Chapter 20

1.6K 290 14
                                    

✧══════•❁❀❁•══════✧

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

✧══════•❁❀❁•══════✧

I Love You Too

✧══════•❁❀❁•══════✧








" Kau ada tunang, Jaemin. Sanggup kau curang dengan dia? Lukakan hati dia? " Dengan perlahan Seoyeon berkata. Tetapi masih dapat didengari oleh Jaemin.

Entah kenapa. Dia terasa sakit hati dengan kata-katanya sendiri. Hatinya bagai susah nak menerima hakikat bahawa Jaemin sudah dimiliki orang.

Jaemin tersenyum tipis. Dia bangkit dari katil dan menuju ke arah Seoyeon yang berada di depan pintu. Tangan Seoyeon diraih perlahan.

" Let me explain. "

Jaemin menarik tangan Seoyeon menuju ke katil. Seoyeon hanya ikut sahaja.

Jaemin duduk di atas katil. Tangan Seoyeon ditarik. Badannya didudukkan di atas paha Jaemin.

" Yah! Apa kau buat? Lepaslah! " Seoyeon meronta-ronta untuk memboloskan diri. Namun Jaemin takkan melepaskan dirinya dengan mudah.

" Jangan meronta, Seoyeon. I just want to talk to you. "

" Tak nak! Baik kau lepaskan aku sebelum- "

Percakapan Seoyeon secara automatik terhenti. Begitu juga dengan pergerakannya.

" Ceh! Mentang-mentang ada kuasa. Kau guna cara macam ni nak senyapkan aku. "

Seoyeon bermonolog di dalam hati setelah sedar yang Jaemin telah mengunci segala pergerakan dan percakapannya.

" Aku pun tak nak buat macam ni, sayang. Tapi kau terlalu degil. Aku terpaksa buat begini. " Ujar Jaemin sebaik sahaja mendengar suara hati Seoyeon.

Seoyeon agak terkejut apabila Jaemin bertindak untuk merangkul pinggangnya. Dirinya dipeluk dari belakang. Hendak melawan pun tidak boleh. Jaemin sudah mengunci segala pergerakannya.

 Jaemin sudah mengunci segala pergerakannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" Shh, I won't do anything to you. " Bisik Jaemin di telinganya.

Suasana senyap buat seketika. Mereka berada di dalam posisi itu buat beberapa minit. Hembusan nafas Jaemin yang terkena di lehernya membuatkan bulu romanya mencanak naik.

" Bella... Bukan tunang aku. Kau dah tertipu dengan dia. " Jaemin memulakan bicara. Tangannya bermain-main dengan jari Seoyeon. Menyentuhnya lembut.

Seoyeon agak kaget tatkala mendengarnya.

" Maksud kau...? "

" Dia tipu kau, sayang. Aku langsung tak bertunang dengan dia. Sebab tu kau kena berhati-hati dengan Aphrodite, dear. Dia penuh dengan penipuan. "

" Wait. Aphrodite? Dia dewi?! " Seoyeon berkata di dalam hati. Agak terkejut.

Jaemin menganggukkan kepalanya.

" Pada mulanya, aku berniat untuk merahsiakan kisah aku dan dia. Tapi disebabkan keadaan dah jadi macam ni, aku kena cerita juga. "

" Bella jatuh cinta dengan aku. Dia juga obses dengan aku. Tapi bila aku tolak cinta dia, dia rasa tercabar. Lagi-lagi dia tu dewi cinta. Dewi paling cantik di antara semua dewi. " Sambung Jaemin.

" Sekarang, Bella dah bertunang atas aturan keluarga. Malangnya, mereka tidak saling mencintai. Sebab tu sampai sekarang, Bella masih mengejar aku. Aku takut. Bella akan apa-apakan kau. Sebab aku sukakan kau. Aphrodite ni... dia akan lakukan apa saja untuk mendapatkan sesuatu... " Jaemin menggantungkan ayatnya.

" Termasuklah membunuh. "

Seoyeon agak terkejut mendengarnya.

" Dia... nak bunuh aku ke? " Soalnya di dalam hati.

" Kita tak tahu apa perancangan dia. Sebab tu, aku tak nak kau rapat dengan dia. Tapi jangan risaulah. Aku kan ada. " Jaemin menayang senyuman tipis. Kepala Seoyeon diusapnya.

" Urm... Boleh kau lepaskan aku sekarang? "

" Oh, ya. Sorry. "

Jaemin memetik jarinya. Secara automatik, Seoyeon boleh bergerak semula. Seoyeon terus bangun dari paha Jaemin.

" So, kita tidur sekatil kan? " Jaemin menjungkitkan keningnya. Dia tersenyum senget.

Seoyeon memutarkan matanya.

" Tapi, kalau kau buat benda pelik-pelik dekat aku, aku takkan teragak-agak untuk tendang kau dari katil ni. " Ujar Seoyeon. Badannya dihempaskan ke katil empuk itu.

Seoyeon menutup lampu. Hanya lampu tidur kecil yang terpasang. Seoyeon dapat merasakan bahawa Jaemin sedang baring di sebelahnya. Jantungnya yang sedang berdegup kencang itu cuba ditenangkan.

" Don't worry. Aku takkan buat apa-apa tanpa kerelaan kau. Trust me. Goodnight, baby. I love you damn much.

" Hmm. " Itu sahaja yang dibalas Seoyeon.

Malaslah nak balas panjang-panjang. Mengantuk. Dia hanya fikirmahu tidur saja sekarang.

" Baik kau balas 'i love you too' sekarang. Kalau tak aku menghantui mimpi kau malam ni. "

" I love you too. Hisy, dahlah jangan kacau aku! " Balas Seoyeon tidak ikhlas. Dia mendengus geram.

Jaemin pula sudah tersenyum puas. Suka benar dia apabila dapat mengusik Seoyeon






《C》HADES | 나재민Where stories live. Discover now