✧══════•❁❀❁•══════✧
I'm Worried When You're
Not Here, By My Side✧══════•❁❀❁•══════✧
" Eo Seoyeon-ah? "
Seoyeon yang sedang menulis itu mendongakkan kepalanya untuk memandang si empunya suara yang menegur.
" Ah Saem Lee. Wae? " Soal Seoyeon sebaik sahaja melihat guru muda itu berdiri di hadapannya.
" Awak tak pergi rehat ke? " Soalnya dengan seulas senyuman yang masih tersungging di bibir.
" Tak. Dah kenyang la. "
Seoyeon tersenyum palsu. Memang tak ada selera la nak makan tatkala terfikirkan hubungannya dengan Jaemin yang masih keruh itu.
" Urm... Balik sekolah nanti, awak nak keluar makan dengan saya? My treat. "
Seoyeon teragak-agak untuk menerimanya pelawaan lelaki itu. Oleh kerana Jaemin tak suka dia dekat dengan Mark, dia harus menolak. Tapi dia nak menolak secara baik. Tidak mahu melukakan hati guru itu. Tak berkat belajar nanti.
" I think I can't. Saya ada hal. " Balas Seoyeon.
" Ah it's fine. Maybe bext time. Erm... Saya pergi dulu? Ada kelas. " Balas Mark dengan senyuman.
Seoyeon mengagguk perlahan dengan senyuman tipis.
- - - -
Loceng berbunyi menandakan bahawa waktu persekolahan sudahpun tamat. Murid-murid sudah berlari-lari ke pagar utama sekolah. Ingin balik ke rumah dengan cepat mungkin.
Seoyeon mengemas barang-barangnya. Beg sekolahnya digalas di bahu. Seoyeon mengorak langkah menuju ke luar.
" Seoyeon? "
Seoyeon memandang ke arah orang yang menegurnya itu.
" Ah... Bella kan? " Jawab Seoyeon sebaik sahaja melihat wajah wanita yang agak familiar itu. Bella tersenyum manis lalu mengangguk. Mengiyakan kata-katanya.
" Dah nak balik ke? " Soal Bella.
Seoyeon mengangguk.
" Urm... Nak lunch sama-sama? Saya tak ada partner. It's okay saya belanja. Lagipun, banyak benda yang saya nak tanya awak. Tentang Jaemin. "
Seoyeon terdiam seketika tatkala nama Jaemin disebut.
" Err... Boleh. " Seoyeon akhirnya bersetuju.
" Great! Let's go. " Semakin melebar senyuman Bella apabila Seoyeon membuat keputusan untuk menerima ajakannya.
Tangan Seoyeon ditarik menuju ke kereta milik Bella.
- - - -
Jaemin bersandar di kerusi dengan keluhan kecil keluar dari belahan bibirnya. Mukanya diraup. Jam di dinding dipandangnya.
" Lambat pula dia balik hari ni. Masih marahkan aku ke? " Monolognya di dalam hati.
Sudah semestinya Jaemin risau. Sepatutnya Seoyeon balik dari sekolah pada jam dua setengah. Sekarang sudah pukul empat petang. Batang hidung Seoyeon pun dia tidak nampak.
Dia boleh sahaja menggunakan kuasanya untuk mencari Seoyeon. Tetapi apabila berada di dunia manusia... kuasanya ada batasan.
" Aku kena cari dia. "
Kunci kereta diambil lalu enjin kereta dihidupkan.
- - - -
" Jaemin... Tinggal dengan awak ke sekarang? "
Seoyeon yang baru sahaja hendak menyuap spaghetti carbonara ke dalam mulutnya itu terhenti tindakannya.
" Err... Ya. "
" Dah lama ke dia serumah dengan awak? " Soalnya lagi.
" Tak adalah lama sangat. Dalam dua minggu lebih macam tu. "
" Jadi... Awak mesti tahu kan siapa diri dia yang sebenar? "
Seoyeon menelan air liurnya perit. Patutkah dia menjawab soalan itu?
" Ya. Saya tahu... "
Jawab sajalah. Bella kenal Jaemin. Dia tahu identiti Jaemin yang sebenar. Jadi mesti tiada apa-apa yang akan berlaku bukan?
" Tapi boleh saya tahu, apa hubungan awak dengan Jaemin? Yelah. Awak asyik tanya pasal dia. "
Soal Seoyeon. Dia agak curiga dengan identiti wanita cantik ini.
Bella tersenyum penuh makna sebelum membalas...
" Saya tunang Na Jaemin. "
••
•
YOU ARE READING
《C》HADES | 나재민
FanfictionSiapa dia? Dia Na Jaemin. Sang dewa daripada dunia bawah. ↻ 나재민 - 민서연 fanfiction #1 in najaemin [ 06072020 ] #1 in jaemin [ 13052021 ] #1 in fanfiction [ 14052021 ] #1 in nctdream [ 15062021 ] #1 in greekgod [ 07072021 ] #1 in marklee [ 11082021 ]