✧══════•❁❀❁•══════✧
Our War
✧══════•❁❀❁•══════✧
Song:
Orbit - Hwasa
Seoyeon berjalan bermundar-mandir dari tadi. Sesekali dia mengintai di sebalik pintu stor itu.
Jelas kelihatan wajah Jaemin yang sedang bertungkus-lumus berlawan dengan Mark. Bunyi petir sambar-menyambar semakin kuat menusuk halwa telinga akibat perlawanan sengit mereka.
Lucas pula sedang berlawan dengan puluhan orang bawahan Mark.
Bayangkan.
Dua orang berlawan dengan puluhan orang. Tidak adil bukan?
Seoyeon mengeluh kecil. Kalau boleh, dia juga ingin menolong Jaemin. Tetapi Jaemin awal-awal lagi sudah suruh dia duduk di dalam stor dengan Jeno bagi menjamin keselamatannya.
" Awak rasa... Jaemin boleh menang ke? "
Soal Seoyeon. Bibirnya diketap. Matanya masih tertancap pada Jaemin yang sedang bersaing dengan musuhnya.
Jeno tersenyum nipis.
" Tuan Jaemin antara dewa yang terkuat dari dunia bawah. Dia boleh menang. "
Kata-kata yang keluar dari mulut Jeno sedikit sebanyak telah menenangkannya. Perlawanan di antara Jaemin dan Mark itu diperhati dengan debaran di dada.
- - - -
" Mengaku kalah saja, Ares. Kau, takkan mampu menandingi aku. "
Ucap Jaemin. Kedua-dua tangannya disilangkan ke dada. Matanya tertancap ke arah Mark yang sedang berusaha untuk bangun selepas bertarung kuasa dengannya.
" Ya, baik kau berhenti. Kalau tak, hukuman yang akan dikenakan ke atas kau akan bertambah berat. " Tambah Lucas pula.
Jaemin memandang sekitarnya. Puluhan orang suruhan Mark, sudah habis dikerjakan Lucas. Bagi dewa yang berdarjat tinggi sepertinya itu, berlawan dengan manusia itu apalah sangat. Celah jari dia je.
" Aku... mengaku kalah? Takkan sesekali... "
Mark menjeling tajam ke arah Jaemin. Dia menggunakan kuasanya ke arah Jaemin. Namun Jaemin sempat mengelak.
Jaemin membalas dengan kuasa yang lebih kuat. Akhirnya Mark jatuh tersungkur di atas tanah.
Jaemin berjalan ke arahnya. Tongkat berlambangkan ular miliknya dituju ke arah dada Mark. Mark menutup matanya rapat. Bersedia untuk segala kemungkinan yang akan terjadi.
Jika dadanya ditusuk dengan tongkat itu, maka tamatlah riwayatnya sebagai dewa perang.
Peluh dingin mengalir di dahi Mark. Matanya masih terkatup rapat. Namun setelah beberapa saat berlalu, masih tiada apa-apa berlaku. Dia langsung tidak merasa sebarang tusukan di bahagian dadanya.
Perlahan-lahan Mark membuka semula matanya. Wajah Jaemin yang memandangnya dengan pandangan kosong adalah perkara pertama yang dilihatnya.
" Kenapa... kau tak bunuh aku? Itu yang kau mahu selama ini bukan? " Dengan nada sarkastik Mark menyoal.
Jaemin melemparkan senyuman sinis ke arahnya.
" Aku tidak sebegitu kejam... sehingga sanggup membunuh abang aku sendiri. Keluarga kau dah banyak berjasa dengan aku. "
Tongkat berlambang ular itu dialihkan daripada dada Mark.
Lucas agak terkejut tatkala Jaemin senang-senang sahaja melepaskan Mark.
" Tapi, Hades– "
" Sudah, Zeus. Mari mengakhiri semua ini dengan cara baik. Tiada pertumpahan darah yang akan berlaku. " Potong Jaemin sebelum sempat Lucas memprotes.
Lucas hanya akur dengan keputusan Jaemin. Jaemin begitu sayang akan abang tirinya, Mark.
Jadi Lucas tidak hairan kenapa Jaemin sudi melepaskannya setelah bermacam-macam perkara teruk yang dilakukan oleh dewa perang itu terhadapnya.
" Tiada pertumpahan darah yang akan berlaku? Oh, jangan begitu pasti, Hades. "
Mark tersenyum seribu makna.
Dia bangun dari duduknya. Sepucuk pistol yang terselit di poket belakangnya diambil. Picu pistol itu ditarik lalu dihalakan ke arah Jaemin.
Jaemin menghentikan langkah. Dia memandang ke arah Mark yang sedang tersenyum mengejek ke arahnya.
" Bersiap sedia untuk mati, Hades. "
Jaemin menutup matanya rapat. Dia hanya menyerahkan semuanya kepada takdir. Biarlah takdir yang menentukan hidup atau matinya.
BANG!
Bunyi kuat bergema di seluruh ceruk rumah agam itu setelah satu das tembakan dilepaskan.
Jaemin mengerutkan dahinya. Kenapa dia tidak berasa apa-apa? Adakah tembakan itu tidak mengenainya?
Namun, dia semakin pelik tatkala dia dapat merasakan dakapan hangat daripada seseorang.
Perlahan-lahan Jaemin membuka kantung matanya.
Jaemin kehilangan kata. Badannya kaku bak patung cendana tatkala sekujur tubuh yang dipenuhi darah itu mendakap tubuhnya.
Bibirnya terketar-ketar. Cecair jernih mula mengalir menuruni pipi.
" S-Seo..yeon... "
•
•
•
A/N:
Antara 1 hingga 10, berapa rate korang untuk fanfic ni?
( sila jawab untuk menggembirakan author fanfic nih– eceh mengada sia aku. )
YOU ARE READING
《C》HADES | 나재민
FanfictionSiapa dia? Dia Na Jaemin. Sang dewa daripada dunia bawah. ↻ 나재민 - 민서연 fanfiction #1 in najaemin [ 06072020 ] #1 in jaemin [ 13052021 ] #1 in fanfiction [ 14052021 ] #1 in nctdream [ 15062021 ] #1 in greekgod [ 07072021 ] #1 in marklee [ 11082021 ]