Chapter 9

2K 305 44
                                    

✧══════•❁❀❁•══════✧

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

══════•❁❀❁•══════✧

Cry, Let It All Out

✧══════•❁❀❁•══════✧





Jaemin berjalan menuju ke pintu rumah. Tombolnya dipulas. Namun, Jaemin agak terkejut apabila dia memulas tombol pintu itu dengan mudah. Menandakan pintu itu tidak berkunci.

" Bahaya betul. Kenapa tak kunci pintu? " Jaemin bergumam di dalam hati.

Sebaik sahaja Jaemin masuk ke dalam rumah, pintu dikatup rapat lalu dikunci.

Jaemin menilik jam di dinding. Sudah pukul 11 malam. Agak lewat juga dia pulang.

" Seoyeon dah tidur ke? " Tanya Jaemin sendiri. Pintu bilik Seoyeon yang ditutup rapat diperhati melalui ekor matanya.

" Seoyeon-ah? Kau dah tidur ke? " Tanya Jaemin. Pintu bilik Seoyeon diketuk lembut.

Namun tiada balasan.

Tombol pintu cuba dipulasnya. Malangnya, ia berkunci.

" Sayang, aku masuk ya? " Ujar Jaemin dari luar. Bukan apa. Dia cuma risau. Entah apa yang Seoyeon lakukan di dalam sana.

Tanpa membuang masa Jaemin terus teleport ke dalam bilik itu.

Namun sebaik sahaja dia masuk ke dalam, matanya disajikan dengan pandangan yang menyayat hati.

Seoyeon, sedang menangis dengan mukanya yang ditekup bantal. Cuba mengawal bunyi-bunyi esakan yang begitu pilu di pendengarannya.

Jaemin bersumpah dia akan membunuh sesiapa sahaja yang membuat Seoyeon menangis sebegitu.

Jaemin menghela perlahan nafasnya. Kakinya mengatur langkah ke katil milik Seoyeon. Punggungnya dilabuhkan di sisi wanita itu.

" Seoyeon... "

Bahu wanita itu disentuh lembut. Dengan serta merta Seoyeon memandang ke arah Jaemin. Matanya yang sembab dan basah dengan linangan air mata itu dikesat.

" M-Macam mana kau masuk? Aku dah kunci pintu... " Soalnya.

" Benda tu penting ke sekarang? Kau menangis ni kenapa? Bagitahu aku. " Gesa Jaemin.

Seoyeon menggelengkan kepalanya dan cuba untuk mengukirkan senyuman nipis.

" Tak. Tak ada apa-apa. "

Jaemin menjungkitkan keningnya. Tiba-tiba, tangan lelaki itu terbuka luas.

" Kenapa? " Soal Seoyeon. Hairan dengan tindakan Jaemin itu.

Jaemin mengeluh kecil.

" Slow la kau ni. Sinilah. Peluk aku. I know you need this. "

Belum sempat Seoyeon berkata apa-apa, Jaemin sudah menarik badannya ke dalam pelukan hangatnya. Muka Seoyeon tersembam ke dada bidangnya.

Air mata yang cuba ditahannya dari tadi semakin lancar pula mengalir. Esakan perlahan mula kedengaran semula.

Terhinjut-hinjut bahu Seoyeon apabila menangis. Tidak pernah dia menangis seteruk itu.

Jaemin memilih untuk mendiamkan diri. Membiarkan wanita di dalam pelukannya itu tenang terlebih dahulu sebelum bertanya apa yang berlaku.

Belakang badan Seoyeon diusap lembut.

" Cry, let it all out. Don't worry, I'm here. "

Kata-kata Jaemin itu sedikit sebanyak membuatkannya tenang. Bagaikan magis. Selama ini, tidak kira apa kesedihan yang dia hadapi, dia akan menanggungnya berseorangan.

Merawat hatinya yang terluka itu tanpa bantuan sesiapa termasuklah kakaknya yang berada di luar negara itu. Dia tidak mahu menyusahkan sesiapa.

Tetapi entah kenapa. Dia ingin meluahkan kesemua penderitaan yang selama ini ditanggungnya seorang diri kepada Jaemin. Padahal, dia baru sahaja mengenali sang dewa itu semalam.

" Kau nak beritahu aku masalah kau, sayang? " Soal Jaemin.

Sebenarnya dia tak tanya pun tak apa. Dia boleh membaca isi hati wanita itu dan mengetahui sendiri sebab wanita itu menangis.

Tetapi dia tidak mahu. Biarlah Seoyeon sendiri yang bercerita apabila dia sudah bersiap sedia.

Seoyeon mengangguk dengan pelukan yang masih dieratkan.

Entah kenapa. Kata-kata 'sayang' yang selalu meniti di bibir dewa itu benar-benar membuatkannya cair pada kali ini.

Setelah mendapat sedikit kekuatan, Seoyeon akhirnya menceritakan semuanya kepada Jaemin.

Jaemin yang mendengarnya mengetap bibir dengan geram.

" Manusia hati hitam. Macam itulah. Dia akan dicampakkan ke neraka paling bawah. Percayalah. " Tekad Jaemin berkata.

Jaemin memandang ke arah Seoyeon yang masih berada di dalam pelukannya.

" Bagitahu aku, sayang. Apa yang kau nak aku buat dengan Hanat tu? Aku boleh biar badan dia kena ratah dengan anjing dari neraka. Ataupun... Aku boleh bakar daging badan dia dengan api neraka yang paling panas. Cakap dekat aku. Seksaan macam mana yang kau nak dia rasa? Aku akan tunaikan. "

Kata-kata Jaemin itu menyebabkan Seoyeon tergelak kecil.

" Kau ni lawaklah. No need to do that. Aku lepaskan dia. Aku maafkan dia. "

Kening Jaemin terjungkit naik tatkala mendengar kata-kata Seoyeon itu.

" Tsk. Senangnya kau memaafkan orang. Padahal dia tu selalu cari gaduh dengan kau. Tak pernah aku jumpa manusia sebaik kau. Kau ni mesti angel kan? Kau angel bertopengkan manusia. " Kata-kata Jaemin itu mengundang tawa kecil dari bibir Seoyeon.

" Mengarut. "

" Kadangkala, kita kena bagi chance untuk bagi dia berubah. Yang jahat tak selamanya jahat. Yang baik tak selamanya baik. " Sambung Seoyeon.

Jaemin terdiam. Suasana di dalam bilik itu sepi sehinggalah telinganya menangkap dengkuran halus.

Jaemin tersenyum tipis. Seoyeon yang tertidur di dalam pelukannya itu diangkat dan dibaringkan ke katil.

" Sleep tight, my queen. "







《C》HADES | 나재민Where stories live. Discover now