintu bilik itu dikuak perlahan.

" Ah, dah bangun? Best tidur? "

Seoyeon memandang ke arah orang itu. Dia menayang muka jijiknya.

" Aku dah agak semua ni kerja kau... "

" Mark Lee. "

Ujarnya dengan nada sinis.

Mark tersenyum sinis. Jari terlunjuknya mengangkat dagu  Seoyeon agar mendongak ke arahnya.

" Well. Aku takkan berjaya tanpa bantuan seseorang. "

Mark berjalan semula ke arah muka pintu. Tangan seseorang ditarik.

" Kau... Aku tak sangka kau sanggup belot aku macam ni. So, selama ni persahabatan kita hanya palsu semata-mata? Kau fikir aku apa? Mainan? Mainan yang tak ada perasaan? " Ujar Seoyeon. Suaranya penuh dengan kekecewaan.

Hanat memandang ke arahnya dengan rasa bersalah.

" T-Tak... Seoyeon. Aku memang ikhlas berkawan dengan kau! Tapi aku diugut! Aku terpaksa buat semua ni! M-Maafkan aku... " Air mata Hanat berlinangan.

Seoyeon terdiam tidak berkutik. Mark pula hanya memerhati sahaja drama tidak berbayar di antara dua sahabat itu.

" Aww~ Kenapa kau diam, sayang? Terkilan? Terkilan sebab orang yang kau paling percaya ni la yang khianat kau? Mmm? " Ujar Mark sengaja menjadi batu api.

" Kau kejam. Kau dengan syaitan tak ada beza. " Dengan berani Seoyeon berkata.

Mark tertawa. Sinis bunyinya.

" Aku? Syaitan? Hilarious! "

Mark mencekup wajah Seoyeon menggunakan tangannya. Iris mata mereka bertaut.


" Bukan ke Na Jaemin kasayangan kau tu yang syaitan? Oopps– maaf silap. Dewa neraka right? "








《C》HADES | 나재민Where stories live. Discover now