Chapter 2

2.3K 369 92
                                    

✧══════•❁❀❁•══════✧

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

✧══════•❁❀❁•══════✧

  Weird or Miracle ?

✧══════•❁❀❁•══════✧









" Ahh! Aku dah lambat! "

Sebaik sahaja Seoyeon bangun dari tidurnya, dia terus menuju ke dalam bilik dan mandi dengan kadar segera.

Sedang Seoyeon memakai seragam sekolahnya, dia teringat sesuatu.

" Aish! Aku tak siap lagi kerja rumah dia orang! Baik aku buat sekarang. "

Seoyeon menuju semula ke meja belajarnya. Buku latihan dibuka.

Namun sebaik sahaja helaian buku diselak, Seoyeon mempamerkan wajah hairan.

" Aik? Semua dah siap? Tak silap aku, semalam ada dua buku yang aku tak  sempat siapkan. Tapi semua dah siap... Aku ni yang dah nyanyuk ke apa? " Soal Seoyeon sendiri.

This is so weird.

" Aish, lantaklah! Dah lambat ni! " Seoyeon terus menggalas begnya lalu keluar dari rumah dan menuju ke sekolah.

- - - -

" Woi perempuan! Bagi homework kita orang sekarang. " Tegas suara Hanat meminta. Rakan-rakannya di belakang sudah menayang senyuman sinis.

Mereka tahu.

Seoyeon pasti tidak dapat menyiapkan kerja sekolah mereka semua pada satu malam sahaja.

" Nah ambil. " Seoyeon menayangkan wajah biasa. Buku-buku latihan mereka diambil lalu diberi kepada Hanat.

Hanat mengambil dengan kasar. Masing-masing memeriksa kerja rumah mereka. Manalah tahu kot-kot ada bahagian yang tak siap ke? Adalah juga modal atau alasan nak membuli.

Malangnya... Semua sudah siap. Langsung tiada muka surat yang tertinggal. Mereka juga agak terkejut.

Bagaimana Seoyeon boleh menyiapkan kerja rumah mereka dalam masa satu malam saja?

" Hanat, kerja dia semua dah siap. " Salah seorang daripada kawan Hanat berbisik kepada Hanat.

Hanat mendengus geram.

" Kau buat sendiri atau kau upah orang? " Soal Hanat sarkastik. Sengaja ingin mencari gaduh.

" Aku tak ada masa nak upah orang. Bersyukur la sikit aku dapat siapkan kerja rumah kau. Bukannya reti complaint je. " Sindir Seoyeon.

" Tch! Berlagak kan kau? "

Baru sahaja Hanat mengangkat tangan ingin menamparnya, tiba-tiba Hanat terhenti.

" Yah! Hanat, kenapa dengan kau ni?! " Tegur salah seorang rakan Hanat.

Mereka semua terkejut melihat Hanat yang terkaku secara tiba-tiba.

Seoyeon yang melihatnya juga turut mengerutkan dahi. Kenapa Hanat tiba-tiba sahaja terkaku? Seperti ada 'sesuatu' yang menghalangnya daripada bergerak.

" Yah! Kenapa dengan kau ni?! " Soal rakan Hanat panik. Muka Hanat ditampar lembut.

Akhirnya Hanat dapat bergerak. Nafasnya termengah-mengah. Dia memandang ke arah Seoyeon. Dengan serta merta mukanya menjadi pucat.

" Yah! Ada hantu dekat belakang Seoyeon! Kau tak nampak ke?! " Jeritan Hanat menarik semua perhatian pelajar di dalam kelas itu.

Seoyeon memandang ke belakangnya.

Tak ada apa-apa pun.

" Apa kau mengarut ni, Hanat. Mana ada apa-apa. " Kata salah seorang rakan Hanat. Dia cuba meraih tangan Hanat, namun Hanat menepisnya.

" Kau orang ni buta ke?! Tak nampak ke ada makhluk mata merah dekat situ?! " Jerit Hanat lagi.

Hanat melangkah ke belakang apabila makhluk itu semakin mendekatinya.

Rakan-rakannya yang lain tidak mampu berbuat apa-apa kerana mereka tidak nampak apa yang Hanat nampak.

" Argh! "

Hanat akhirnya berlari keluar dari kelas dengan ketakutan.

" Hanat! "

Rakan-rakannya yang lain mengejar Hanat.

Seoyeon duduk terkaku di tempatnya.

Agaknya apa yang dilihat Hanat sehingga dia menjadi takut sebegitu?





Goals : 12 votes 8 comments❤

《C》HADES | 나재민Where stories live. Discover now