Chapter 28

1.5K 268 68
                                    

✧══════•❁❀❁•══════✧

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

✧══════•❁❀❁•══════✧

The Truth Untold

✧══════•❁❀❁•══════✧








Seoyeon menunggu. Setiap tiga minit, matanya mesti meliar ke luar jendela besar itu. Yelah. Dia ingin bersedia jikalau Jaemin tiba-tiba datang.

Jeno, duduk di sebelahnya. Turut menunggu kehadiran Jaemin. Kata Jeno, Jaemin akan datang pada malam ini untuk mengeluarkannya dari rumah 'neraka' ini.

" Jeno-ah, macam mana kalau Jaemin ditangkap? " Soal Seoyeon. Khuatir jika Jaemin ditangkap oleh Mark atau pekerja-pekerja lelaki itu.

" Saya dah kenal lama dengan Tuan Jaemin. I'm sure he'll be fine. " Ujar Jeno. Cuba menenangkan kegusaran yang bersarang di hati Seoyeon.

TOK! TOK!

Serentak Jeno dan Seoyeon memandang ke arah jendela yang diketuk. Senyuman Seoyeon melebar tatkala muka Jaemin terpapar di depan matanya. Sudah lama dia tidak melihat wajah lelaki itu.

Jeno bangkit dari duduknya. Kakinya melangkah ke arah jendela lalu jendela itu dibuka. Jaemin melompat masuk dengan mudahnya.

" Thanks Jeno. Aku tahu aku boleh harapkan kau. " Ucap Jaemin dengan senyuman tipis.

" Small matter, sir. You can always ask for my help. " Jeno membalas senyumannya.

Jeno, merupakan malaikat maut yang hebat dalam penyamaran. Oleh sebab itu, Jaemin memilihnya untuk menjaga Seoyeon sepanjang perempuan itu berada di rumah agam milik Mark.

Jaemin berjalan pula ke arah Seoyeon. Dia duduk mencangkung supaya dapat menyamai ketinggiannya dengan Seoyeon yang masih duduk itu.

" Gwenchana? Are you hurt? " Soal Jaemin. Matanya memandang Seoyeon dengan teliti. Takut-takut ada kesan luka ataupun lebam.

Seoyeon hanya senyap. Tidak menjawab soalan yang ditanya Jaemin itu. Sebaliknya dia menangis. Lengan Jaemin ditamparnya tetapi tidak terlalu kuat.

" Kenapa... Kau lambat? Aku tak suka duduk sini... " Ujarnya dalam esakan itu.

Jaemin tersenyum tipis. Badan Seoyeon ditarik ke dalam pelukannya.

" Mianhae... But now I'm here right? Don't worry. " Jaemin berkata dengan suara lembut.

" Kajja. Kita kena pergi dari sini secepat yang mungkin. "

Jaemin membantu Seoyeon untuk berdiri. Kakinya menuju ke arah jendela itu.

" Now, ada tangga dekat situ. Aku akan turun dulu. Lepastu kau okay? " Soal Jaemin. Seoyeon mengagguk faham.

Jaemin menuruni tangga yang bersandar di dinding rumah itu dengan berhati-hati. Seterusnya Seoyeon dan kemudian Jeno.

" Kita keluar ikut pintu belakang. Pintu depan terlalu ramai penjaga. "

Mereka bertiga berlari menuju ke belakang rumah. Jaraknya agak jauh kerana rumah agam itu boleh tahan juga.

Akhirnya mereka sampai di pintu belakang. Tangan Jaemin menuju ke arah tombol pintu–

" Kau fikir, mana kau nak pergi tu Na Jaemin. "

Satu suara dari belakang menghentikan segala pergerakannya. Perlahan-lahan Jaemin memusingkan tubuhnya kebelakang. Tubuh Seoyeon dirapatkam supaya berada dekat dengannya. Dia ingin melindungi wanita itu.

Mark Lee dan sepuluh orang pekerjanya menyapa pandangan sebaik sahaja dia menoleh ke belakang.

" Jeno, pergi bawa Seoyeon ke tempat selamat. Bawa dia ke stor tu. " Bisik Jaemin kepada Jeno.

Jeno mengangguk. Patuh dengan arahan yang diberikan oleh tuannya. Dengan perlahan tubuh Seoyeon ditarik menuju ke stor yang dimaksudkan Jaemin.

" Well, well. What a suprise? Datang sini nak selamatkan cinta hati kesayangan huh? " Ujar Mark dengan senyuman sinis di bibir.

" Tolong hentikan semua ni, Ares. Aku tak nak menyakiti kau. Stop this game. Apa yang kau akan dapat kalau kau menculik Seoyeon? " Ujar Jaemin berani.

Langsung tidak gentar dengan dewa perang yang berada di hadapannya. Kerana dia tahu kuasanya lebih kuat. Dia Hades. Antara dewa yang terkuat selepas Poseidon, Zeus dan Athena.

" Aku dapat kepuasan. Aku suka tengok kau sengsara. " Jawab Mark dengan selambanya.

Jaemin mengeluh kecil.

" Ares, yang lepas biarlah lepas. Janganlah kita berdendam lagi. Aku tak nak berlawan dengan kau. "

" Kenapa? Bukankah kau Hades? Dewa yang tinggi darjatnya. Kau akan bunuh sesiapa sahaja yang cari nahas dengan kau. Tapi kenapa bukan aku? Kau takut dengan aku? " Soal Mark dengan nada sarkastiknya.

Jaemin mengetap bibirnya sebelum membalas...




" Sebab kau abang aku, Ares. Aku tak mahu berlaku pertumpahan darah di antara aku dan darah daging aku sendiri. "







《C》HADES | 나재민Where stories live. Discover now